berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, January 20, 2013

Doa Tahun Baru Masihi 2013.



SELAMAT TAHUN BARU MASIHI… 2013.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sudah pun 20 hari di tahun baru ini. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga buat-Mu, Allah. Hingga hari ini memberi hamba ruang untuk bernafas di ruang bumi-Mu.

Terasa kecil sungguh hamba di sisi-Mu, yang selalu ingkar melakukan kebaikan. Moga di tahun baru ini hamba berubah menjadi hamba yang lebih taat kepada-Mu, menjadi masyarakat yang sentiasa menyenangkan insan lain. Moga Allah sentiasa memberkati hamba hingga akhir hayat. Amin. Moga hamba dan kalian yang membaca dikurniakan nikmat kehidupan yang baik dan berada dalam golongan syurgawi. Amin.

Sunday, January 6, 2013

AJL tonton.com



Alhamdulillah… Nikmat Allah kepada hamba yang sabar. :-)

Ketika cerita ini dikarang, AJL sedang berehat seketika pada minit 11.27 malam. Ya, saya cuba-cuba menontonnya melalui buah hati biru ini di laman sesawang Tonton.com dan kini talian mencecah lebih 1 GB memori. Hmm, demi yang kita suka… sekali sekala tidak mengapalah bayar lebih di hujung bulan nanti kerana menambah GB yang baharu.

Terima kasih Allah. Tatkala hamba berusaha sabar, Kau hadirkan nikmat ini kepada hamba. Moga hamba terus kekal dalam iman dan ibadah kepada-Mu. Amin.

Sungguh-sungguh indah persembahan semua peserta AJL 27 malam ini. WOW! Meriah! Seni muzik benar-benar dihargai. Alangkan indah gembira ria, andai seni tulisan, sastera turut dihargai semeriah ini. Pasti penuh bermakna dan penuh penghayatan seninya.

Tahniah kepada semua peserta AJL. Anda yang terbaik dan anda pemenang! Walau bukan dengan trofi tetapi maruah seni muzik berbalas bahagia. Tahniah!

Alhamdulillah, ‘Ku Akui’ yang saya suka menang di tempat ke-3. Yey!!!

Dengar AJL



“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”

Sebentar lagi jam 9 malam. Hari ini Enam Januari 2013. Di corong radio sudah saya pasangkan siaran Hot.fm. Malam ini ada AJL. Seperti biasa dahulunya, saya memang selalu mengikuti AJL dan anugerah-anugerah yang lain. Termasuk rancangan penganugerahan di Bollywood. Contohnya, Zee Rishtey Award, Star Parivaar, Saregamapa, Dance India Dance dan lain-lain. Seronok melihat kesungguhan para peserta mengerjakan tiap-tiap tugasan yang dicintai akhirnya dihargai seluruh masyarakat. Begitu juga dengan AJL. Bakat nyanyian dan bakat penulisan lagu dan lirik dipertandingkan. Yang baik akan menang, dan yang kalah tetap dihargai dan dikenang. Pengiktirafan sebegini menjadikan tenaga dan minda manusia sering mendambakan kualiti dan mutu sesuatu hasil itu agar sentiasa menyenangkan hati semua yang mendengar.

Hari ini saya berada di rantau. Rumah yang diduduki masih tidak punya tv. Jadi dengan berkat Ilahi, syukur… saya masih berkesempatan mendengarnya dengan radio online Hot.fm sahaja. Hidup merantau tidak boleh bermewah pada awalnya. InsyaAllah, moga bertambah rezeki di lain hari, dapatlah beli tv dan menonton rancangan kesukaan. Kalau ada astro boleh tonton Zee Tv (108) dan rancangan dokumentari. Wah, moga hari itu akan tiba dengan baik dan diredhai oleh-Nya. Amin.

Thursday, December 27, 2012

Di tempat Baharu



Seminggu, dua minggu dan kini hampir 2 bulan saya di sini. Mendamba tiap kisah yang hari-hari bakal  saya harungi.

“Tahniah, awak di tempatkan di unit Muzium dan Pameran. Kerja di sini memerlukan tenaga dan minda yang lasak. Pantas dan perlu segar dengan idea-idea baharu.”

Begitulah ucapan pertama kali yang didengar dari tutur kata Encik bos. Saat itu hati jadi kelu, bimbang dengan keadaan kerja yang tiba-tiba perlukan kecergasan minda dan tenaga yang mengejut. Mampukah saya menggalas segala beban tugas itu?

Akhirnya, say pulihkan hati. BEKERJA KERANA IBADAH. BEKERJA KERANA ALLAH. Untuk mencari rezeki buat ayah bonda, diri dan keluarga. Alhamdulillah, hingga hari ini setiap tugasan berjalan lancar. Moga lestari kelancaran itu Allah beri buat saya. Amin.

Dari masa ke masa, banyak hal yang saya belajar di sini. Berada di unit muzium ini banyak mengajar dan membuatkan saya mengulang kaji semula tentang Sejarah Melayu, bahasa Melayu dan DBP. Dari awal hingga akhir. Bermula dengan penubuhan, pembangunan dan kini DBP. Semuanya perlu ada dalam genggaman saya. InsyaAllah,

Tuesday, December 18, 2012

Panggilan Doa yang Terlunas



3 Minggu selepas 1 Oktober 2012,

“Ya, Allah. Kepada-Mu hamba bermohon. Jika benar hamba tidak berjaya dalam temuduga jawatan Penolong Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa Pustaka ini, Kau berikanlah jalan terbaik buat hamba untuk menerima berita ini dengan hati terbuka dan redha. Namun, jika benar DBP adalah tempat hamba bakal bekerja, Kau permudahkanlah Ya Allah. Hanya kepada-Mu hamba memohon doa. Amin.”

Beberapa minit kemudian, ketika telekung kulipat kemas…

“Kring… kring…”

“Tahniah Puan Hasni, dengan sukacitanya puan berjaya dalam temuduga temph hari.”

Di sebalik sendu, aku tergamam. Benar-benar petang itu terasa damai. Di ruang solat aku menyelak sedikit kain tirai. Moga sama-sama cerah mentari menghadirkan cahaya menerangi khabar bahagia itu.

“Puan Hasni? Kenapa diam? Kami ingin bertanya, adakah puan ingin menerima jawatan pelantikan ini?”

“Iya. Maaf puan. Saya terkejut. Alhamdulillah, saya terima pelantikan ini. Terima kasih puan.”

“Alhamdulillah. Tahniah Puan Hasni. Dalam masa beberapa hari, pihak DBP akan kirimkan kepada puan surat tawaran pelantikan dan beberapa dokumen untuk puan isi bagi melengkapkan diri menerima jawatan ini.”

Yang aku sedar. Hanya ucap syukur kepada Allah dan rasa bahagia sungguh-sungguh memeluk diri. Senyum lebar dan sujud syukurku hanya kerana Allah. Cepatnya Allah makbulkan doaku. Alhamdulillah. 1 November 2012. Bermula kisahku menjadi anak rantau di Kuala Lumpur ini. Betapa rindu kejap menyelubungi hati. Rindu kerana Allah. Buat insan2 yang amat disayangi.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages