“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Sebentar lagi jam 9
malam. Hari ini Enam Januari 2013. Di corong radio sudah saya pasangkan siaran
Hot.fm. Malam ini ada AJL. Seperti biasa dahulunya, saya memang selalu
mengikuti AJL dan anugerah-anugerah yang lain. Termasuk rancangan
penganugerahan di Bollywood. Contohnya, Zee Rishtey Award, Star Parivaar,
Saregamapa, Dance India Dance dan lain-lain. Seronok melihat kesungguhan para
peserta mengerjakan tiap-tiap tugasan yang dicintai akhirnya dihargai seluruh
masyarakat. Begitu juga dengan AJL. Bakat nyanyian dan bakat penulisan lagu dan
lirik dipertandingkan. Yang baik akan menang, dan yang kalah tetap dihargai dan
dikenang. Pengiktirafan sebegini menjadikan tenaga dan minda manusia sering
mendambakan kualiti dan mutu sesuatu hasil itu agar sentiasa menyenangkan hati
semua yang mendengar.
Hari ini saya berada di
rantau. Rumah yang diduduki masih tidak punya tv. Jadi dengan berkat Ilahi,
syukur… saya masih berkesempatan mendengarnya dengan radio online Hot.fm sahaja. Hidup merantau tidak boleh bermewah pada
awalnya. InsyaAllah, moga bertambah rezeki di lain hari, dapatlah beli tv dan
menonton rancangan kesukaan. Kalau ada astro boleh tonton Zee Tv (108) dan
rancangan dokumentari. Wah, moga hari itu akan tiba dengan baik dan diredhai
oleh-Nya. Amin.
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)