15 september yang lalu, angin rindu untuk berbengkel membawa saya ke Hang Tuah City Hotel, Melaka. Di sana, saya tiba awal satu hari sekitar jam 8 malam. Menanti teman penulis, Nurul Farehah di Melaka Central.
Memandang sekeliling dengan perasaan baru, saya jadi teruja dan bersyukur. Syukur kerana perjalanan selamat dan lancar. Namun, yang masih tersimpan diingatan: sempat saya merayu kepada pemandu/ pihak bas untuk tidak memulakan perjalanan lagi. Berpandukan kepada no. telefon yang tertera pada tiket bas, saya pun menelefon pihak tersebut. Akibat jalan 'jam' semua jadi haru! sebelum ke sana, saya sempat bekerja seperti biasa. Namun, kami masih gerak awal... takdir Allah amat indah. Kerana 'bijak' merayu, akhirnya bas ke Melaka masih ada. Syukur! :)
"Kita cuba untuk sampai, kalau ada bas lagi kat sana, adalah rezeki along nak berbengkel..." Nasihat ayah dan emak masih bugar di kotak minda.
Kami tiba di terminal bas pada jam 6.08 minit petang. Sepatutnya bas sudah bertolak 8 minit yang lalu. Dengan izin Allah, saya sampai di Melaka Central dengan pengalaman yang baru. Senyum :)
Dipendekkan cerita, saya menginap di rumah Nurul. Alhamdulillah keluarganya menyambut kedatangan saya dengan seadanya. Terima kasih Nurul, Arif, makcik, dan seluruh keluarganya yang baik hati dan pemurah. Moga Allah lipatgandakan rezeki kalian. amin.
Banyak cerita yang berlaku sepanjang tiga hari saya di Melaka. Namun, yang saya beratkan masih berlegar tentang soal hati. Amat tidak saya jangkakan, sikap saya di sana sungguh celaru. Mungkin kerana sudah lama tidak mengembara bersendirian. Jadi idea sangat kaku dan kadang-kadang banyak hal gembira saya lepaskan.
semua ini merupakan pengajaran buat saya agar lebih bersedia pada masa-masa akan datang. Betul tak?
*akhir kalam, akan saya titipkan sedikit sebanyak nota yang saya peroleh ketika berada di bengkel PENULISAN SKRIP DRAMA TV, FILEM DAN TEATER ini ya! Terima kasih :)
berkarya itu indah
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Beri Makna: SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG
Assalamualaikum, moga sihat bugar semuanya ya! :)
Masih beraya lagikah anda? Pasti seronok hari raya tahun ini kan...
Tak mahu buang masa, entri ini ditulis untuk memberi makna kepada sebuah tulisan seorang penulis bernama Mohd Helmi Ahmad. Cerpen SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG hasil karangannya tersiar dalam majalah Mingguan Wanita edisi Hari Raya dan Merdeka. Gambar hadapan ialah gambar Penyanyi Malaysia No. 1 iaitu Datuk Siti Nurhaliza.
Membaca cerpen ini memperlihatkan saya sedikit kelainan dari segi olahan gaya bahasa yang LEBIH LEMBUT, adakalanya terasa olahan gaya bahasa ini terlalu hiperbola apabila membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain. Tapi, perbandingannya masih logik dan amat indah untuk dicerna. Pembacaan jadi selesa dan laju sahaja memasuki ruang minda.
Jalan ceritanya nampak santai dengan tema mempertahankan baju kurung dalam kalangan masyarakat Melayu. Dan sesekali diselit adegan watak utamanya mempertahankan pemakaian baju kurung yang melambangkan kesopanan dan kelembutan wanita Melayu. Watak Aku melatari cerpen ini menampakkan kekuatan perjalanan cerita kerana ia lebih seperti membaca diri sendiri.
Dalam pembacaan saya, kadang2 tergelak kecil sebab saya suka dengan beberapa dialognya. Membaca dialognya ini seperti mengingatkan saya kepada dialog-dialog klise dalam drama Melayu. Misalnya: (Dialog ini antara Amira dan aku. Ketika ini Amira memberi amaran kepada Aku agar tidak mengganggu teman lelakinya, sedangkan Aku tidak langsung berminat untuk mengganggu Akmal Hakimi.)
Masih beraya lagikah anda? Pasti seronok hari raya tahun ini kan...
Tak mahu buang masa, entri ini ditulis untuk memberi makna kepada sebuah tulisan seorang penulis bernama Mohd Helmi Ahmad. Cerpen SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG hasil karangannya tersiar dalam majalah Mingguan Wanita edisi Hari Raya dan Merdeka. Gambar hadapan ialah gambar Penyanyi Malaysia No. 1 iaitu Datuk Siti Nurhaliza.
Membaca cerpen ini memperlihatkan saya sedikit kelainan dari segi olahan gaya bahasa yang LEBIH LEMBUT, adakalanya terasa olahan gaya bahasa ini terlalu hiperbola apabila membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain. Tapi, perbandingannya masih logik dan amat indah untuk dicerna. Pembacaan jadi selesa dan laju sahaja memasuki ruang minda.
Jalan ceritanya nampak santai dengan tema mempertahankan baju kurung dalam kalangan masyarakat Melayu. Dan sesekali diselit adegan watak utamanya mempertahankan pemakaian baju kurung yang melambangkan kesopanan dan kelembutan wanita Melayu. Watak Aku melatari cerpen ini menampakkan kekuatan perjalanan cerita kerana ia lebih seperti membaca diri sendiri.
Dalam pembacaan saya, kadang2 tergelak kecil sebab saya suka dengan beberapa dialognya. Membaca dialognya ini seperti mengingatkan saya kepada dialog-dialog klise dalam drama Melayu. Misalnya: (Dialog ini antara Amira dan aku. Ketika ini Amira memberi amaran kepada Aku agar tidak mengganggu teman lelakinya, sedangkan Aku tidak langsung berminat untuk mengganggu Akmal Hakimi.)
"Eh, budak kampung ini pun ada sekali. Baguslah kalau macam itu. Aku hendak bagitau kau awal-awal yang Akmal Hakimi ini kekasih aku. Jadi kau jangan gatal-gatal hendak mengurat dia pula. Kalau aku dapat tahu kau cuba bermain mata dengannya, siap kau aku kerjakan."
Cerpen ini juga menggambarkan betapa kukuh dan kuatnya hati Aku apabila dia dilamar kembali oleh Akmal Hakimi. Baguslah begitu. Bagi saya penulis lelaki ini adil dalam menyampaikan jalan cerita yang mahu diketengahkan. Seorang gadis yang bukan sahaja kuat mempertahankan baju tradisional orang Melayu tetapi tetap gagah mempertahankan maruah diri daripada menerima godaan Akmal Hakimi yang dia sendiri tahu sedang berkasih dengan Amira.
Di akhir cerita beberapa kejutan kecil diselitkan penulis. Saya turut berasa kagum apabila mendapat tahu (ketika membaca) bahawa Amira kini sudah berubah menjadi gadis yang baik, setelah dia menjadi mangsa rogol. Oh sebab itulah Akmal tidak mahukan dia pada awalnya. Tetapi Akmal reda atas segala yang ditakdirkan Tuhan kepadanya. Dia tidak seharusnya membiarkan Amira keseorangan di kala dia ditimpa malang. Mereka akhirnya bernikah dan melayari bahtera rumahtangga dengan aman. Amira juga sudah mula mencuba-cuba untuk memakai baju kurung.
"Berbaju Melayu busana indah, moga kekal di hati dan minda akan keindahan diri dalam dan luar semua wanita. Wanita Melayu khususnya." (Hasni Jamali, 11092012)
Terima kasih Mohd Helmi Ahmad, semoga terus menulis yang terbaik lagi ya!
Friday, August 24, 2012
Masih Ada :)
KLIK GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN KEPUASAN HURUF-HURUF BESAR BAGI MEMBACA KARYA INI. TERIMA KASIH :)
MOGA BERTEMU LAGI PADA RAMADHAN-RAMADHAN YANG MENDATANG. INSYAALLAH, AMIN.
Sunday, August 19, 2012
SALAM AIDILFITRI 1433 HIJRAH
Alhamdulillah, 1 Syawal 1433 Hijrah dapat lagi disambut dengan
kesihatan yang baik. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang diberi. Namun,
syawal pertama ini kurang berseri kerana emak tidak sihat. Dan hingga entri ini
ditulis pada 2.09 pm, saya masih tidak merasmikan baju raya untuk disarung ke
tubuh. Entah, mood raya hilang tiba-tiba.
Moga emak lekas sembuh. Dan kita dapat beraya bersama-sama. Amin.
SALAM AIDILFITRI
BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI SAYA, HASNI JAMALI a.k.a HANNA JOHAN. MAAF ZAHIR
DAN BATIN ya.
KREDIT PUJIAN KEPADA
TIM VC KREATIF kerana menghargai saya sebagai tim UNIT PENULISAN dalam kad raya
di atas. TERIMA KASIH DAUN KELADI, REZEKI INI MOGA DIBERKATI ILAHI.
Wednesday, August 15, 2012
TERIMA KASIH ALLAH :)
Terima Kasih Allah merupakan cerpen terbaharu saya yang tersiar di akhbar Mingguan
Warta Perdana. Karya ini tersiar pada 19 Ogos 2012. Alhamdulillah, terima kasih
Allah atas kurniaan ini. Syukur tidak terhingga apabila berturut-turut karya
berlainan genre tersiar di dada media.
Rasanya
kalau tidak silap, cerpen Terima Kasih Allah merupakan cerpen pertama yang saya
tulis pada tahun ini. Alhamdulillah ia berjaya memikat hati editornya. Menulis
lagi dengan lebih bersemangat.
InsyaAllah.
Cerpen ini
membuahkan pelbagai rasa kepada saya. Akhbar ini saya letakkan di ruang tamu
untuk ditunjukkan kepada emak dan seluruh ahli famili. Seawal pagi, emak
membacanya dalam diam. Saya yang ketika itu baru selesai mengemas katil ditegur
emak dari luar pintu kamar, “Ni cerita siapa? Macam pernah tahu je…”
Akhirnya saya
menjawab pertanyaan emak dengan menghulur senyuman. Emak juga, membalas senyum
saya dengan senyuman manisnya. Kami tersenyum bersama-sama. Moga karya ini dibaca
seluruh masyarakat, ia sebuah kisah yang dituliskan oleh penulis hijau seperti
saya. Namun saya masih mengharapkan cerpen Terima Kasih Allah ini mempunyai
nilai dan amanat yang dapat dikecap pembacanya. Syukur tidak terhingga. Amin.
Saturday, August 11, 2012
BIRU CINTA HATIKU
Assalamualaikum buat diri dan pembaca yang sudi ke mari,
Moga sihat-sihat sahaja ya. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ini kesihatan bertambah baik dan jarang-jarang mendapat penyakit. Ini kerana (formal pula ayat)... erm, sebab segala penyakitkan kan datangnya dari perut atas izin Allah. Jadi kerana perut sudah jarang2 menerima makanan sepanjang siang dan malam, penyakit pun jarang2 datang menjengah wajah. Alhamdulillah, tiadalah sakit, stress dan segala macam keadaan yang membingungkan.
Alhamdulillah, bulan mulia ini banyak rezeki yang masuk. Syukur kepada-Mu, Allah. Kata emak, 'berkat kesabaran, akhirnya membuahkan hasil juga. Ingat, jangan merungut selalu.'
'Baiklah emakku...' saya senyum saja dengar nasihat emak yang indah ini.
*** 7 Ogos lalu saya mendapat 'jemputan' temuduga kerja. Jawatan di sektor kerajaan. Segala doa perjalanan pergi dan pulang Allah izinkan selamat dan lancar. Alhamdulillah. Menjadi hairan buat saya, sepanjang berada dalam barisan bersama peserta-peserta temuduga, rasa gementar dan resah seakan kurang. Saya banyak tersenyum dan yakinkan diri agar bersemangat dan usah fikirkan gentar. Hmm, inilah kuasa berselawat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. ALhamdulillah, doa itu dimakbulkan. Sepanjang berada dalam bilik mesyuarat, tempat temuduga... saya diaju hebat soalan-soalan berkaitan isu semasa dan pandangan peribadi berkaitan dunia dan perpaduan. Wow! Soalannya hebat sekali. Dan saya menjawab dengan tenang dan lancar. Alhamdulillah. Namun, keputusan akhir para panel masih belum beroleh jawapan. Ya Allah, moga hamba terpilih antara nama yang berjaya merangkul jawatan ini. Moga juga hamba dapat menitipkan segala ilmu sepanjang berada dalam jawatan ini nanti. Amin, Ya Allah. (kawan-kawan, doakan saya juga ya... terima kasih :) )
*** Judul BIRU CINTA HATI. Pada awal tahun, saya pernah menulis beberapa jumlah matlamat di atas kertas. Saya ikut perlakuan adik perempuan saya, yang kini sebagai Jururawat Masyarakat yang berjaya. :) Katanya, hampir kesemua matlamat yang pernah dicoretkan atas kertas telah berjaya digapai. Alhamdulillah, segalanya lancar kalau kita benar-benar yakin dan percaya akan aturan takdir Allah atas pilihan jalan hidup ini. Dia tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi seorang jururawat. Namun, rezekinya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sejak itu, dia mula menanam cita-cita dan matlamat untuk berjaya dalam hidup.
Menulis MATLAMAT ATAS KERTAS bukanlah bererti kita mengatur ketat kehidupan sendiri. Matlamat ini berupaya membantu kita agar lebih bersungguh-sungguh untuk menggapai cita-cita. Dan matlamat ini juga mampu memberi jelas kepada kita akan sesuatu yang hendak dicapai.
Inilah yang saya nak ceritakan (mukadimahnya panjang sangat) hehe...
*awal tahun lalu saya menulis beberapa jumlah MATLAMAT sepanjang 2012. Antaranya:
1. Memiliki kenderaan (motor) sebelum Mei 2012
2. Mempunyai sebuah buku sebelum masuk usia 26
3. Memililiki Notebook baharu atas keperluan bukan kehendak
4. .... sebagainya
Alhamdulillah, dua buah hati saya berwarna BIRU kini dimiliki. Saya pahatkan pada usaha, sebelum Mei saya mahu milikinya, namun rezeki Allah melancarkan segalanya. Pada Mac Kekasih Biru itu hadir dalam hidup saya. Syukur sangat. Dapatlah saya ke tempat kerja tanpa menyusahkan ayah dan adik untuk menghantar saya selalu. Alhamdulillah, saya boleh tidak mengganggu masa mereka lagi. :)
Alhamdulillah, kini tiap aksara dapat saya luahkan melalui Buah Hati Biru pula. Papan kekunci lebih lembut dan paparan cantik nan indah sentiasa menemani mata. Yang lama masih sayang dan tidak akan terbuang. Saya panggil dia Si Hijau kerana skin cover yang hijau. Si Hijau telah banyak memberi jasa kepada saya sepanjang menjadi Mahasiswi di UKM dahulu. Si Hijau juga yang banyak menabur budi dalam memperkembangkan bakat saya dalam dunia penulisan ini. Terima kasih Si Hijau, terima kasih banyak. Kini Si Hijau sudah kurang stabil dan emak memberi pesan, 'beli yang baharu untuk kegunaan jangka panjang dan moga terlahir lagi karya2 bermutu.'
-Untuk Buah Hati Biru ini pula, sudah dua karya saya tuliskan di dalamnya. Satu artikel yang diminta editor, dan satu lagi cerpen yang saya cuba2 hantar ke media. Semoga ada harapan untuk tersiar nanti. Amin.
Matlamat kedua, syukur kepada Allah. Sudah Tiga buah buku saya diterbitkan dan berada di pasaran. Semoga novel AKU MAHU LAWAN HANTU, MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH dan buku kanak-kanak JOM MAIN laku keras di pasaran. Doa saya selalu, 'Ya Allah, Yang Maha Pemurah... Semoga karya-karya tulisanku laris di pasaran, semoga hasilnya nanti memberiku keselesaan dalam menjalankan ibadah kepada-Mu, semoga karya-karyaku ini mendekatkan pembaca kepada-Mu, Ya Allah. Amin.'
*Biru Cinta Hatiku, semoga sentiasa membawa harum dalam dunia penulisan Negaraku. InsyaAllah :)
-Untuk Buah Hati Biru ini pula, sudah dua karya saya tuliskan di dalamnya. Satu artikel yang diminta editor, dan satu lagi cerpen yang saya cuba2 hantar ke media. Semoga ada harapan untuk tersiar nanti. Amin.
Matlamat kedua, syukur kepada Allah. Sudah Tiga buah buku saya diterbitkan dan berada di pasaran. Semoga novel AKU MAHU LAWAN HANTU, MISTERI GADIS BERBAJU PUTIH dan buku kanak-kanak JOM MAIN laku keras di pasaran. Doa saya selalu, 'Ya Allah, Yang Maha Pemurah... Semoga karya-karya tulisanku laris di pasaran, semoga hasilnya nanti memberiku keselesaan dalam menjalankan ibadah kepada-Mu, semoga karya-karyaku ini mendekatkan pembaca kepada-Mu, Ya Allah. Amin.'
*Biru Cinta Hatiku, semoga sentiasa membawa harum dalam dunia penulisan Negaraku. InsyaAllah :)
Friday, August 10, 2012
Thursday, July 26, 2012
Rezeki Ramadhan 1433 H
Ramadhan 1433 H,
Terima kasih Allah atas kurniaan nafas buat hamba. Alhamdulillah, dua karya hamba tersiar atas rahmat-Mu membuka jiwa baik seorang editor menilainya dan menyiarkannya. Alhamdulillah ya Rabb.
RIMBUN DOA SEORANG AYAH. Dalam kehidupan ini, tanpa ayah dan ibu atas kurniaan-MU, siapalah hamba di dunia ini. Sesungguhnya seorang anak, sentiasa mengharapkan doa-doa daripada kedua ibu dan bapa. Seperti 'Gunung doa yang padu, dibajakan tiap waktu, rimbun pohon amanahmu, akan sentiasa kukuh di kalbu.' Begitulah yang hamba usaha melaksanakan untuk menjadi seorang anak yang amanah, bertanggungjawab dan sentiasa membahagiakan jiwa-jiwa insan kekasih hamba ini. Moga Allah sentiasa merestui hamba. Amin.
MENEPIS LESU. Kehidupan yang semakin hari semakin memerlukan perubahan. Daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, begitulah yang sentiasa dihajati insan-insan yang sedang disedarkan oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Sajak-sajak yang tertulis adakalanya berkaitan dengan rasa jiwa. Maka MENEPIS LESU benar-benar mengajak hati agar membuang segala rengsa. Hiduplah dengan ceria. Diam, beruzlah dan bermuhasabah diri. Itu lebih baik daripada termenung tanpa makna. Alhamdulillah, Allah Maha Adil dan Allah Maha Penyayang. Kini hati lebih ringan daripada menanggung beban kisah lalu yang menyuramkan. Tertulis di atas kertas, dengan tinta yang jujur dan tinta yang sentiasa sudi menerima baik luahan hati. Seperti yang kuluahkan, 'Uzlah ini, kulampir bersama muzakarah terindah, resapan ayat-ayat cinta-Nya, sirnalah lesu, yang masih tergantung, kelam di langit mendung.'
Moga karya-karya ini bermanfaat kepada semua yang sudi membacanya. Amin.
Saturday, July 21, 2012
Sunday, July 8, 2012
KOMIK ubat penenang hati
Baru-baru ini
(dalam bulan JUN)… sebenarnya entri ini untuk kaver kembali entri lepas yang
tak sempat nak tulis. Semua dah ada dalam otak. Gambar pun dah siap edit juga. Hihi…
Ceritanya… apabila
tempat kerja saya ini berdekatan dengan sebuah kedai buku, dan tuan kedai pun
sangat baik hati, lalu buku-buku, majalah dan sekitar makalah yang ada dapat
saya baca dengan cara yang paling berhemah. (senyum) cara apa? Adalah…hehe
Dan saya memilih
bahan bacaan ringan ini. Judulnya “Dongeng Geman” @ “Dongeng Leman” (maaf saya
tak pasti huruf bagi perkataan kedua itu). Anda boleh lihat pada gambar ya.
Betulkan saya, jika saya silap. Terima kasih.
Buku ini tergolong
dalam jenis buku komik atau buku kartun yang selalu saya panggil masa
kecil-kecil dulu. Dalamnya terdapat komik-komik yang mengumpulkan cerita
berkaitan PEMBALASAN, atau NATIJAH apabila berbuat jahat. Sangat DAHSYAT apabila anda membaca, meneliti dan menyaksikan
sendiri lukisan, plot dan mainan warna pada setiap kisah.
Sejak di sekolah
rendah lagi saya memang suka membaca komik. Pernah juga berangan-angan mahu
memiliki/ menulis cerita komik ni. Hanya kerana saya tidak pandai melukis, jadi
tiadalah komik. Huhu! Sedih…
Tahniah kepada PENULIS dan PELUKIS komik ini. Anda berjaya membuat saya dan
pembaca lain berasa kagum dengan bakat yang dimiliki anda. Dan segalanya adalah
daripada DIA juga yang memberi bakat
istimewa ini, bukan? Alhamdulillah. Moga CORE dan PUYUH akan menghasilkan lagi komik2 yang mampu mendatangkan kebaikan
kepada pembaca lalu pembaca menghasilkan kebaikan kepada Dunia.
Dan antara suatu
petikan komik yang saya paparkan adalah seperti dalam gambar di atas. Itulah
pesan nenek kepada cucunya. Seingat saya, ketika saya sedang membaca komik ini,
hati saya sedang dicalar oleh ex-buah hati. Terasa-rasa pesan nenek tu sangat
berbaloi kepada cucunya, dalam seram-seram penceritaan pun tips ini masih
diselitkan dengan baik oleh Penulisnya. Idea itu macam-macam, kan?
*Bacaan bulan lalu
pun tamat. Tunggu ya, nanti saya kongsikan lagi bacaan sebuah buku motivasi
yang amat memberi kesan besar dalam hidup saya. Baru sahaja habis baca seminggu
yang lalu. Dan ia benar-benar berkesan… Alhamdulillah.
Saturday, July 7, 2012
Cik Hasni EDITOR Sambilan
Alhamdulillah, siap
juga akhirnya kerja-kerja menanda dan menyunting manuskrip ini. Lihat pada
gambar, begitu banyak tanda merah! Beginilah tugas seorang EDITOR atau PENYUNTING
bagi sesebuah manuskrip sebelum naskah menjadi buku atau novel atau apa jua
makalah.
Untuk tempoh ini,
saya menyepi begitu lama. Hehe… alhamdulillah akhirnya kembali bersemangat
untuk up to date ini blog! Yey!
Saya mahu berkongsi
sedikit kisah ketika menyunting manuskrip ini. Bukanlah saya mahu kisahkan
tentang kerja-kerja teknikal, cuma berseloroh saja tentang kejadian2 yang
menimpa. Uh! Tidak…!
Ketika menyiapkan
tugasan ini, saya dilimpahkan dengan rezeki penulisan yang lain yang juga
mahukan ia siap pada tarikh yang sama. Kerana tugas penulisan itu sampai
dahulu, jadi saya terpaksa siapkan yang itu dahulu. Dalam hati sentiasa takut,
gabra dan rasa mahu pecah minda dan otak. Iyalah, bimbang jika ‘Yang dikejar
tak dapat, yang dikendong keciciran.’
Alhamdulillah,
semua kerja penulisan ini siap pada waktunya. Syukur! Dan sekarang, saya masih
menyiapkan kerja penulisan 7 cerita pendek untuk Murnibooks. Alhamdulillah sudah
siap 6 per 7. Yang satu ini, kalau dah siap kena buat artikel untuk VC Kreatif
pula untuk majalah Kembara Ustaz.
***Doa saya, moga
lancar segala idea untuk penulisan-penulisan ini. Moga lancar juga pembayaran
dan penghargaan Pihak PENERBIT kepada PENULIS. Amin. Ini juga merupakan kerjaya
seorang manusia, di samping melahirkan karya bermutu, bentuk penghargaan dan pembayaran
ini juga satu dorongan terbaik untuk pekerja menambah prestasi dan semangat
juangnya! Setuju tak???~
Wednesday, June 13, 2012
MIMPI SUCI #4
Alhamdulillah selesai semua cerita!
Siap! Lega….!
Malam ini bolehlah saya tidur awal
(jam sekarang menunjukkan pukul 12.30 tengah malam)… Tak apalah, daripada
selalu saya tidur jam 2.00 pagi. Apa pun, semua ini saya lakukan kerana bahagia
menulis dan demi menambah pendapatan. InsyaAllah. Semoga semua usaha ini
diberkati Allah.
![]() |
| Kertas kerja yang sudah diconteng-conteng... hehe |
Puan penerbit sudah pun menerima 8
daripada 10 cerita dengan senang hati. Sebenarnya di awal perjanjian, Puan
penerbit mahu beri 10, tetapi akhirnya ada 8 sahaja. Apa pun, saya sempat
menulisnya dalam masa seminggu.
Banyak pengalaman menarik yang saya
ingin kongsikan di sini. Menulis cerita kanak-kanak tidaklah semudah yang
disangka. Lagi pula dalam jumlah perkataan 150-170, oh.. sangat mencabar! Usai
sahaja menulis, banyak ayat yang terpaksa saya sunting dan potong. Lalu jika
ayat itu tersalah potong, kena pulihkan semula dengan ayat penyambung yang
betul dan tepat. Syukurlah saya punya ramai kawan yang bijak hukum tatabahasa. Kenal
rapat dengan editor pun ada baiknya juga, ini lah masanya untuk menggunakan
khidmat mereka dalam membantu saya menulis dengan lebih baik lagi.
Alhamdulillah terima kasih kepada editor yang saya panggil Kak Siti dalam
menunjuk ajar dan sudi meluangkan masa untuk membantu saya.
…Terkenang-kenang pula saat indah
saya dan abang Hizazul (ZUL) ketika bersama-sama menyiapkan tugasan masing-masing
di Restoran Uncle Sam. Abang Zul sibuk menanda kertas ujian anak muridnya dan
saya pula asyik mencari contoh-contoh karangan bahasa Melayu murid darjah enam
dengan melayari internet. Sekejap-sekejap abang Zul akan bertanya tentang
tatabahasa yang digunakan anak muridnya dalam membina ayat. Kami tergelak-gelak
juga membaca ayat tunggang-langgang mereka.
Contoh ayat yang saya ingat, ‘Ibu
memasak kari di dalam kuali…’ –tafsiran saya seperti ibu sedang duduk dalam
kuali sambil memasak kari. hehe
Tidak kurang juga kami menyimpan
rasa kagum kepada seorang anak murid perempuan yang menulis dengan ayat yang
lawa dan hampir tepat. Akhirnya, saya tidak menulis apa-apa untuk hari itu.
Tetapi saya dapat belajar serba sedikit tentang dunia tatabahasa yang dikuasai
benar oleh abang Zul. Maklumlah, di UKM dahulu dia mengambil jurusan Pengajian
Melayu. Jadi bahasa Melayunya lagi mantap daripada saya. Hehe… Moga saat manis
bersama bakal ada lagi nanti, ya. InsyaAllah.
![]() |
| Buku2 Rujukan yang banyak mencurah bakti... :) |
Ini antara buku peribahasa yang
sempat saya beli. Buku rujukan karangan BM UPSR pun saya beli juga. Cukuplah
sekadar satu hingga dua buku ini. Ada rezeki boleh beli lagi. Dan paling
bermakna ialah Kertas Peribahasa yang dihadiahkan oleh abang Zul. Walau pun tak
tebal, tapi penuh isi dengan peribahasa yang bermutu. Hampir sahaja saya
dimarahnya kerana penat-penat dia keluarkan laptop di kedai sup tulang, untuk
menunjukkan pdf peribahasa yang disimpan, tetapi saya pula tak bawa Pendrive untuk sedut maklumat itu. Marah-marah
manja tak apa, kalau marah benar-benar itu saya takut. Hihi… ampun!
Esoknya, pdf peribahasa ini sampai
dalam kotak masuk emel. Bahagianya rasa! Dapatlah membantu saya menulis 1-2
cerita ketika itu. Syukur sekali! Terima kasih abang zul, ya! Nanti saya
belanja Bakso dan pisang goreng ya…! Hehe…
Baiklah, setakat ini dahulu.
Selepas ini perlu siapkan Penyuntingan Manuskrip Tebal pula. Semoga Allah
sentiasa merahmati pekerjaan saya. Berharap juga di tempat kerja nanti punya
kelapangan untuk tumpang menyunting manuskrip. Alhamdulillah, Pakcik pun
sentiasa baik hati dan tak kisah. Semoga Pakcik teruslah memahami. AMIN.
…selepas khatam sunting manuskrip
ada 3 artikel menanti untuk ditulis dan hantar kepada Penerbit VC Kreatif dan 7
cerita baharu untuk Penerbit Murnibooks. Alhamdulillah. Selamat berjaya dan
lakukan yang terbaik ya, cik Hasni Hanna! Amin. …
Sunday, June 10, 2012
MIMPI SUCI #3
(…sambungan…)
Apakah jawatan yang ditawarkan ITBM untuk saya
agaknya ya? Senyum… Syukur, rezeki bertambah-tambah. Semoga dengan rezeki ini
nanti saya dapat membantu keluarga untuk hidup yang lebih baik. InsyaAllah.
Inilah pekerjaannya!
![]() |
| ALHAMDULILLAH. KERJA BEST TANGGUNGJAWAB PUN THE BEST JUGA! TAHNIAH CIK HASNI. SYUKUR. |
Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada seorang teman. Dia tidak pernah lokek berkongsi rezeki dengan saya. Semoga suatu hari nanti dalam rezeki saya juga ada rezeki untuknya. Amin. Terima kasih sahabat.
Ucap rasa kasih ini turut saya
hulurkan kepada kedua-dua kakak angkat saya, yang tidak pernah putus mendoakan
kejayaan buat saya. Mereka juga antara insan penting yang setia bersama saya
ketika duka dan suka. Alhamdulillah, semoga mereka mendapat rahmat melimpah
daripada Allah. InsyaAllah. Amin.
Terbaru ini, saya sedang
mengerjakan 7/10 cerita pendek untuk Murnibooks. Wah, sungguh mencabar! Sangat sukar
menulis cerita pendek antara 150-170 patah perkataan ini. Sudah biasa
berkias-kias, tetapi akhirnya terpaksa memotong perkataan-perkataan yang lemah
dan memanjangkan ayat. Cabaran, ianya penting untuk melahirkan karya bermutu di
masa hadapan. Yeh!
Ini sahaja untuk hari ini… mahu
sambung menulis cerita ke empat dan berharap siap pada hari ini juga! Amin.
Tidak sabar mahu berkongsi cerita
lagi. Tentang buku baharu yang baru selesai baca dan cerita tentang idea dan
makan.
JUMPA LAGI!
(…BERSAMBUNG…)
Thursday, June 7, 2012
MIMPI SUCI #2
Puas sudah
menonton drama kartun Upin dan Ipin. Sesungguhnya episod-episod yang dilalui
mereka memang penuh bermakna dan penuh pengajaran buat saya yang dewasa ini.
(Perhalus bahasa diri dengan menggantikan aku kepada saya). Senyum…
Sedikit demi
sedikit, selepas hati pulih daripada sakit… akhirnya saya ketemu sebuah
pengalaman yang indah kurniaan Allah. Alhamdulillah. Tawaran menulis datang
satu per satu. Syukur. Di sebalik kesedihan, Allah bungakan hati dengan
pengalaman-pengalaman ini. Alhamdulillah.
Pada waktu yang
sama juga, bos (atau lebih mesra dipanggil Pakcik) berkata kepada saya, “Bulan
ni saya naikkan gaji awak, ye.” Senyum meleret ketika pakcik sampaikan berita
itu kepada saya. “Alhamdulillah.” Saya sambut berita ini dengan penuh
kesyukuran kepada-NYA.
Terima kasih
Allah.
Seterusnya, walau
tidak banyak karya saya di media pada tahun ini, namun saya tetap bersyukur, penulisan
saya untuk penerbitan majalah dan buku kanak-kanak diterima setiap satunya.
Makluman terbaharu yang saya terima daripada Penerbit VC Kreatif. Penerbit
menerima tiga cerita pendek saya untuk dimuatkan dalam majalah Kembara Ustaz.
Tiga cerita pendek ini saya baurkan rasa harmoni sesama ahli keluarga dan saya
iringkan pengisiannya dengan makna-makna cinta kepada ISLAM. InsyaAllah, semoga
nanti majalah ini mendapat sambutan ramai pembaca dan laris di pasaran. Paling
penting cerita-cerita ini nanti memberi makna kepada pembaca untuk menjadi
lebih positif. AMIN.
Bulan JUN ini
juga, bawah penerbit Murnibooks, saya dilamar lagi untuk menulis cerita pendek
bagi murid darjah enam. 10 cerita pendek ini untuk keperluan penerbitan ini
menjalankan bengkel-bengkel penulisan dan penerbitan buku aktiviti sekolah.
Alhamdulillah. Rupanya bukan mudah ya, menulis cerita untuk kanak-kanak ini.
Lebih mencabar daripada menulis cerita untuk bacaan dewasa. Untuk itu saya amat
menghargai sekali bantuan Abang Hizazul Khan atas pemberian helai-helai koleksi
Peribahasa Melayu untuk rujukan saya. Terima kasih! Semalam, dengan rezeki yang
hadir, saya ke kedai buku untuk menambah buku rujukan karangan bahasa Melayu
darjah enam. Wah, sangat lama tidak membeli buku rujukan seperti itu. Terasa-rasa
seperti guru pula, mencari buku rujukan untuk mengajar (berangan saja!).
Terasa-rasa juga seperti kanak-kanak 12 tahun yang akan menduduki peperiksaan
UPSR. Hehe… (Lagi berangan!)
Dan rezeki lagi…
Alhamdulillah. Saya mendapat tawaran daripada Institut Terjemahan & Buku
Malaysia (ITBM) sebagai….
(…bersambung…) ~
sudah tamat waktu kerja. Mahu pulang dahulu! Moga senyum ini terus berlagu di
bibir yang selalu rindu kepada-MU.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Us
Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.
Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.
Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!
Gapaian CIta
Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita












