Mereka antara yang penting membantu menjayakan tugasan pameran MABBIM. Mendatangkan ceria buat semua. |
Assalamualaikum…
LAMA menyepi bukan kerana tak ingin lagi. Ada. Ya, saya masih ada.
Alhamdulillah masih Allah pinjamkan nafas ini untuk terus mencoret kata.
Senyum.
BEGITU masa cukup memberi seribu rasa. Ya, lebih daripada itu mungkin.
Sejuta dua juta masa. Hampir lima bulan saya belajar menyesuaikan diri di
rantau ini. Alhamdulillah. Bagai rempah ratus. Ada pedas, masam, masin dan
manisnya. Segala rencam rasa untuk kehidupan lebih bermakna.
Masuk ke dunia asing. BELAJAR, itulah perkara paling indah yang tidak
pernah putus untuk mengecap ilmu. Dalam proses belajar inilah, segala harapan
terlaksana dan menghasilkan sesuatu yang lumayan untuk diri dan kepuasan hati.
Inilah antara punca saya lama meninggalkan jejak aksara di blog.
1. Pameran Sempena SEMINAR KEBAHASAAN KE-52 MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM, INDONESIA DAN MALAYSIA (MABBIM) yang diadakan pada 3-4 April 2013 bertempat di DBP, Kuala Lumpur.
2. Pameran Sempena WACANA PERPADUAN UMMAH pada FEBRUARI 2013, bertempat di DBP, KL
Menyambut ketibaan D.Y.M.M Raja Nazrin Shah. |
Pameran poster berkaitan Perpaduan Ummah dan paparan manuskrip lama. |
Seketika sempat bertemu dan beramah mesra bersama-sama Kak Ainunl Muaiyanah, seorang Penulis hebat dan Editor di ITBM. |
3. Pameran Sempena MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENGARANG BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 2012, bertempat di Hotel Prince, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2013.
'Mock up' buku-buku pemenang. Saya antara orang pertama yang membaca buku ini sebelum diterbitkan. :) |
Tetamu VVIP, D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah sedang menyaksikan pameran poster kami. |
D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah sedang menandatangani buku pelawat yang disediakan. Pemegang talam itulah saya, nampak talamnya sahaja. hehe... |
Alhamdulillah. Antara tugas lain, selain menguruskan pameran ini, saya duduk dalam unit muzium. Ini, lain pula kisahnya. Banyak pengalaman indah dan menarik serta mistik boleh saya kongsikan nanti. InsyaAllah.
Terkadang dugaan yang hadir mengatasi segala kesabaran. Atas dasar bekerja
kerana ibadah, saya perlu dan saya mesti bertahan. Menghadapi karenah sikap
manusia, antara cabaran hebat yang perlu saya belajar untuk sabar dan terus
bertahan dalam dunia pekerjaan ini.
Bak kata seorang teman, ketika kami sedang membuat penyelidikan di Pusat
Dokumentasi Melayu beberapa hari yang lalu...
“Buat dek je! Bukan semua orang suka kita dalam dunia ni. Dan kita, hanya
manusia biasa yang terkadang jenuh membuat orang jemu dan menyimpan sikap iri
dan dengki. Orang yang mempunyai iri dan dengki kepada kita itu terkadang dia
melihat kelebihan dan kebaikan kita melebihi potensinya. Jadi, ambil ia sebagai
positif dan yakinkan diri bahawa kita sentiasa dalam lindungan Allah. Takut
hanya kepada Allah. Yang lain-lain serah sahaja pada Allah selepas kita
berusaha menjadi yang terbaik untuk semua orang.”
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)