berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, June 8, 2011

Kurnia

5.

Setelah segala kelam datang. Akhirnya, dugaan yang diharung dengan rasa sesal berubah dipertemukan tabah. Itulah Kurnia!

Kurnia daripada nikmat terindah dari-Nya.

Segala kepergian, segala kesakitan diganti dengan hikmah paling bahagia dikecap hati.

Alhamdulillah. Tamatkah sudah kisah ini?

Rentas Rantau masih terus berlangsung selagi jasad ada di sini.

Saturday, June 4, 2011

Kesal Malam Itu

4.

Entah mengapa, segalanya terbit pada malam hari. Mumur segala janji pada diri. Mengapa dimungkiri janji ini?

Hati tidak kuat menanggung rugi, yang berkali-kali hadir. Tanpa sesekali diminta, ianya tergoda sendiri. Iman masih belum kukuh dan kuat. Setiap kali godaannya menghampiri, akal jadi lemah dan tidak berdaya. Di mana pengukuh tabah di sisi?

oh, tiada lagi. Hancur terbelah menagih simpati... Selamatlah tubuh dan diri. Akalmu diperkasakan sesungguhnya, hatimu diperhaluskan imannya. Sungguh-sungguhlah!

Berjayalah kamu...amin.

Thursday, June 2, 2011

Rajuk Pertama

3.

'adakah saya sudah mula berputus asa?'

malam ini benar-benar menguji hati dan perasaan. Bukan berniat untuk membangkit atau mengata, tetapi itulah kenyataan. Benarlah kata orang-orang yang beriman, Allah akan menguji hamba-Nya kerana Allah sedang prihatin dengan hamba-Nya itu. Dugaan ini bersangkut paut dengan soal hati.

Ketika saya ke sana dan memanggil dia untuk meminta diambil pulang, tidak sedetik pun panggilan saya berjawab. Saya cuba sms kepada dia yang lain, namun masih gagal. Jawab dia yang lain, 'mlz ar.' Begitu bersahaja perasaan ini langsung tidak terpeduli oleh dia.

Terasa saya ini sungguh menyusahkan dia dan dia. Inilah takdir perjalanan yang perlu saya tempuh hari ini. Tabah itu penting. Kerana masih berbaki banyak hari lagi dalam misi terancang ini, InshAllah.

Rajuk ini masih ada sakitnya. Namun, saya basahkan ia dengan zikirullah. Moga berkesan sentiasa bagi mendamaikan hati. Amin.


Pertama Sebelum Semalam

2.

Subuh ini hati saya menjadi sayu sekali. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Dia memberi kekuatan buat saya bangkit sekali lagi. Alhamdulillah, Subuh kali ini dapat ditunaikan sesempurna seorang insan yang kerdil ini.

Di hening itu, saya sempat menatap wajahnya. Ketika masih lena dibuai asmara mimpi yang entahkan bila sudahnya. Suara lembut mengejutnya bangun untuk sama-sama menunaikan solat fardhu dua rakaat. Dia bangun tetapi entah lesap ke mana. Saya terlepas pandang kelibatnya pagi itu. Tidak mengapalah, dia tetap cinta saya. Saya mengharapkan dia sempat melepas rindu menunaikan rukun wajib itu.

Sebetulnya, saya sudah merancang segala yang bermula dengan malam pertama semalam hingga ke akhir waktu saya di sini. Habis menunaikan solat fardhu dua rakaat, sempat saya menitip bicara di Tinta ini. Syukur, berhasil rancangan saya. Kemudian, lekas-lekas saya membersih dan menyucikan pintu dan ruang teratak kami. Dia, saya pandang bersama cinta yang diletakkan kejap di hati. Saya amat menyanyanginya. Lalu saya biar dia bergembira, dan biar saya pula melaksana amanat yang sememangnya menjadi tanggungjawab saya ini.

Seharian ini, segala perjalanan saya lalui dengan sabar. Ya, hari pertama yang banyak menguji iman dan sabar. Terkadang hati dan fikiran saya tidak selaras, membuatkan saya kecamuk fikiran. Akhirnya, suara saya menjadi kasar-kasar sedikit. Namun, tidak terus saya lepaskan kepada punca masalah. Tetapi hanya saya lepaskan kepada diri yang dirasuk nafsu amarah. Syukurlah, saya masih boleh menahan sabar. Apabila wajahnya tersua, yang memberi suka dan menyejukkan jiwa.

Hingga kini, saya sudah bersiap untuk melaksana solat fardhu 3 rakaat. Dia...?
Saya harapkan sambil saya berusaha dan berdoa, kami dapat bersatu dengan-Nya dan sujud kepada-Nya bersama-sama. Mungkin suatu masa nanti. InshaAllah.

Saya mahu mengalunkan surah Yassin sebentar lagi, moga bacaan ini diberkati Ilahi buat kami. Amin.

Malam Pertama

1.

Malam ini, malam pertama setelah sekembalinya saya di sisinya. Kini, saya mengerti bahawa hidup ini bukanlah hanya sekadar imaginasi dalam babak-babak penceritaan. Saya perlu akur, dengan takdir yang tertulis oleh-Nya.

Malam pertama ini,
moga segala yang dibekali terus kejap bersatu dalam iman. Saya mahukan segalanya yang terbaik, walau saya tahu untuk mendapatkan yang terbaik perlukan pengorbanan besar dari pelbagai sudut rasa dan ketahanan mental.

Ya Allah, moga Kau terus merestui niat hamba-Mu ini.

Di sisinya, saya menanti kelahiran yang penuh kebahagiaan ini. InshaAllah. Amin.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages