berkarya itu indah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Us
Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.
Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.
Tahniah! Blog berwajah baru.
ReplyDeleteTahniah atas penyiaran cerpen-cerpen ini. Moga terus tekal untuk menulis.
Tahniah atas perlantikan sebagai PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BAHASA.
Moga terus kemaskini blog ini untuk berkongsi ilmu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih ya. Berwajah baharu untuk kehidupan yang lebih ceria, insyaAllah. Terima kasih juga atas ucapan tentang cerpen2 saya ini. InsyaAllah akan sentiasa tekal melawan godaan dan dugaan dalam bidang penerbitan ini.
Alhamdulillah. Berada dalam bidang ini sangat mencabar akal, dan fizikal untuk bergerak aktif. Syukurlah ia berlaku dalam bidang yang dicintai.
Saya cuba untuk sentiasa berkomunikasi dengan blog.
Oh ya, kalau2 awak ada sms saya...ingin saya beritahu hp saya sedang rosak. belum ada ruang kewangan untuk baiki. Sesudah saya baiki nanti saya sms kembali ya. Itupun jika ada lah. tahniah cerpen awak di MWP keluaran 2 disember 2012. Di tempat saya memang melanggan semua jenis akhbar dan majalah. Kalau awak nak tahu, rakan-rakan sepejabat yang mengemaskinikan sistem pustaxa (opac) yang pernah awak ajar saya untuk lihat karya dahulu. Sangat kebetulan dan indah takdir Allah ini menempatkan saya bekerja di sini kan? :)
Ya ke? Cerpen saya tajuk apa? Saya belum beli lagi MWP edisi 2 Disember tu. Guna nama MIE ADHAM atau Mohd Helmi Ahmad?
ReplyDeleteJadi awak tak perlu bersusah-susah lagilah nak semak karya yg dihantar, sebab tempat awak dah langgan semua majalah dan surat khabar. Termasuk MWP ke?
Patutlah diam saja. Rupa-rupanya rosak. Ok, nt dah baiki, sms saya ye.
Sekarang ni boleh semak lagi ke OPAC? sebab saya cuba dh tak boleh pun.
Iya. Judulnya HUTANG DENGAN TUHAN. Guna nama betul awak. Tahniah juga dalam majalah Era Muslimah November ada cerpen awak juga. Kalau tak silap judulnya Korban 10 Zulhijah kot.
ReplyDeleteYa, semua ada. MWP pun ada juga.
sistem opac mungkin sedang dinaiktaraf. Nanti cuba lagi ya.
Terima kasih. Wah, bestnya. Kalau macam tu, awak boleh semak semua majalah dan surat khabarlah. Nanti kalau awak tengok ada karya saya bagi tahu ye. Mana tahu saya lambat atau terlepas pandang.
ReplyDeleteMajalah Perempuan ada tak? Kalau ada untuk bil 266 dah keluar ke? Media Terkini takkan mereka langgan juga kot?
Dah lama saya tak semak OPAC. Kalau tak boleh juga tahu karya saya.