Yeh Ranggila bermaksud warna-warni.
Buku catatan baru. Cita-cita nak ada sebiji hp tcskrin (suka-suka je eja macam tu), untuk memudahkan mencatat idea dalam dunia digital. Kira-kira belum cukup duit da!
Buku catatan baru yang berwarna-warni itu sangat cantik! Menulis dengan cara manual memang seronok. Moga setiap hari ada saja idea dan ilham bakal tercatit di atas helaiannya. yes! Setakat ini baru dua muka surat yang digunakan.
Buku kulit hijau di tengah-tengah tu buku autograf. Adalah beberapa tandatangan sebagai pemangkin semangat. yes! suka sangat!
buku tulis ketiga hijau muda itu ialah buku catatan dengan tulisan cincai. Cakar ayam! Nak cepat, idea membuak-buak. Ewah!
Coretan Bangkit dari Lena.
~kita sentiasa dan masih mengharapkan sesuatu itu ada walau kita sendiri sedar sesuatu itu tidak mungkin ada.
~Hati yang berkata-kata tidak mahu lagi mengejar cinta namun sering gagal mengotakannya.
~sewaktu lena semua yang dijanji terus terlupakan, hingga bangkit kembali dan tersedar dari lamunan,
kita masih mengingatinya.
Hasni Hanna, 5 Mac 2011.
Masa ni Hanna memang buntu menulis. Hanna tidur. Di sebelah memang sudah ada buku dan pen. Tiba-tiba bangun tidur, terus tertulis semua di atas. BUnyi macam orang putus kasih. hehe...entahlah! penulis ni macam-macam ragam.
Mahu ucapkan kepada diri:
Selamat berjaya dan terus berjaya!
salam manis,
~hJ~






