Seminggu, dua minggu dan kini hampir 2 bulan saya di
sini. Mendamba tiap kisah yang hari-hari bakal
saya harungi.
“Tahniah, awak di tempatkan di unit Muzium dan
Pameran. Kerja di sini memerlukan tenaga dan minda yang lasak. Pantas dan perlu
segar dengan idea-idea baharu.”
Begitulah ucapan pertama kali yang didengar dari tutur
kata Encik bos. Saat itu hati jadi kelu, bimbang dengan keadaan kerja yang
tiba-tiba perlukan kecergasan minda dan tenaga yang mengejut. Mampukah saya
menggalas segala beban tugas itu?
Akhirnya, say pulihkan hati. BEKERJA KERANA IBADAH. BEKERJA
KERANA ALLAH. Untuk mencari rezeki buat ayah bonda, diri dan keluarga.
Alhamdulillah, hingga hari ini setiap tugasan berjalan lancar. Moga lestari
kelancaran itu Allah beri buat saya. Amin.
Dari masa ke masa, banyak hal yang saya belajar di
sini. Berada di unit muzium ini banyak mengajar dan membuatkan saya mengulang
kaji semula tentang Sejarah Melayu, bahasa Melayu dan DBP. Dari awal hingga
akhir. Bermula dengan penubuhan, pembangunan dan kini DBP. Semuanya perlu ada
dalam genggaman saya. InsyaAllah,