Puas sudah
menonton drama kartun Upin dan Ipin. Sesungguhnya episod-episod yang dilalui
mereka memang penuh bermakna dan penuh pengajaran buat saya yang dewasa ini.
(Perhalus bahasa diri dengan menggantikan aku kepada saya). Senyum…
Sedikit demi
sedikit, selepas hati pulih daripada sakit… akhirnya saya ketemu sebuah
pengalaman yang indah kurniaan Allah. Alhamdulillah. Tawaran menulis datang
satu per satu. Syukur. Di sebalik kesedihan, Allah bungakan hati dengan
pengalaman-pengalaman ini. Alhamdulillah.
Pada waktu yang
sama juga, bos (atau lebih mesra dipanggil Pakcik) berkata kepada saya, “Bulan
ni saya naikkan gaji awak, ye.” Senyum meleret ketika pakcik sampaikan berita
itu kepada saya. “Alhamdulillah.” Saya sambut berita ini dengan penuh
kesyukuran kepada-NYA.
Terima kasih
Allah.
Seterusnya, walau
tidak banyak karya saya di media pada tahun ini, namun saya tetap bersyukur, penulisan
saya untuk penerbitan majalah dan buku kanak-kanak diterima setiap satunya.
Makluman terbaharu yang saya terima daripada Penerbit VC Kreatif. Penerbit
menerima tiga cerita pendek saya untuk dimuatkan dalam majalah Kembara Ustaz.
Tiga cerita pendek ini saya baurkan rasa harmoni sesama ahli keluarga dan saya
iringkan pengisiannya dengan makna-makna cinta kepada ISLAM. InsyaAllah, semoga
nanti majalah ini mendapat sambutan ramai pembaca dan laris di pasaran. Paling
penting cerita-cerita ini nanti memberi makna kepada pembaca untuk menjadi
lebih positif. AMIN.
Bulan JUN ini
juga, bawah penerbit Murnibooks, saya dilamar lagi untuk menulis cerita pendek
bagi murid darjah enam. 10 cerita pendek ini untuk keperluan penerbitan ini
menjalankan bengkel-bengkel penulisan dan penerbitan buku aktiviti sekolah.
Alhamdulillah. Rupanya bukan mudah ya, menulis cerita untuk kanak-kanak ini.
Lebih mencabar daripada menulis cerita untuk bacaan dewasa. Untuk itu saya amat
menghargai sekali bantuan Abang Hizazul Khan atas pemberian helai-helai koleksi
Peribahasa Melayu untuk rujukan saya. Terima kasih! Semalam, dengan rezeki yang
hadir, saya ke kedai buku untuk menambah buku rujukan karangan bahasa Melayu
darjah enam. Wah, sangat lama tidak membeli buku rujukan seperti itu. Terasa-rasa
seperti guru pula, mencari buku rujukan untuk mengajar (berangan saja!).
Terasa-rasa juga seperti kanak-kanak 12 tahun yang akan menduduki peperiksaan
UPSR. Hehe… (Lagi berangan!)
Dan rezeki lagi…
Alhamdulillah. Saya mendapat tawaran daripada Institut Terjemahan & Buku
Malaysia (ITBM) sebagai….
(…bersambung…) ~
sudah tamat waktu kerja. Mahu pulang dahulu! Moga senyum ini terus berlagu di
bibir yang selalu rindu kepada-MU.
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)