Inilah karya pertama saya pada tahun 2013. Hmm... awal-awal dah merajuk. hehe... Konon-kononnya merajuk dengan diri sendiri. Kadang-kadang diri ini kurang yakin. Hidup di rantau memang perlu banyak berkorban. Kan?
Dalam masa yang sama, ramai berpesan agar saya teruskan menulis. Selalulah menulis dan jangan pernah berhenti. Kerana menulis itu perlu berterusan untuk jiwa dan luahan kata seluruhnya. Mendalam. Apabila disebut 'seluruhnya'. Besar peranan seorang penulis kepada hasil penulisannya. Menulislah sepenuh hati, insyaAllah itulah yang akan menjadikan kamu matang bersama waktu yang semakin tidak panjang ini. Begitulah hidup. Kelangsungan atas keyakinan setelah berkali-kali dikecewakan.
Alhamdulillah. Selepas menulisnya, dan mendapat perhatian editor pula...sudah cukup baik dan menenangkan jiwa. Sajak "Terpujukkah Rajuk" tersiar di Harian Metro pada 19 Februari 2013.
'Semudah itukah
rajuk terpujuk?'
Selamat membaca dan moga bermanfaat untuk semua... :)
Tahniah! Moga terus tekal menulis.
ReplyDeleteTerima kasih. Tahniah kepada Sdr Helmi juga, semakin mantap di bidang penulisan ini. :)
ReplyDelete