berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, January 6, 2013

AJL tonton.com



Alhamdulillah… Nikmat Allah kepada hamba yang sabar. :-)

Ketika cerita ini dikarang, AJL sedang berehat seketika pada minit 11.27 malam. Ya, saya cuba-cuba menontonnya melalui buah hati biru ini di laman sesawang Tonton.com dan kini talian mencecah lebih 1 GB memori. Hmm, demi yang kita suka… sekali sekala tidak mengapalah bayar lebih di hujung bulan nanti kerana menambah GB yang baharu.

Terima kasih Allah. Tatkala hamba berusaha sabar, Kau hadirkan nikmat ini kepada hamba. Moga hamba terus kekal dalam iman dan ibadah kepada-Mu. Amin.

Sungguh-sungguh indah persembahan semua peserta AJL 27 malam ini. WOW! Meriah! Seni muzik benar-benar dihargai. Alangkan indah gembira ria, andai seni tulisan, sastera turut dihargai semeriah ini. Pasti penuh bermakna dan penuh penghayatan seninya.

Tahniah kepada semua peserta AJL. Anda yang terbaik dan anda pemenang! Walau bukan dengan trofi tetapi maruah seni muzik berbalas bahagia. Tahniah!

Alhamdulillah, ‘Ku Akui’ yang saya suka menang di tempat ke-3. Yey!!!

Dengar AJL



“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”

Sebentar lagi jam 9 malam. Hari ini Enam Januari 2013. Di corong radio sudah saya pasangkan siaran Hot.fm. Malam ini ada AJL. Seperti biasa dahulunya, saya memang selalu mengikuti AJL dan anugerah-anugerah yang lain. Termasuk rancangan penganugerahan di Bollywood. Contohnya, Zee Rishtey Award, Star Parivaar, Saregamapa, Dance India Dance dan lain-lain. Seronok melihat kesungguhan para peserta mengerjakan tiap-tiap tugasan yang dicintai akhirnya dihargai seluruh masyarakat. Begitu juga dengan AJL. Bakat nyanyian dan bakat penulisan lagu dan lirik dipertandingkan. Yang baik akan menang, dan yang kalah tetap dihargai dan dikenang. Pengiktirafan sebegini menjadikan tenaga dan minda manusia sering mendambakan kualiti dan mutu sesuatu hasil itu agar sentiasa menyenangkan hati semua yang mendengar.

Hari ini saya berada di rantau. Rumah yang diduduki masih tidak punya tv. Jadi dengan berkat Ilahi, syukur… saya masih berkesempatan mendengarnya dengan radio online Hot.fm sahaja. Hidup merantau tidak boleh bermewah pada awalnya. InsyaAllah, moga bertambah rezeki di lain hari, dapatlah beli tv dan menonton rancangan kesukaan. Kalau ada astro boleh tonton Zee Tv (108) dan rancangan dokumentari. Wah, moga hari itu akan tiba dengan baik dan diredhai oleh-Nya. Amin.

Thursday, December 27, 2012

Di tempat Baharu



Seminggu, dua minggu dan kini hampir 2 bulan saya di sini. Mendamba tiap kisah yang hari-hari bakal  saya harungi.

“Tahniah, awak di tempatkan di unit Muzium dan Pameran. Kerja di sini memerlukan tenaga dan minda yang lasak. Pantas dan perlu segar dengan idea-idea baharu.”

Begitulah ucapan pertama kali yang didengar dari tutur kata Encik bos. Saat itu hati jadi kelu, bimbang dengan keadaan kerja yang tiba-tiba perlukan kecergasan minda dan tenaga yang mengejut. Mampukah saya menggalas segala beban tugas itu?

Akhirnya, say pulihkan hati. BEKERJA KERANA IBADAH. BEKERJA KERANA ALLAH. Untuk mencari rezeki buat ayah bonda, diri dan keluarga. Alhamdulillah, hingga hari ini setiap tugasan berjalan lancar. Moga lestari kelancaran itu Allah beri buat saya. Amin.

Dari masa ke masa, banyak hal yang saya belajar di sini. Berada di unit muzium ini banyak mengajar dan membuatkan saya mengulang kaji semula tentang Sejarah Melayu, bahasa Melayu dan DBP. Dari awal hingga akhir. Bermula dengan penubuhan, pembangunan dan kini DBP. Semuanya perlu ada dalam genggaman saya. InsyaAllah,

Tuesday, December 18, 2012

Panggilan Doa yang Terlunas



3 Minggu selepas 1 Oktober 2012,

“Ya, Allah. Kepada-Mu hamba bermohon. Jika benar hamba tidak berjaya dalam temuduga jawatan Penolong Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa Pustaka ini, Kau berikanlah jalan terbaik buat hamba untuk menerima berita ini dengan hati terbuka dan redha. Namun, jika benar DBP adalah tempat hamba bakal bekerja, Kau permudahkanlah Ya Allah. Hanya kepada-Mu hamba memohon doa. Amin.”

Beberapa minit kemudian, ketika telekung kulipat kemas…

“Kring… kring…”

“Tahniah Puan Hasni, dengan sukacitanya puan berjaya dalam temuduga temph hari.”

Di sebalik sendu, aku tergamam. Benar-benar petang itu terasa damai. Di ruang solat aku menyelak sedikit kain tirai. Moga sama-sama cerah mentari menghadirkan cahaya menerangi khabar bahagia itu.

“Puan Hasni? Kenapa diam? Kami ingin bertanya, adakah puan ingin menerima jawatan pelantikan ini?”

“Iya. Maaf puan. Saya terkejut. Alhamdulillah, saya terima pelantikan ini. Terima kasih puan.”

“Alhamdulillah. Tahniah Puan Hasni. Dalam masa beberapa hari, pihak DBP akan kirimkan kepada puan surat tawaran pelantikan dan beberapa dokumen untuk puan isi bagi melengkapkan diri menerima jawatan ini.”

Yang aku sedar. Hanya ucap syukur kepada Allah dan rasa bahagia sungguh-sungguh memeluk diri. Senyum lebar dan sujud syukurku hanya kerana Allah. Cepatnya Allah makbulkan doaku. Alhamdulillah. 1 November 2012. Bermula kisahku menjadi anak rantau di Kuala Lumpur ini. Betapa rindu kejap menyelubungi hati. Rindu kerana Allah. Buat insan2 yang amat disayangi.

Wednesday, November 7, 2012

Karya-karya Oktober 2012...


 Antara karya-karya yang sempat tersiar pada Oktober 2012. 

Gambar pertama sajak Kerinduan tersiar pada 21 Oktober 2012 dalam majalah Mingguan Warta Perdana. Sajak ini khasnya terbit daripada pengharapan seorang anak terhadap ayahnya agar memberi pesan dan nasihat. Namun, ia sekadar harapan...

Karya Indah Dunia Hamba, pada awalnya saya judulkan sebagai Hamba, namun saya olah untuk lebih cantik (cantik ke?) judulnya dan sajaknya :) (maaf puji sendiri) hehe... Segalanya tentang pengharapan agar dunia hamba kepada Allah yang Maha Esa sentiasa indah hingga hujung nyawa. Tersiar di majalah Tunas Cipta keluaran Oktober 2012. Alhamdulillah...

Seterusnya di bawah merupakan luahan minda tentang komik Puisi Sarip. Saya sangat suka komik... sangat suka! Jadi tahniah kepada majalah Tunas Cipta kerana wujudkan ruangan komik dalam majalah sastera... Alhamdulillah. suka! :) Luahan Minda ini juga terbit dalam majalah Tunas Cipta Oktober 2012.



Thursday, October 11, 2012

Pujian Baik


Alhamdulillah,

Hasil lukisan dan video pertama di SEBUAH IMPIAN KINI KENYATAAN karya cik Hanna (melati sejati)

Pujian-pujian dan kritikan pedas sebenarnya adalah pemangkin untuk saya/ kita melatih diri agar lebih banyak berusaha. Seperti ini... Sdr. JCF seorang pro dalam bidang lukis kartun, alhamdulillah dia komen yang baik. Moga selepas ini minat melukis saya bertambah baik ya! sebenarnya untuk suka-suka sahaja. Tetapi daripada suka-suka itulah mungkin boleh jadi minat yang baik. siapa tahu kan? :)

Wednesday, October 10, 2012

Rangka Kutip Data Penulisan


Alhamdulillah, mood menulis kembali menyerang diri. Suka! :)

Selama ini diri sibuk membaca karya-karya sahabat dan penulis-penulis. Dengan rahmat Allah kini saya akan cuba kembali menulis secara serius. Moga mendapat berkat Ilahi. Amin.


Seperti yang tertera dalam fb, kini saya cuba untuk mencari dan mencuba beberapa langkah mengumpul bahan/ data untuk penulisan. Antaranya:

1. Temuramah
     * tuliskan/ senaraikan orang2 yang ingin ditemuramah
     * sediakan beberapa soalan sebagai persediaan awal

2.  Tangkap gambar/ peristiwa
      * tangkaplah seberapa gambar yang menarik pada mata dan jiwa 
      * sambil tangkap gambar itu, sediakan/ senaraikan beberapa hal sebab tertarik dengan
         peristiwa tersebut

3. Pemerhatian sekelililng
    * catit kejadian2 yang sedang menggelikan hati/ sedang memarakkan perasaan/ dan 
       memberi bahagia kepada hati

4. Imaginasi Luar Batasan
    * sesekali apa kata cuba berimaginasi di luar batasan
    * nyatakan kepada diri apabila melihat atau menerima sesuatu situasi kemudian letakkan
       soalan sendiri seperti -bagaimana kalau perkara ini berlaku? -apalah agaknya yang
       berlaku kepada orang itu sekiranya dia...? 
    * pastikan imaginasi itu selaras dengan logik agar tidak terlalu melampau-lampau ya!

5. Tanya internet / buku dan bahan2 rujukan lain
     * sekiranya musykil bolehlah melawat pakcik google dan sekutunya :)

Mari hJ! selamat berjaya untuk diri dan sesiapa yang mahu turut serta dengan eksperimen ini. :) Moga beroleh idea bernas dan idea untuk memberi manfaat kepada pembaca kelak. InsyaALLAH :)




Tuesday, October 9, 2012

SEBUAH IMPIAN KINI KENYATAAN



saya tidak pandai membeli hadiah,
tetapi saya lebih suka menghargai insan-insan yang saya sayang,
dengan menukil karya sendiri,
walau tidak cantik atau tidak mahal,
moga insan-insan yang menerima,
dapat menghargainya,
itu lebih daripada bahagia buat jiwa,
saya dan semua. InsyaAllah... :)

Mari sama-sama menonton video pertama yang saya nukilkan khas untuk kakak2 tersayang sempena menyambut hari kelahirannya pada 12 Oktober 2012 ini. Hadiah dari Malaysia, tentang sebuah Impian Kini Kenyataan... :)

Tuesday, October 2, 2012

2.BENGKEL : PERKARA-PERKARA BERMAKNA

LAPORAN seterusnya sengaja saya masukkan ia dalam bentuk gambar. Hasil tulisan tangan yang tidak berapa nak lawa ini. :)

Wednesday, September 26, 2012

1. BENGKEL: AWAL PERJALANAN

15 september yang lalu, angin rindu untuk berbengkel membawa saya ke Hang Tuah City Hotel, Melaka. Di sana, saya tiba awal satu hari sekitar jam 8 malam. Menanti teman penulis, Nurul Farehah di Melaka Central. 

           Memandang sekeliling dengan perasaan baru, saya jadi teruja dan bersyukur. Syukur kerana perjalanan selamat dan lancar. Namun, yang masih tersimpan diingatan: sempat saya merayu kepada pemandu/ pihak bas untuk tidak memulakan perjalanan lagi. Berpandukan kepada no. telefon yang tertera pada tiket bas, saya pun menelefon pihak tersebut. Akibat jalan 'jam' semua jadi haru! sebelum ke sana, saya sempat bekerja seperti biasa. Namun, kami masih gerak awal... takdir Allah amat indah. Kerana 'bijak' merayu, akhirnya bas ke Melaka masih ada. Syukur! :) 


"Kita cuba untuk sampai, kalau ada bas lagi kat sana, adalah rezeki along nak berbengkel..." Nasihat ayah dan emak masih bugar di kotak minda.

            Kami tiba di terminal bas pada jam 6.08 minit petang. Sepatutnya bas sudah bertolak 8 minit yang lalu. Dengan izin Allah, saya sampai di Melaka Central dengan pengalaman yang baru. Senyum :)

            Dipendekkan cerita, saya menginap di rumah Nurul. Alhamdulillah keluarganya menyambut kedatangan saya dengan seadanya. Terima kasih Nurul, Arif, makcik, dan seluruh keluarganya yang baik hati dan pemurah. Moga Allah lipatgandakan rezeki kalian. amin.

              Banyak cerita yang berlaku sepanjang tiga hari saya di Melaka. Namun, yang saya beratkan masih berlegar tentang soal hati. Amat tidak saya jangkakan, sikap saya di sana sungguh celaru. Mungkin kerana sudah lama tidak mengembara bersendirian. Jadi idea sangat kaku dan kadang-kadang banyak hal gembira saya lepaskan. 

            semua ini merupakan pengajaran buat saya agar lebih bersedia pada masa-masa akan datang. Betul tak? 

 *akhir kalam, akan saya titipkan sedikit sebanyak nota yang saya peroleh ketika berada di bengkel PENULISAN SKRIP DRAMA TV, FILEM DAN TEATER ini ya! Terima kasih :)

Tuesday, September 11, 2012

Beri Makna: SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG

Assalamualaikum, moga sihat bugar semuanya ya! :) 

Masih beraya lagikah anda? Pasti seronok hari raya tahun ini kan...

Tak mahu buang masa, entri ini ditulis untuk memberi makna kepada sebuah tulisan seorang penulis bernama Mohd Helmi Ahmad. Cerpen SEMANIS GADIS BERBAJU KURUNG hasil karangannya tersiar dalam majalah Mingguan Wanita edisi Hari Raya dan Merdeka. Gambar hadapan ialah gambar Penyanyi Malaysia No. 1 iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Membaca cerpen ini memperlihatkan saya sedikit kelainan dari segi olahan gaya bahasa yang LEBIH LEMBUT, adakalanya terasa olahan gaya bahasa ini terlalu hiperbola apabila membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain. Tapi, perbandingannya masih logik dan amat indah untuk dicerna. Pembacaan jadi selesa dan laju sahaja memasuki ruang minda.

Jalan ceritanya nampak santai dengan tema mempertahankan baju kurung dalam kalangan masyarakat Melayu. Dan sesekali diselit adegan watak utamanya mempertahankan pemakaian baju kurung yang melambangkan kesopanan dan kelembutan wanita Melayu. Watak Aku melatari cerpen ini menampakkan kekuatan perjalanan cerita kerana ia lebih seperti membaca diri sendiri.

Dalam pembacaan saya, kadang2 tergelak kecil sebab saya suka dengan beberapa dialognya. Membaca dialognya ini seperti mengingatkan saya kepada dialog-dialog klise dalam drama Melayu. Misalnya: (Dialog ini antara Amira dan aku. Ketika ini Amira memberi amaran kepada Aku agar tidak mengganggu teman lelakinya, sedangkan Aku tidak langsung berminat untuk mengganggu Akmal Hakimi.)

"Eh, budak kampung ini pun ada sekali. Baguslah kalau macam itu. Aku hendak bagitau kau awal-awal yang Akmal Hakimi ini kekasih aku. Jadi kau jangan gatal-gatal hendak mengurat dia pula. Kalau aku dapat tahu kau cuba bermain mata dengannya, siap kau aku kerjakan." 

Cerpen ini juga menggambarkan betapa kukuh dan kuatnya hati Aku apabila dia dilamar kembali oleh Akmal Hakimi. Baguslah begitu. Bagi saya penulis lelaki ini adil dalam menyampaikan jalan cerita yang mahu diketengahkan. Seorang gadis yang bukan sahaja kuat mempertahankan baju tradisional orang Melayu tetapi tetap gagah mempertahankan maruah diri daripada menerima godaan Akmal Hakimi yang dia sendiri tahu sedang berkasih dengan Amira.

Di akhir cerita beberapa kejutan kecil diselitkan penulis. Saya turut berasa kagum apabila mendapat tahu (ketika membaca) bahawa Amira kini sudah berubah menjadi gadis yang baik, setelah dia menjadi mangsa rogol. Oh sebab itulah Akmal tidak mahukan dia pada awalnya. Tetapi Akmal reda atas segala yang ditakdirkan Tuhan kepadanya. Dia tidak seharusnya membiarkan Amira keseorangan di kala dia ditimpa malang. Mereka akhirnya bernikah dan melayari bahtera rumahtangga dengan aman. Amira juga sudah mula mencuba-cuba untuk memakai baju kurung. 

"Berbaju Melayu busana indah, moga kekal di hati dan minda akan keindahan diri dalam dan luar semua wanita. Wanita Melayu khususnya." (Hasni Jamali, 11092012)

Terima kasih Mohd Helmi Ahmad, semoga terus menulis yang terbaik lagi ya!  

 


About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages