(Kecewa lagi. Entri ini sekadar meyakinkan diri bahawa Hiduplah dengan ceria dan lekaslah keluar dari perasaan sengsara ini)
Entri ini pernah ditulis suatu masa dulu...
Sebenarnya, cinta...tak pernah lepas dari
ingatan walau ke mana arah kita pergi. Ke kanan ke kiri, semuanya ada cinta. Sukar untuk melarikan diri
daripada lima aksara itu. Walau nyatanya,
cinta itu terlalu indah dan terlalu menyakitkan. Ada yang pernah berkata, cinta
itu sakit yang indah. Iyakah? Pada hanna mungkin iya, andai cinta itu masih
dimiliki. Tapi, bila cinta sudah jauh meninggalkan adakah ia masih indah? hmm,
mungkin ia indah untuk dikenang dan disimpan dalam lipatan memori.
Cinta kepada Allah adalah cinta segala-galanya. Sekarang dan sentiasa, hanna mengharapkan cinta ini kekal dan mekar berkembang. Selama-lamanya. Walau ada badai walau ada rantai duka, moga cinta ini terus kejap dilaksanakan terhadap Yang Maha Kuasa. Amin.
Cinta kepada Allah adalah cinta segala-galanya. Sekarang dan sentiasa, hanna mengharapkan cinta ini kekal dan mekar berkembang. Selama-lamanya. Walau ada badai walau ada rantai duka, moga cinta ini terus kejap dilaksanakan terhadap Yang Maha Kuasa. Amin.
Pesan ibu
usah dipendam rasa yang keliru
luahkan segala
agar hilang gusar di kalbu.
Kataku pula
payah meluahkan segala isi duka
biarlah
begini adanya
tidak kumahu
merencana cerita
tentang cinta manusia
yang tiada setia.
diam
sepi itu tak mahu lagi bersuara
berceritalah tentang isi alam
wahai ibuku
biarlah
begini adanya.
hanna @ anakmu, along.
usah dipendam rasa yang keliru
luahkan segala
agar hilang gusar di kalbu.
Kataku pula
payah meluahkan segala isi duka
biarlah
begini adanya
tidak kumahu
merencana cerita
tentang cinta manusia
yang tiada setia.
diam
sepi itu tak mahu lagi bersuara
berceritalah tentang isi alam
wahai ibuku
biarlah
begini adanya.
hanna @ anakmu, along.
kususun
senyum
hanya buat yang mengerti
dan sudi menghargai.
~hJ~
hanya buat yang mengerti
dan sudi menghargai.
~hJ~
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)