KERATAN AKHBAR MINGGUAN PERDANA, CERPEN SEORANG SAHABAT PENULIS DAN KERATAN INI MILIK SAYA. :) |
PERKATAAN YANG DIGARIS IALAH: LELAKI ITU MEMBELAH MASUK KE DALAM RUMAHNYA. SAYA KURANG FAHAM DENGAN AYAT 'MEMBELAH MASUK'... |
SOROTAN DARIPADA kisah NIKMAT SEPOTONG KASIH:
KISAH ini memaparkan bagaimana seseorang itu meletakkan dirinya untuk menghadapi nikmat kasih dan sayang. Watak Natrah, seorang murid yang sering terasa dirinya dipinggirkan daripada keluarga. Natrah dilihat sebagai seorang anak daripada golongan keluarga berada atau kaya.
Plot dimulakan ketika Natrah sedang menunggu kedatangan Waja putih iaitu bapanya. Ketika itu, telinganya rancak mengisi ruang dengar dengan lagu Biarlah Rahsia daripada nyanyian Siti Nurhaliza:
‘Pernahkau
kau bermimpi,
Seketika berada
di tempatku,
Membayangkan….’
Rangkap ini mati daripada pendengaran kerana datangnya seorang
pemuda. Natrah dibelenggu perasaan takut dan ragu-ragu. Pesan bapanya
berlegar-legar dalam minda bahawa dia dilarang mengikut seorang yang tidak
dikenali.
Namun, apakah rahsia yang menyebabkan Natrah melangkah… Mengikut
segala arahan lelaki itu.
Gambar ilustrasi cerpen ini ialah sebuah pondok buruk. Apakah
kaitannya dengan kisah ini?
Natrah dibawa hingga ke pondok buruk itu. Hatinya melarang,
tetapi akalnya membenarkan dia terus mengikut lelaki itu.
Di akhir cerita, Natrah berasa amat gembira. NIKMAT SEPOTONG
KASIH tercurah dalam hatinya. Namun, rahsia tetap rahsia. Mahu tahu? Silalah
dapatkan akhbar MINGGUAN WARTA PERDANA edisi 11 Disember 2011.
Jika mahu
daripada saya, boleh sertakan nama dan alamat di ruangan komen… saya akan
poskan fotokopi cerpen ini secara percuma. Selamat membaca!
Saya sangat berterima kasih dan rasa terharu atas usaha dan penghargaan yang ditunjukkan Hanna. Saya merasakan cerpen ini hanya sekadar bingkisan kecil sahaja. Namun setelah ada yang sudi melanjutkan diskusi tentang cerpen ini saya sangat berbesar hati. Izinkan saya menjelaskan maksud perkataan 'lelaki itu membelah masuk ke dalam rumahnya'. Sara rasa Hanna tahu maksudnya namun kurang jelas. Dengan bahasa mudahnya lelaki itu ingin masuk ke dalam rumahnya. Namun perkataan membelah itu yang merunsingkan Hanna. Ya kenapa saya menggunakan membelah masuh kerana saya ingin menegaskan bahawa lelaki itu gesa-gesa ingin masuk disebabkan Natrah tidak sudi masuk ke rumahnya pada mulanya. Dan ingin cepat pula keluar. Sekiranya membelah itu tidak tepat itu kekurangan saya. Saya mohon maaf. Insyaalah, saya akan post entri cerpen ini sepenuhnya di blog saya kerana ada yang membuat permintaan untuk membaca selanjutnya. Disebabkan cerpen ini sudah lama tersiar barangkali sudah tidak ada di pasaran.
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi sebanyak mungkin (InsyaAllah) segala bacaan saya di sini. Syukur, salah satunya saya dapat berkongsi rasa setelah tamat membaca NIKMAT SEPOTONG KASIH hasil karya saudara, teman penulis yang baik hati :) ini.
ReplyDeleteTentang 'membelah masuk' itu, memang menjadi tumpuan saya ketika membaca karya ini. Mungkin ini kosa kata baharu yang saya terlepas pandang. Rupanya ada ya perkataan 'membelah' untuk masuk ke dalam rumah? Saya fikirkan saudara mahu tulis perkataan 'blah' rupanya sangkaan saya salah.
Sekalung tahniah sekali lagi daripada saya, atas tersiarnya banyak karya saudara pada tahun ini. Semoga segala karya ini memberi manfaat kepada pembaca. Itu semestinya! :)
Ya, silakan sebar di blog. Saya juga tidak keberatan jika ada teman-teman meminta untuk saya pos fotokopi akhbar ini kepada mereka. Percuma! Biar mereka juga dapat baca sesuatu yang bermakna daripada NIKMAT SEPOTONG KASIH ini.