Alhamdulillah,
Syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.
Syukur,
kini
aku sudah ada kerja tetap. Tidaklah segah kerja-kerja yang dimiliki
teman-teman lain. Namun aku bersyukur, Allah berikan aku pekerjaan ini.
Bekerja dalam pejabat. Dekat dengan keluarga. Dan bekejar waktu makan,
solat dan rehat. :) bukan mudah untuk berjaya...kan!
Apa
pun, moga pekerjaan ini dapat membantu aku menimba pelbagai pengalaman.
Moga juga aku dapat bertahan dan bersemangat sentiasa. Maklumlah, aku
hanya orang bawahan, tidak boleh buat sesuka hati. InshaAllah, moga aku
berjaya. Amin.
gambar dari google. |
di
samping itu, aku tidak boleh leka dengan pekerjaan yang ada. Kerana,
bidang penulisan yang menjadi kegemaran perlu aku teruskan. Dengan
pekerjaan yang ada sekarang, moga pengalaman yang ditimba dapat
dijadikan bahan cerita dan bahan karangan. Untuk tatapan bersama agar
menjadi insan yang lebih berguna kepada bangsa, diri dan negara. Paling
utama juga untuk agama Islam yang dicintai. :)
teruskan menulis cik Hasni Hanna... :)
gambar dari google. |
Syukran Allah,
walhamdulillah...
Ya
Allah yang Maha Besar. Kau permudahkanlah setiap urusan hamba di dunia
ini. Permudahkanlah urusan pekerjaanku, permudahkanlah setiap ilham yang
mahuku tulis dan kongsikan bersama-sama hamba-Mu yang lain. Ya Allah,
lorongkan hamba bersama-sama hamba-hambaMu yang beriman. Lindungilah
hamba daripada segala bencana fitnah, tomahan dan panahan negatif
manusia-manusia di muka bumi ini.
Sesungguhnya, hanya padaMu sahaja hamba bermohon. Rahmatilah hamba Ya Allah. Amin Ya Rabba.
No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)