Alhamdulillah, siap
juga akhirnya kerja-kerja menanda dan menyunting manuskrip ini. Lihat pada
gambar, begitu banyak tanda merah! Beginilah tugas seorang EDITOR atau PENYUNTING
bagi sesebuah manuskrip sebelum naskah menjadi buku atau novel atau apa jua
makalah.
Untuk tempoh ini,
saya menyepi begitu lama. Hehe… alhamdulillah akhirnya kembali bersemangat
untuk up to date ini blog! Yey!
Saya mahu berkongsi
sedikit kisah ketika menyunting manuskrip ini. Bukanlah saya mahu kisahkan
tentang kerja-kerja teknikal, cuma berseloroh saja tentang kejadian2 yang
menimpa. Uh! Tidak…!
Ketika menyiapkan
tugasan ini, saya dilimpahkan dengan rezeki penulisan yang lain yang juga
mahukan ia siap pada tarikh yang sama. Kerana tugas penulisan itu sampai
dahulu, jadi saya terpaksa siapkan yang itu dahulu. Dalam hati sentiasa takut,
gabra dan rasa mahu pecah minda dan otak. Iyalah, bimbang jika ‘Yang dikejar
tak dapat, yang dikendong keciciran.’
Alhamdulillah,
semua kerja penulisan ini siap pada waktunya. Syukur! Dan sekarang, saya masih
menyiapkan kerja penulisan 7 cerita pendek untuk Murnibooks. Alhamdulillah sudah
siap 6 per 7. Yang satu ini, kalau dah siap kena buat artikel untuk VC Kreatif
pula untuk majalah Kembara Ustaz.
***Doa saya, moga
lancar segala idea untuk penulisan-penulisan ini. Moga lancar juga pembayaran
dan penghargaan Pihak PENERBIT kepada PENULIS. Amin. Ini juga merupakan kerjaya
seorang manusia, di samping melahirkan karya bermutu, bentuk penghargaan dan pembayaran
ini juga satu dorongan terbaik untuk pekerja menambah prestasi dan semangat
juangnya! Setuju tak???~
Tahniah Cik Hasni dengan apa yang telah dilakukan. Semoga terus berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih Helmi.
ReplyDeleteYa, kita berjaya sama-sama ya! :)
sy bminat jugak nak buat kerja sambilan edit menuskrip ni. mcm mna nak apply kerja sambilan tu yer cik hasni?
ReplyDeleteCuba risik khabar ke ITBM, mana tahu ada ruang kosong yang diperlukan. :)
ReplyDelete