Syukur! Novel pertama Hanna dan Kak Ain Maisarah sudah terbit pada bulan September 2011. Penantian yang sudah lama untuk Hanna kecap rasa bahagia ini. Alhamdulillah menjadi kenyataan. Syukur sangat.
Kepada pembaca dan penggemar novel marilah sudi-sudikan diri untuk membeli novel ini, Aku Mahu Lawan Hantu terbitan Blink Book Sdn Bhd. Alhamdulillah...
Boleh klik link ini untuk beli secara online PTS Bookcafe, kemudian untuk lihat ulasan penulis dan peminat (ewah-ewah) boleh klik di sini FB Hanna Johan dan FB Ain Maisarah. Silakan ya! semangat yang anda beri amat dihargai. :)
Syukur lagi, apabila cerpen berjudul Bapak tersiar di majalah Tunas Cipta bulan September ini. Karya ini sudah Hanna tulis dan hantar ketika di UKM lagi, dan syukur karya ini menjadi pilihan hati editor untuk diterbitkan. Majalah Tunas Cipta ini sebuah majalah yang mengetengahkan idea-idea penulis baharu dan memberi peluang juga ruang untuk penulis baharu membuahkan pendapat mereka melalu pelbagai kolum.
Dalam majalah ini juga tersiarnya Resensi Novel yang tiap-tiap Hanna tulis. Khas untuk ruangan Resensi Novel di Tunas Cipta September menampilkan novel Di Penghujung Rindu. Tiap-tiap bulan tu taklah kerap sangat, hanya ada 5 buah ulasan kalau tak silap.
Kepada sesiapa yang mahu lihat boleh klik di sini Isi Kandungan Tunas Cipta Sept 2011 .Untuk karya cerpen dan sajak memang Hanna guna nama asal iaitu Hasni Jamali.:)
sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas ya! :) |
Kasih Pahlawan Hati :) |
Atas segala rezeki yang Allah berikan, Hanna amat bersyukur. Moga selepas ini, rezeki tidak akan putus dan berlipat kali ganda lagi diberi Allah. Amin. Moga juga Hanna akan menjadi penulis yang gigih menulis sesuatu yang berkualiti untuk masyarakat pembaca. Amin.
tahniah ya cik Hanna... syukur sgt banyak kejayaan yang Hanna peroleh... Alhamdulillah... moga terus maju! :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteterima kasih cikgu Hiza. :)
Terima kasih atas doamu yang tidak pernah kering untuk cik Hanna. Amin.
selamat membaca karya-karya cik Hanna jika berkelapangan. :)
sama-sama kasih Hanna. :-)
ReplyDeleteinsyaALlah, jika berpeluang akan dibaca karya2 Hanna... (peminat) hehehe....
teruskan usaha! moga terus maju jaya! :-)
:) Alhamdulillah, ada peminat rupanya saya. hihi...perasan!
ReplyDeleteTerima kasih beribu lemon atas dorongan dan semangat ya cikgu.