Alhamdulillah, masih diberi Allah untuk bernafas.
Alhamdulillah, masih diberi amanah melaksana tanggungjawab sebagai umat Islam, mengerjakan rukun Islam ketiga.
Alhamdulillah, berpuasa dengan lancar.
ramadhan kali ini, Allah temukan aku dengan cinta baharu. setiap saat doa dipanjat agar cinta ini kekal dan sejati.
sebenarnya aku amat takut untuk menulis kisah cinta. kerana pengalaman dahulu mengajar segalanya.
Dahulu, setiap kali aku menemui cinta baharu, pasti hati dan jari berkobar-kobar untuk menulis kisah kasih yang sedang berlaku dalam diri.
setiap angan bahagia tidak kekal lama. semuanya putus di tengah jalan.
dan kali ini pula bagaimana? mengapa aku menulis juga...? sedangkan aku punya rasa takut yang besar sekali.
Syawal, telah datang menjengah bulan.
Syukur, aku masih diberi nafas untuk menyambutnya.
Syawal kali ini aku sambut dengan sederhana meriah. Kerana ibu masih terngiang dengan kejadian kemalangan arwah kakak tahun lepas.
baju raya? baju lama diulang pakai. gara-gara baju baru tak dapat disiapkan oleh tukang jahit. Kecewa juga, tapi sedikit saja kecewanya. Bukankah Ramadhan telah mengajar kita agar menjadi hamba yang bersabar...iya aku sedang belajar dan berusaha mengekalkan sabar selagi mampu.
sekali lagi, rasa bahagia mendatang. sedikit sahaja. mengapa? tiba-tiba duka sedang melanda jiwa....
cinta baharu seperti tidak mahu kekal. sekarang ini cinta baharu meminta untuk berehat sebentar, katanya dia sedang keliru. entahlah, saat sayang mula hadir...cinta baharu pula seolah-olah mahu memusnah harapan dan impian yang dimanis janji di bibirnya.
Breka ke Baad, berhenti rehat seketika.
natijahnya, termenunglah aku sendirian. mengenang nasib cinta bakal tak menjadi lagi agaknya... hmm
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)