berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, February 11, 2011

Saya HJ.


cincin ini ada terukir nama indah. Namaku dan namanya. Hasni dan Hanna. Sedikit penambah seri iaitu Johan.

Hasni, kata seorang ustaz sewaktu di sekolah agama beberapa tahun lalu, makna Hasni ialah Yang Lembut.

Nama itu benar-benar menghiasi diri. Bukan banggakan diri, tetapi itulah komen dan makluman yang dibisikkan oleh rakan-rakan, sahabat, saudara-mara, guru-guru, pensyarah dan yang mengenal dekat diri ini. Sering sahaja saya dibuli, kata mereka buli-buli manja. Sebab saya memang tak pandai membalas apabila dibuli. Itulah... Tetapi, adakalanya saya juga seorang pembuli. Buli-buli manja. hehe...

kata seorang guru kimia saya pula, Hasni Jamali. Ketika melaungkan nama Hasni Jamali, dia akan memandang barisan pelajar lelaki. Saya pula puas mengangkat tangan, dan barulah dia nampak. Katanya, "Lah, cikgu ingat nama ni kepunyaan lelaki. Perempuan rupanya. Unik nama ni!" Saya hanya tersenyum dan memegang teguh kata-kata cikgu Kimia itu.

Hari ini, nama Hasni Jamali banyak sudah terpapar di akhbar dan majalah. Alhamdulillah, bermula dengan kemenangan di Akademi Sastera lalu berhasil dengan tersiarnya karya-karya. Syukur sekali.

Hari ini juga, nama Hanna Johan semakin memekar.

Kebiasaannya penulis (mungkin hanya untuk saya), suka berangan dan mencipta watak dan perwatakan untuk hiburan sendiri. Dahulu saya mencipta watak Shawati untuk watak kegemaran saya. Lalu, nama itu sudah berlalu dengan perkembangan masa. Entah bagaimana nama Hanna ini wujud dalam hidup saya. Datang pula nama Johan. Dahulu ada suatu drama yang saya gemari. Tak ingat judulnya. Tapi ada watak heronya iaitu Johan. Saya suka nama Johan. Hingga hari ini.

Sewaktu di UKM dahulu, saya berjalan-jalan di pesta buku yang diadakan di PUSANEKA. Saya terjumpa buku nama-nama Islam. Lalu saya semak huruf H untuk Hasni. Jodoh! Saya berjumpa dengan nama Hanna. Maksud Hanna ialah RINDU. Oh, saya gembira sekali! Kerana Hanna punya makna yang baik. Lalu saya susun nama Hanna Johan melengkapi nama pena saya. JODOH lagi! Hanna Johan dan Hasni Jamali mempunyai kependekan nama yang seiras iaitu HJ.

Hanna Johan bermakna Rindukan yang pertama. Hasni Jamali bermaksud Yang lembut dan cantik. Alhamdulillah, dua nama ini tetap mekar bersama diri saya. Sayalah Hasni Jamali dan sayalah Hanna Johan.

Andai ada apa-apa yang melukakan daripada saya, saya mohon maaf. Sentiasalah berdoa yang terbaik buat diri saya dan diri anda juga.

Dengan izin Allah, dalam bidang penulisan ini...Saya akan memberikan buah tangan yang terbaik untuk bekalan di akhirat kelak. Terima kasih kepada sahabat, saudara dan keluarga yang banyak menyokong kerjaya sekarang ini. Sama-samalah berkongsi kegembiraan ini bersama Hasni @ Hanna.

Sekian,

Hanna Johan.

4 comments:

  1. Salam, nama saya pun Hasni jugak...Noor Hasni.
    Puas saya google untuk cari maksud nama Hasni, akhirnya terjumpa di blog awak...maksudnya 'Yang Lembut' rupanya... :)

    Pemilik nama ni ada yang lelaki, dan ada juga yang perempuan...unik! =p~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Hai Noor Hasni. :) InsyaAllah, semoga kita menjadi yang lembut dalam sifat-sifat dan perlakuan. Sesuai dengan nama yang menjadi jati diri. :)

    Salam perkenalan ya!

    ReplyDelete
  3. assalam hasni hanna,

    memanggil nama kamu seperti menyebut nama sy sendiri. nama sbnr sy adalah nama gabungan awak tau hehe

    sy Hasni Hanah :) lahir thn 81 :)

    ReplyDelete
  4. oh ya, salam perkenalan Hasni Hanah :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages