Alhamdulillah… Nikmat
Allah kepada hamba yang sabar. :-)
Ketika cerita ini
dikarang, AJL sedang berehat seketika pada minit 11.27 malam. Ya, saya
cuba-cuba menontonnya melalui buah hati biru ini di laman sesawang Tonton.com dan
kini talian mencecah lebih 1 GB memori. Hmm, demi yang kita suka… sekali sekala
tidak mengapalah bayar lebih di hujung bulan nanti kerana menambah GB yang
baharu.
Terima kasih Allah.
Tatkala hamba berusaha sabar, Kau hadirkan nikmat ini kepada hamba. Moga hamba
terus kekal dalam iman dan ibadah kepada-Mu. Amin.
Sungguh-sungguh indah
persembahan semua peserta AJL 27 malam ini. WOW! Meriah! Seni muzik benar-benar
dihargai. Alangkan indah gembira ria, andai seni tulisan, sastera turut
dihargai semeriah ini. Pasti penuh bermakna dan penuh penghayatan seninya.
Tahniah kepada semua
peserta AJL. Anda yang terbaik dan anda pemenang! Walau bukan dengan trofi
tetapi maruah seni muzik berbalas bahagia. Tahniah!
Alhamdulillah, ‘Ku Akui’
yang saya suka menang di tempat ke-3. Yey!!!
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)