berkarya itu indah

berkarya itu indah
Showing posts with label Luahan kata cinta. Show all posts
Showing posts with label Luahan kata cinta. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Pilihan Hati

Assalamualaikum,

Kepada aku dan pembaca blog melatisejati (ada ke yang nak membaca di sini???) -mestilah ada, terima kasih kepada Cikgu Hizazul yang sudi setia membaca dan memberi komen. :)

Sekarang ini aku terpaksa online di cyber cafe. Segalanya gara-gara bbanda aku yang dah terlebih guna GB nya. Jadi sangat lembab. Haiz... (keluhan gaya Chempaka Aizim-seorang sahabatku)

Apa pun moga segala yang kita lakukan diberkati Ilahi.

Sebenarnya, aku nak bercerita sedikit tentang judul entri ini. Aku berani meluahkan sebab aku tahu si dia tak membaca blog ini. Sebab si dia yang dimaksudkan dalam entri ini nanti bukan penggemar internet dan teknologi komputer. tapi, sekiranya mereka membaca... erm, apa salahnya. Terpulanglah. Ini sekadar luahan perasaan aku.

Baik, teruskan perjalanan penulisan kisah judul entri (macam tak tersebut judul ini di mulut)

Begini, pada awalnya aku sering sedih apabila bertemu dengan orang yang salah. Orang yang salah untuk menjadi teman setia pendamping hati. Aku reda, itu semua ketentuan Ilahi yang mahu aku lebih bersedia menghadapi seribu kemungkinan di masa depan dalam memilih teman terbaik untuk hidup ini. Dan juga akhirnya nanti menjadi teman yang terbaik untuk akhirat. Menyebut tentang alam yang satu lagi ini, teman terbaik itulah nanti yang akan mendoakan kita selalu agar tergolong dalam golongan orang2 beriman di sisi Allah. Amin.

Bersama desiran ombak menghempas pantai (kesan bunyi), aku diberi beberapa pilihan oleh Allah sekarang ini. Sekali dihadirkan sebanyak .... orang yang cuba mahu menjadi teman hidup. Kenapa aku berani meluahkan orang itu cuba mahu menjadi teman hidup kerana mereka meluahkan perkara 'lamaran' itu kepada aku. Saat ini hanya Allah yang tahu dan juga melatisejati ini dan adik aku. Kepada Allah, melatisejati dan adik aku luahkan segala tentang hal2 perasaan ini. Kepada Allah segalanya aku luahkan.

Seterusnya, apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah tidak terburu-buru. Sebab kalau aku terburu-buru kesannya akan banyak melukakan hati orang. Hati aku dan hati mereka. Aku tak mahu menjadi peluka dan aku tak mahu dilukai. Solat Istikharah kepada Allah. Dan cuba cara halus dengan memperbanyakkan soal jawab kepada mereka, mungkin juga salah satu jalan terbaik. Ya... InshaALLAh.

*diduga begini bukan mudah untuk ditanggung. Aku berdoa agar Allah memberkati setiap perlakuan dan perbuatanku di dunia ini. Amin.*

*Moga mereka yang mencintai tidak akan berputus asa sehingga berjaya. InshaAllah, aku berharap dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Yang boleh dan mahu sama-sama membimbing hati untuk jalan ke Syurga. Amin.*

-- Pilihan hati tidak tamat lagi,
aku juga menanti siapa yang bakal bertakhta di hati,
semoga bertemu yang sejati nanti,
buat diri yang disayangi.

Yang Manis,
hJ

Friday, April 15, 2011

Hadir Kekasih

~Alhamdulillah, ketika diri berkecamuk menahan rindu...Allah hadirkan dia tepat pada masanya. Alhamdulillah. Amin. Terima kasih Allah. Menghadirkan dia selamanya di hati.~


Nora


Hadirlah Kekasih

Ketika diriku
Seolah tiada bermaya
Terasa sang bayu
Menegur pasrahku

Masih ada lagi si dia yang pasti
Dapat membawakan bahagi
Segala harapan
Ternyata bukan khayalan

Kau hadir depanku
Menghulur tanganmu
Hadirlah kekasih
Hadirlah dikau dalam mimpiku

Cinta ini hanyalah padamu
Oh! hadirlah kekasih
Hadirlah kedasar hati ini
Kerna kasih bersamamu

Naluriku rasa bahagia

Wednesday, April 13, 2011

Keluh kesah seorang kekasih

(sumber: google)

Aku setia,
menunggu dan menanti
jawab balas
dari insan yang kudamba belas.

Kekasih hati
aku setia
menanti
hingga hujung nyawa.

catatan hujung 2011/April13

Thursday, October 14, 2010

Belai Kasih Kakak


Begitu aku benar-benar merasakan kehilangan. Sebesar huma kekangan yang tidak dapat aku elakkan mula meresap dalam kerengsaan hati. Aku bingung, aku mahu merenung. Mengapa begitu persoalan-persoalan ini berlegar-legar dalam kota minda.

Tuhanku, mengapa perlu ada perpisahan dalam hubungan ikhlas ini? Adakah ini ujian dan dugamu buatku agar kekal bersama-Mu, Tuhan? Jika ya...aku kekal bersama-Mu. Tiada yang lain hanya untuk-Mu. Amin.

Aku tahu, rindu ini ikhlas dan abadi. Tetapi, ia hanya sekadar lafaz kini. Tiada jalan tuju tiada arah yang pasti.

Kakak yang kukasihi, kita bertemu di alam mimpi. Dalam angan yang mendinginkan hati. Dalam khayalan yang menyegarkan isi jiwa. Aku rindu belai kasihmu. Kakak yang kurindui, aturan Tuhan tidak pernah kosong dengan segala janji. Hikmahnya, kan sering kunanti.

Kakak yang kusayangi. Mekarlah kasih kita, walau hanya dalam mimpi.


Thursday, September 30, 2010

Bersama sayang


Pengalaman manis,
membaca di samping si kecil. Indah. Manis sekali. Senyuman melafaz segala sisipan bahagia.

Adakala, jemari si kecil riang bermain-main helai kertas. Adakala, jemari si kecil rancak berirama melirik manja mahu bermesra.

Sayang,
mari kita membaca
eratkan minda dengan bahasa ,rapatkan jiwa dengan aksara.

A B C, kita selari mengeja kata. 1 2 3, kita seiring menyusun cita. Sayang, dengarkan bahasa indah...berbuailah madah cerita.

Membacalah, agar jiwa semakin dekat dengan ciptaan-NYA. Baik bacaan kita, murnilah jiwa dan minda.

salam manis, hannaJohan. Untuk si kecil riang dan tampan. :)

Monday, September 13, 2010

Mari bercinta kerana Allah.

Bicara biasa-biasa tentang cinta, hanna dan Johan. (hanya sekadar nama watak, ya)

hanna:
Teman, tanpa cinta apa makna mati?
Teman, tanpa cinta apa makna hidup?

Johan:
(senyap dan mendengar)

hanna:
Manisnya lebih daripada gula,
cinta cinta,
lebih masam daripada asam jawa,
cinta,
Ini adalah janji yang pasti,
cinta cinta,
dan ini adalah simpulan semulajadi,
cinta.

Di bawah ialah cinta,
Di atas pula ialah Tuhan,
Antara kedua-duanya adalah segala-galanya,
tiada sepatah kata yang membawa pelbagai ayat,
dan pelbagai ayat itu hanya mempunyai satu makna,
Cinta Tuhan itu lebih begemerlapan daripada segalanya,
Cinta.

Cinta,
bukan emas dan permata,
Cinta,
hanya satu dambaan,
hanya satu keinginan,
Cinta.

Johan:
Apa itu cinta, siapa yang tahu?
Apa itu cinta, pastinya semua orang tahu,
Ini kota cinta, tanpa diketahui nama jalannya,
sebuah rumah yang dipenuhi rasa cinta,
apa itu cinta, siapa yang tahu?

hidup yang singkat, perjalanannya yang panjang,
Apa itu cinta, siapa yang tahu?

Adakah ia suatu kesakitan,
atau ia adalah suatu kelegaan?

Adakah ini bisikan kekasihku,
atau ia adalah Kau, Tuhanku?

hanna:
Teman, apalah makna mati tanpa cinta?
Teman, apalah makna hidup tanpa cinta?

Johan:
Kamu hanya akan mendengar sebuah nama iaitu cinta,
Aku telah jatuh cinta,
di sebuah taman bunga,
cinta dan cinta,
dalam dakapanku juga dipenuhi duri-duri,
cinta.

hanna dan Johan:
cinta, cinta dan cinta.


:: Kita bercinta kerana Allah, Kita berkasih kerana Allah. Moga segalanya bersemi indah.

Wednesday, June 30, 2010

Tika ini hati hanna sedang keliru, sambil air mata tak segan mengalir...Alunan muzik menambah kesayuan hati. Oh! Kenapa?
Keliru tentang kisah cinta. hanna...dia dan cinta ini. Adakah kami akan bersatu? Adakah kami akan bersama? Selalu hanna berdoa, moga cinta ini bersandarkan pada agama pimpinan kami. Selalu hanna berdoa, agar cinta ini mekar bersama eratnya hubungan kami pada Maha Pencipta. Adakah kami akan dikurniakan rasa sekuat ini atas dugaan dan ilham percintaan?
Hati yang keliru, sukar dijernihkan pengertiannya...sering saja hanna bimbang jika ia hilang dari landasan yang diharapkan.

Ya Allah, jika benar hubungan ini akan terjalin, Kau berilah kami hidayah dan petunjuk agar kami-hambaMu yang lemah ini, sama-sama mengecap cinta hanya kerana-Mu Ya Allah. Amin.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages