Alhamdulillah selesai semua cerita!
Siap! Lega….!
Malam ini bolehlah saya tidur awal
(jam sekarang menunjukkan pukul 12.30 tengah malam)… Tak apalah, daripada
selalu saya tidur jam 2.00 pagi. Apa pun, semua ini saya lakukan kerana bahagia
menulis dan demi menambah pendapatan. InsyaAllah. Semoga semua usaha ini
diberkati Allah.
Kertas kerja yang sudah diconteng-conteng... hehe |
Puan penerbit sudah pun menerima 8
daripada 10 cerita dengan senang hati. Sebenarnya di awal perjanjian, Puan
penerbit mahu beri 10, tetapi akhirnya ada 8 sahaja. Apa pun, saya sempat
menulisnya dalam masa seminggu.
Banyak pengalaman menarik yang saya
ingin kongsikan di sini. Menulis cerita kanak-kanak tidaklah semudah yang
disangka. Lagi pula dalam jumlah perkataan 150-170, oh.. sangat mencabar! Usai
sahaja menulis, banyak ayat yang terpaksa saya sunting dan potong. Lalu jika
ayat itu tersalah potong, kena pulihkan semula dengan ayat penyambung yang
betul dan tepat. Syukurlah saya punya ramai kawan yang bijak hukum tatabahasa. Kenal
rapat dengan editor pun ada baiknya juga, ini lah masanya untuk menggunakan
khidmat mereka dalam membantu saya menulis dengan lebih baik lagi.
Alhamdulillah terima kasih kepada editor yang saya panggil Kak Siti dalam
menunjuk ajar dan sudi meluangkan masa untuk membantu saya.
…Terkenang-kenang pula saat indah
saya dan abang Hizazul (ZUL) ketika bersama-sama menyiapkan tugasan masing-masing
di Restoran Uncle Sam. Abang Zul sibuk menanda kertas ujian anak muridnya dan
saya pula asyik mencari contoh-contoh karangan bahasa Melayu murid darjah enam
dengan melayari internet. Sekejap-sekejap abang Zul akan bertanya tentang
tatabahasa yang digunakan anak muridnya dalam membina ayat. Kami tergelak-gelak
juga membaca ayat tunggang-langgang mereka.
Contoh ayat yang saya ingat, ‘Ibu
memasak kari di dalam kuali…’ –tafsiran saya seperti ibu sedang duduk dalam
kuali sambil memasak kari. hehe
Tidak kurang juga kami menyimpan
rasa kagum kepada seorang anak murid perempuan yang menulis dengan ayat yang
lawa dan hampir tepat. Akhirnya, saya tidak menulis apa-apa untuk hari itu.
Tetapi saya dapat belajar serba sedikit tentang dunia tatabahasa yang dikuasai
benar oleh abang Zul. Maklumlah, di UKM dahulu dia mengambil jurusan Pengajian
Melayu. Jadi bahasa Melayunya lagi mantap daripada saya. Hehe… Moga saat manis
bersama bakal ada lagi nanti, ya. InsyaAllah.
Buku2 Rujukan yang banyak mencurah bakti... :) |
Ini antara buku peribahasa yang
sempat saya beli. Buku rujukan karangan BM UPSR pun saya beli juga. Cukuplah
sekadar satu hingga dua buku ini. Ada rezeki boleh beli lagi. Dan paling
bermakna ialah Kertas Peribahasa yang dihadiahkan oleh abang Zul. Walau pun tak
tebal, tapi penuh isi dengan peribahasa yang bermutu. Hampir sahaja saya
dimarahnya kerana penat-penat dia keluarkan laptop di kedai sup tulang, untuk
menunjukkan pdf peribahasa yang disimpan, tetapi saya pula tak bawa Pendrive untuk sedut maklumat itu. Marah-marah
manja tak apa, kalau marah benar-benar itu saya takut. Hihi… ampun!
Esoknya, pdf peribahasa ini sampai
dalam kotak masuk emel. Bahagianya rasa! Dapatlah membantu saya menulis 1-2
cerita ketika itu. Syukur sekali! Terima kasih abang zul, ya! Nanti saya
belanja Bakso dan pisang goreng ya…! Hehe…
Baiklah, setakat ini dahulu.
Selepas ini perlu siapkan Penyuntingan Manuskrip Tebal pula. Semoga Allah
sentiasa merahmati pekerjaan saya. Berharap juga di tempat kerja nanti punya
kelapangan untuk tumpang menyunting manuskrip. Alhamdulillah, Pakcik pun
sentiasa baik hati dan tak kisah. Semoga Pakcik teruslah memahami. AMIN.
…selepas khatam sunting manuskrip
ada 3 artikel menanti untuk ditulis dan hantar kepada Penerbit VC Kreatif dan 7
cerita baharu untuk Penerbit Murnibooks. Alhamdulillah. Selamat berjaya dan
lakukan yang terbaik ya, cik Hasni Hanna! Amin. …
Tahniah cik Hanna. Akhirnya siap juga.
ReplyDeletetersenyum-senyum membaca tulisan cik Hanna :-)
ReplyDeletemoga berpeluang utk menikmati hujung minggu ang indah :-)
Salam Kak Hanna, wah kagumnya dengan akak. Semoga terus sukses dalam bidang penulisan ya!
ReplyDeleteSalam kenal dari saya. :)
Tulisan Kaler Ungu:
ReplyDeleteTerima kasih atas senyuman itu. :) InsyaAllah ada rezeki kita jumpa ya. Bakso!
wasalam SUHADA:
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Rasa Kagum itu dipanjatkan rasa syukur kepada Allah jua. Amin.
Terima kasih atas doa, moga kita sama2 berjaya ya.
salam kenalan juga :)
Helmi, terima kasih atas dorongan dan semangat. Yey! siap juga!
ReplyDelete