15.FEB.2013
kata si penguat kalbu, 'kuatkan hati, teguhkan
iman. Yang datang dan pergi berkali-kali itu semuanya penduga yang
bakal mencorak kehidupan hari ini dan masa hadapan.
Mahu jadi orang baik memang banyak cabaran. Usahalah hingga jaya.
Kena marah, kena kutuk, kena maki dan kena belasah itu semua pemberi
ingat agar apabila kita sudah kaya, berjawatan tinggi dan sudah
memiliki cinta hati, kita akan hargai
segala kepahitan yang pernah ditelan dahulu dan tidak mahu terjentik di
akal walau sekali untuk mengulang kesilapan yang sama seperti mana kita
pernah terkena dahulu.
Lagipun, hidup ini hanya pinjaman. Entah
bila-bila masa kita akan dipanggil Tuhan. Bersedia juga untuk
kebahagiaan di Sana dan berpada-padalah memikirkan hal dunia yang cuma
sekejap sahaja ini.'
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)