berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, June 2, 2011

Pertama Sebelum Semalam

2.

Subuh ini hati saya menjadi sayu sekali. Syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Dia memberi kekuatan buat saya bangkit sekali lagi. Alhamdulillah, Subuh kali ini dapat ditunaikan sesempurna seorang insan yang kerdil ini.

Di hening itu, saya sempat menatap wajahnya. Ketika masih lena dibuai asmara mimpi yang entahkan bila sudahnya. Suara lembut mengejutnya bangun untuk sama-sama menunaikan solat fardhu dua rakaat. Dia bangun tetapi entah lesap ke mana. Saya terlepas pandang kelibatnya pagi itu. Tidak mengapalah, dia tetap cinta saya. Saya mengharapkan dia sempat melepas rindu menunaikan rukun wajib itu.

Sebetulnya, saya sudah merancang segala yang bermula dengan malam pertama semalam hingga ke akhir waktu saya di sini. Habis menunaikan solat fardhu dua rakaat, sempat saya menitip bicara di Tinta ini. Syukur, berhasil rancangan saya. Kemudian, lekas-lekas saya membersih dan menyucikan pintu dan ruang teratak kami. Dia, saya pandang bersama cinta yang diletakkan kejap di hati. Saya amat menyanyanginya. Lalu saya biar dia bergembira, dan biar saya pula melaksana amanat yang sememangnya menjadi tanggungjawab saya ini.

Seharian ini, segala perjalanan saya lalui dengan sabar. Ya, hari pertama yang banyak menguji iman dan sabar. Terkadang hati dan fikiran saya tidak selaras, membuatkan saya kecamuk fikiran. Akhirnya, suara saya menjadi kasar-kasar sedikit. Namun, tidak terus saya lepaskan kepada punca masalah. Tetapi hanya saya lepaskan kepada diri yang dirasuk nafsu amarah. Syukurlah, saya masih boleh menahan sabar. Apabila wajahnya tersua, yang memberi suka dan menyejukkan jiwa.

Hingga kini, saya sudah bersiap untuk melaksana solat fardhu 3 rakaat. Dia...?
Saya harapkan sambil saya berusaha dan berdoa, kami dapat bersatu dengan-Nya dan sujud kepada-Nya bersama-sama. Mungkin suatu masa nanti. InshaAllah.

Saya mahu mengalunkan surah Yassin sebentar lagi, moga bacaan ini diberkati Ilahi buat kami. Amin.

2 comments:

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages