Salam Ramadhan salam kemulian,
akhirnya kisah bahagia yang saya harapkan, tidak berhasil dengan baik. Allah Maha Mengetahui. Hingga kini saya masih gagal.
kata orang, kegagalan paling teruk ketika belajar ialah tidak berjaya dalam pelajaran. Kegagalan ketika menjadi manusia dewasa, apabila tiada kejayaan dalam hubungan kasih dan sayang bersama-sama pasangan.
Perasaan paling sedih pernah saya alami ketika ini. Kegagalan sejak dahulu hingga kini masih tidak pernah berakhir. Sungguh, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Dan dalam kesakitan ini, Allah sedang menyediakan yang lebih baik daripada kisah-kisah gagal itu, InsyaAllah.
Maaf, kalau-kalau ada yang bosan membaca kisah luka ini. Al-maklumlah, siapa yang suka kisah sedih kan? Hanya hati yang menanggung sahaja yang terpaksa hadapi semua ini. Dengan izin Allah, lekas-lekaslah pergi segala kedukaan.
Memang susah melepaskan seseorang yang disayang, namun itu semua sudah ketentuan. Dan cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Pengorbanan tetap perlu dalam kisah ini. Ya, pergilah membina bahagia bersama-sama insan pilihan. Moga sahaja Allah kuatkan hati saya. Moga sahaja jiwa ini pulih kembali lukanya.
Dengan izin-Nya nanti, hadirlah kekasih benar-benar kekasih yang membahagiakan. Kekasih dunia kekasih akhirat. InsyaAllah.
Dalam rengsa seperti ini Allah hadirkan rezeki yang tidak terbanding nilainya. Rezeki atas karya-karya yang tersiar di media cetak. Dengan izin-Nya, inilah yang terbaik buat saya. Alhamdulillah. Cinta saya kini belum terukir di mana-mana hati manusia bernama lelaki, tetapi Allah hadirkan ia dalam karya-karya saya.
Paling indah antara semua apabila buku kanak-kanak saya CIK LEBAH MADU diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan kini dijual dalam pasaran Jepun. Besar nikmat yang Allah beri. DIA tak izinkan lagi kasih saya diterima dalam hati kekasihnya, tetapi DIA hadirkan dahulu kejayaan penulisan saya hingga ke peringkat antarabangsa. Bersyukurlah hati, ini semua sudah ditentukan sebaik-baiknya dari DIA.
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
![]() |
Cerpen GARA-GARA KUCEN, di Mingguan Wanita 31 MEI - 06 Jun 2013. |
![]() |
Sajak DI KAMAR HATI AYAHKU, di majalah Tunas Cipta bulan JUN 2013. |
![]() |
Cerpen SYUHADA WASILAH CINTA, di Mingguan Wanita 19-25 Julai 2013. |
![]() |
Cerita Pendek HADIAH KEMAAFAN dalam majalah KEMBARA USTAZ jilid ke8 Jun 2013. |
![]() |
Keratan akhbar menampilkan berita terindah ini. Kelihatan CIK LEBAH MADU di sebelah kanan dalam bahasa Jepun :) |
Tahniah! Ternyata saudari sememangnya hebat. Malu saya. Siapalah saya hendak dibandingkan dengan saudari. Hanya penulis eceran. Buku belum ada. Tapi saudari buku telah diterjemahkan dalam bahasa Jepun.
ReplyDeleteAlhamdulillah cikgu. Rezeki dari Allah. InsyaAllah selepas ini giliran cikgu pula menghasilkan buku, ya.
ReplyDelete