berkarya itu indah

berkarya itu indah
Showing posts with label hJ nasihati diri. Show all posts
Showing posts with label hJ nasihati diri. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Desir Wangian Ombak karya hJ



kerana resah dan berduka, saya hampir terlupa hobi dan kegemaran.

Sudah dikhabarkan olehnya, saya hanyalah kenangan mereka. Tidak mengapalah...apa lagi boleh dikata. Sudah dibuang jauh, usah lah melukut lagi pada yang tidak sudi.

Hobi dan kegemaran menjadi galas meluah rasa. Terima kasih kepada Chempaka Aizim. Kamu yang sudi menasihati, mendengarkan dan sudi melerai kekusutan. Hasilnya, lakaran ini yang terluah dari galau jiwa.

Moga rengsa terus terusir, bahagia dipinta dari sisi kecil hamba ini kepada Tuhan yang Maha Esa. Amin.

Wednesday, October 6, 2010

Merenung Lubuk Hati

Katanya aku adalah insan yang telah dibuang. Bukan terbuang, tetapi dibuang. Aku bukan haknya lagi untuk mereka peduli. Aku bukan lagi insan yang dapat mengisi ruang hati mereka. Aku insan yang telah dibuang.

Malam itu, aku berlari sepuasnya. Berlari hingga peluh kuat membasahi tubuh. Aku berlari tanpa rasa takut. Gelap yang padu tidak lagi menghalang rasa gelisah dan resah. Aku berlari dan terus berlari.

Berjuta kali aku nafikan bahawa aku tidak bersalah. Diri dan jiwa selari menjadi duka. Lukanya dalam, terasa ditusuk kaca. Pedih. Pedih dan sedih kerana aku dikata penyebab kecewa.

Usaha dan langkah untuk bertanya, hampa sekali. Usaha dan usaha. Tiada lagi erti kerana aku dianggap penyusah. Aku dikata tidak berusaha. Sedangkan aku usaha menahan malu dan bebal semata-mata kerana usaha.

Aku lari...bawa diri. Merenung lubuk hati. Lubuk jiwa yang disimbah kekaca pedih. Aku sendiri. Walau katanya aku bersama teman2 lain yang bisa membuat aku riang, tetapi segalanya itu adalah tuduhan semata. Siapa aku lagi. Aku hanya insan yang telah dibuang.

Biarlah, kesenyapan ini kubawa ke mana-mana. Tiada lagi erti untuk aku dikenanginya.

Di sini, aku sendiri. Merenung lubuk hati yang kian jauh...jauh berdamping lagi.

Namun, pada Tuhan aku mendekatkan diri dan hati. Kekallah bersama Dia yang tidak sekali menduga hamba untuk mempermainkan. Sesungguhnya hikmah ini kunanti penuh setia.

Thursday, September 16, 2010

Ingatan Untuk Diri: Ikhlas dengan Pengorbanan


Salam manis buatmu hanna,
Lihat wajah si kecil yang murung dan bertekup. Mengapa? Mengapa dia yang menghiasi ruang entri kali ini?

Suatu ketika pernah hanna merasakan betapa diri ini perlu dan wajib mensyukuri atas setiap nikmat yang datang. Memang manusia dilahirkan untuk menerima ujian, menerima cabaran, dugaan dan goda hidup. begitu juga dengan hanna.

Sebagai seorang manusia, sempurna dan terbaik selalunya diharapkan. Lagi pula ditambah dengan usaha sehabis daya. Jika tidak beroleh kemenangan, kita akan rasa 'apalah malang nasib.' Tetapi, itu semua bagi yang mengerti...dan alhamdulillah, hanna mengerti:
Pesan seorang kakak bahawa 'ia bukan malang, tetapi ujian' yang kini merawat kelukaan-kelukaan yang datang menggagalkan impian.

Allah Maha Adil, setiap yang diberi dan dikurniakan kepada hamba-NYA adalah yang berpatutan dengan kudrat hamba itu. Alhamdulillah, hanna semakin mengerti makna kesyukuran yang dipanjatkan dengan penuh keikhlasan.

Pengorbanan, suatu perkara yang perlu dilaksanakan dengan seikhlasnya. Sering menyebut juga tidak baik untuk menghayati erti pengorbanan tersebut. Baru-baru ini hanna menerima ujian bertimpa daripada Allah. Dan mungkin kerana hanna rasakan, pengorbanan ini adalah suatu perasaan hiba, lalu hanna sering mengulang kata kepada sahabat-sahabat dan hati sendiri. Adakalanya kita boleh gelar ia, suatu keluhan berat di dada.

Walau apa pun, itu semua suatu pengajaran. dan perlu kita ingat dan perbaiki. Dengan setiap duga, akhirnya pasti akan dibuah gembira dan selesa.

Kisah ini hanna adaptasikan daripada kisah hanna dan adik. Pada awalnya hanna sering mengeluh kerana diminta oleh adik, mak dan ayah untuk menemani adik di kampung Parit Gantong pada hari raya kedua. Hanna tak dapat menolak kerana ini melibatkan keluarga dan hati keluarga, ini yang hanna sebutkan pengorbanan. Tapi, hanna sering mengulang kata 'pengorbanan' ini yang tanpa sedar mungkin mengundang ketidakikhlasan dalam hati. Tapi, sebenarnya hanna ikhlas. Cuma yang diberontakkan ialah kebiasaan hari raya ketiga, hanna akan beraya bersama-sama kawan sekolah, konvoi ke rumah2 guru dan kawan2. Tapi raya tahun ini benar2 hanna tak dapat ikut.

Namun, di sebalik duga ini...ada kisah indah pula menyusul. Alhamdulillah, hanna dikurniakan pekerjaan. Walaupun pekerjaan hanna sekarang hanya kerja biasa2...tetapi semuanya indah dan memberi pengalaman baru buat hanna. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat untuk miliki tempat duduk seperti dalam pejabat. Ada kerusi pusing-pusing. :) ha, dna yang paling menarik, hanna dapat belajar mereka kad kahwin dan kad bisnes. Kalau ada sesiapa yang mahu tempahan bolehla hubungi hanna di blog ini.

Panjang bicara, moga hanna terus tabah dan berusaha menjalani hidup dengan ikhlas dan setia kerana Allah. Amin.

Tuesday, June 15, 2010

Kelar Sukma Bisu

Mata bundar itu bertambah kuyu. Bayang-bayang hitam jelas dibasahi manik-manik. Memancar luka yang dalam. Ah, hatinya. Terguris lagi. Sepinya dihantui kata-kata nista. Diamnya dilagak segala ungkitan. Menangis lagi dia menahan pendam. Umi dan Abi merenung anak gadis kesayangan. Doa dipanjat, agar Allah mempermudahkan segala urusan.

"Kita orang susah, beginilah selalu ditindas orang berada. Tapi, kita masih ada Allah. Allah tempat kita berpayung. Allah tidak membezakan kedudukan hamba-Nya. Yang membezakan kita hanya takwa. Moga takwa kita kepada Allah, masih kekal walau dicuba segala duga. Ya." Tenang wajah Abi, mengelus anak manja di pangkuan.

"Abi, kenapa?"

"Rakha, menangislah sayang. Biar lega, biar hilang sedikit seksa hatimu. Sesungguhnya, Allah menurunkan dugaan ini kepadamu atas daya mampumu bertahan dunia yang penuh cabaran." Senyum Umi menyekat pilu yang banyak. Mengukir tenang kembali.

Kelar Sukma Bisu

Rakha kembali ke kamar, merelakan diri melerai tangis dan sendu. Bangkit kembali. Wajah tenang Abi dan Umi, sentiasa menguatkan diri agar terus tabah dan sabar.

Kotak biru yang dibelinya petang tadi, diambil dari dalam bungkusan. Beberapa barang pemberian diisi dan disusun rapi. Walau masih ada tinggalan kenangan sayang, namun jika ungkitan menjadi dasar tuduhan ketidakpercayaan, maka lebih baik ia disimpan rapi. Biarlah kenangan berlalu bersama manis duka. Rakha akur, dia bukan golongan yang senang. Rakha mengimpikan kebahagiaan daripada keikhlasan. Bukan material yang dijanjikan. Hadiah yang dihulur, bukan diminta Rakha. Apalah daya, menolak pemberian yang disayang jika Rakha tahu dia ikhlas. Namun, sekarang...apalah nasibnya, ungkitan menjadi-jadi.

Biarlah kejap segala barang-barang pemberiannya disimpan rapi. Tidak sampai hati mahu digunapakai. Hanya Rakha memohon dalam hati kecilnya, agar makan dan minum serta ilmu yang pernah dikongsi ada tersisip rasa ikhlas di situ.

Kotak biru ditutup, ada tangis bersendu. Mengenang yang disayang, begini akhirnya membuang. Mengenang segala nista disenda.

Terima kasih atas segalanya.

Kelar Sukma Bisu,
Diam bertamu rindu.

Hanyut dilamun pilu,
Redam menahan kelu.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages