Bismillahirahmanirrahim...
Seperti biasa, setelah membetulkan cermin mata, jari-jemari bersedia menghuraikan setiap tinta kata...apa lagi, mahu curahkan segala yang terpendam di sini.
Judul 'Saya Mahu Ke Sana'... apakah akan tercapai? Ya, hanna akan pastikan. Semestinya dengan Izin Allah pastinya, hanna mahu ia tercapai.
2011. Awal Januari ini, rasa-rasanya tak banyak hanna menulis seperti 2010 dahulu. Entah... (perkataan ini tak boleh amalkan selalu) Tapi itulah yang terkeluar, mungkin otak hanna ni malas nak berfikir kot. Janganlah macam tu, buang jauh-jauh k!
Januari ini juga, dah dekat sebulan duduk di lain rumah. Suasana desa, yang kini dalam keadaan sangat dingin kerana hujan tak berhenti-henti. Hmm, sekejap. Hujan berhenti lebih sedikit daripada mencurahkan titisan airnya. Ha, macam itulah sebenar maksudnya. Pertama kali tinggal di desa dalam jangka masa yang panjang ini, rasa sejuk semacam. Siap pakai stoking lagi... hehe
Ok, kaitannya ialah...Kebiasaannya kalau sejuk, dan selesa pasti idea mudah mengalir untuk berkarya. Tapi, bukan tiada cuma tak kerap. Kadang-kadang kena termenung lama-lama, perasaan ini amat meletih dan membosankan.
Satu perkara lagi, hanna ni mudah lupa. Macam mana ya? Adakah kerana terminum air semut? hmm, kena makan kismis banyak-banyak kot. Tapi, itulah...Sifat pelupa ini beri banyak masalah.
Tinggal di desa ini, hanya berduaan dengan adik. Tak banyak alat yang menghiburkan. Tv, kadang kala dia tak mahu hidup. Entahlah...tv lama, macam tu lah. Tapi bila sekali dia dah hidup, adik tak bagi padam sampai masa kami nak tidur. Bila dia kata macam tu, hanna hanya ikut sahaja sebab nadanya 'dia yang bayar bil'.... (seronoknya dah ada gaji sendiri).
Paling baik setakat ini, suasana desa juga mempengaruhi minda hanna untuk banyak membaca. Majalah Anis utamanya, banyak memberi input nilai dan info Islamik kepada hanna. Syukur sangat, demi masa banyak anugerah terindah yang hanna jumpa dan InsyaAllah diamalkan.
Dan sekarang, sebenarnya ketika menulis entri ini hanna telah kembara banyak blog kawan-kawan dan bakal kawan. Ada yang penulis dan ada yang bukan penulis karya. Ya Allah, mereka semua sangat rajin dan sangat memberi inspirasi. Untuk menjadi penulis, perlukan kesungguhan dan kerajinan. Hanna pula? Selalu beri alasan, tiada idea...tiada dan tiada...urgh! Bosankan???
Hanna mahu jadi seperti mereka, sudah ada novel yang berkualiti, boleh menulis sesuatu yang bermanfaat buat pembaca-pembaca, menulis skrip dan menulis yang baik-baik. Tonton tv, drama-drama itu semua daripada hasil penulisan. Hanna bila lagi?
Dan, hanna mahu ke sana. Ke mana? Ke sana....hanna akan ke sana. Janji!
Kalau ada yang sudi membaca, sama-samalah berdoa untuk hanna berjaya mencapai cita-cita menjadi penulis yang berjaya. Amin. Hanna ucapkan terima kasih tak terhingga.
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)