berkarya itu indah

berkarya itu indah

Tuesday, December 18, 2012

Panggilan Doa yang Terlunas



3 Minggu selepas 1 Oktober 2012,

“Ya, Allah. Kepada-Mu hamba bermohon. Jika benar hamba tidak berjaya dalam temuduga jawatan Penolong Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa Pustaka ini, Kau berikanlah jalan terbaik buat hamba untuk menerima berita ini dengan hati terbuka dan redha. Namun, jika benar DBP adalah tempat hamba bakal bekerja, Kau permudahkanlah Ya Allah. Hanya kepada-Mu hamba memohon doa. Amin.”

Beberapa minit kemudian, ketika telekung kulipat kemas…

“Kring… kring…”

“Tahniah Puan Hasni, dengan sukacitanya puan berjaya dalam temuduga temph hari.”

Di sebalik sendu, aku tergamam. Benar-benar petang itu terasa damai. Di ruang solat aku menyelak sedikit kain tirai. Moga sama-sama cerah mentari menghadirkan cahaya menerangi khabar bahagia itu.

“Puan Hasni? Kenapa diam? Kami ingin bertanya, adakah puan ingin menerima jawatan pelantikan ini?”

“Iya. Maaf puan. Saya terkejut. Alhamdulillah, saya terima pelantikan ini. Terima kasih puan.”

“Alhamdulillah. Tahniah Puan Hasni. Dalam masa beberapa hari, pihak DBP akan kirimkan kepada puan surat tawaran pelantikan dan beberapa dokumen untuk puan isi bagi melengkapkan diri menerima jawatan ini.”

Yang aku sedar. Hanya ucap syukur kepada Allah dan rasa bahagia sungguh-sungguh memeluk diri. Senyum lebar dan sujud syukurku hanya kerana Allah. Cepatnya Allah makbulkan doaku. Alhamdulillah. 1 November 2012. Bermula kisahku menjadi anak rantau di Kuala Lumpur ini. Betapa rindu kejap menyelubungi hati. Rindu kerana Allah. Buat insan2 yang amat disayangi.

No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages