berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Ramadhan 1433 H


Ramadhan 1433 H,

Terima kasih Allah atas kurniaan nafas buat hamba. Alhamdulillah, dua karya hamba tersiar atas rahmat-Mu membuka jiwa baik seorang editor menilainya dan menyiarkannya. Alhamdulillah ya Rabb.

RIMBUN DOA SEORANG AYAH. Dalam kehidupan ini, tanpa ayah dan ibu atas kurniaan-MU, siapalah hamba di dunia ini. Sesungguhnya seorang anak, sentiasa mengharapkan doa-doa daripada kedua ibu dan bapa. Seperti 'Gunung doa yang padu, dibajakan tiap waktu, rimbun pohon amanahmu, akan sentiasa kukuh di kalbu.' Begitulah yang hamba usaha melaksanakan untuk menjadi seorang anak yang amanah, bertanggungjawab dan sentiasa membahagiakan jiwa-jiwa insan kekasih hamba ini. Moga Allah sentiasa merestui hamba. Amin.

MENEPIS LESU. Kehidupan yang semakin hari semakin memerlukan perubahan. Daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, begitulah yang sentiasa dihajati insan-insan yang sedang disedarkan oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Sajak-sajak yang tertulis adakalanya berkaitan dengan rasa jiwa. Maka MENEPIS LESU benar-benar mengajak hati agar membuang segala rengsa. Hiduplah dengan ceria. Diam, beruzlah dan bermuhasabah diri. Itu lebih baik daripada termenung tanpa makna. Alhamdulillah, Allah Maha Adil dan Allah Maha Penyayang. Kini hati lebih ringan daripada menanggung beban kisah lalu yang menyuramkan. Tertulis di atas kertas, dengan tinta yang jujur dan tinta yang sentiasa sudi menerima baik luahan hati. Seperti yang kuluahkan, 'Uzlah ini, kulampir bersama muzakarah terindah, resapan ayat-ayat cinta-Nya, sirnalah lesu, yang masih tergantung, kelam di langit mendung.'

Moga karya-karya ini bermanfaat kepada semua yang sudi membacanya. Amin.

Sunday, July 8, 2012

KOMIK ubat penenang hati




Baru-baru ini (dalam bulan JUN)… sebenarnya entri ini untuk kaver kembali entri lepas yang tak sempat nak tulis. Semua dah ada dalam otak. Gambar pun dah siap edit juga. Hihi…
Ceritanya… apabila tempat kerja saya ini berdekatan dengan sebuah kedai buku, dan tuan kedai pun sangat baik hati, lalu buku-buku, majalah dan sekitar makalah yang ada dapat saya baca dengan cara yang paling berhemah. (senyum) cara apa? Adalah…hehe
Dan saya memilih bahan bacaan ringan ini. Judulnya “Dongeng Geman” @ “Dongeng Leman” (maaf saya tak pasti huruf bagi perkataan kedua itu). Anda boleh lihat pada gambar ya. Betulkan saya, jika saya silap. Terima kasih.
Buku ini tergolong dalam jenis buku komik atau buku kartun yang selalu saya panggil masa kecil-kecil dulu. Dalamnya terdapat komik-komik yang mengumpulkan cerita berkaitan PEMBALASAN, atau NATIJAH apabila berbuat jahat. Sangat DAHSYAT apabila anda membaca, meneliti dan menyaksikan sendiri lukisan, plot dan mainan warna pada setiap kisah.
Sejak di sekolah rendah lagi saya memang suka membaca komik. Pernah juga berangan-angan mahu memiliki/ menulis cerita komik ni. Hanya kerana saya tidak pandai melukis, jadi tiadalah komik. Huhu! Sedih…
Tahniah kepada PENULIS dan PELUKIS komik ini. Anda berjaya membuat saya dan pembaca lain berasa kagum dengan bakat yang dimiliki anda. Dan segalanya adalah daripada DIA juga yang memberi bakat istimewa ini, bukan? Alhamdulillah. Moga CORE dan PUYUH akan menghasilkan lagi komik2 yang mampu mendatangkan kebaikan kepada pembaca lalu pembaca menghasilkan kebaikan kepada Dunia.
Dan antara suatu petikan komik yang saya paparkan adalah seperti dalam gambar di atas. Itulah pesan nenek kepada cucunya. Seingat saya, ketika saya sedang membaca komik ini, hati saya sedang dicalar oleh ex-buah hati. Terasa-rasa pesan nenek tu sangat berbaloi kepada cucunya, dalam seram-seram penceritaan pun tips ini masih diselitkan dengan baik oleh Penulisnya. Idea itu macam-macam, kan?
*Bacaan bulan lalu pun tamat. Tunggu ya, nanti saya kongsikan lagi bacaan sebuah buku motivasi yang amat memberi kesan besar dalam hidup saya. Baru sahaja habis baca seminggu yang lalu. Dan ia benar-benar berkesan… Alhamdulillah.

Saturday, July 7, 2012

Cik Hasni EDITOR Sambilan

Alhamdulillah, siap juga akhirnya kerja-kerja menanda dan menyunting manuskrip ini. Lihat pada gambar, begitu banyak tanda merah! Beginilah tugas seorang EDITOR atau PENYUNTING bagi sesebuah manuskrip sebelum naskah menjadi buku atau novel atau apa jua makalah.
Untuk tempoh ini, saya menyepi begitu lama. Hehe… alhamdulillah akhirnya kembali bersemangat untuk up to date ini blog! Yey!
Saya mahu berkongsi sedikit kisah ketika menyunting manuskrip ini. Bukanlah saya mahu kisahkan tentang kerja-kerja teknikal, cuma berseloroh saja tentang kejadian2 yang menimpa. Uh! Tidak…!
Ketika menyiapkan tugasan ini, saya dilimpahkan dengan rezeki penulisan yang lain yang juga mahukan ia siap pada tarikh yang sama. Kerana tugas penulisan itu sampai dahulu, jadi saya terpaksa siapkan yang itu dahulu. Dalam hati sentiasa takut, gabra dan rasa mahu pecah minda dan otak. Iyalah, bimbang jika ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.’
Alhamdulillah, semua kerja penulisan ini siap pada waktunya. Syukur! Dan sekarang, saya masih menyiapkan kerja penulisan 7 cerita pendek untuk Murnibooks. Alhamdulillah sudah siap 6 per 7. Yang satu ini, kalau dah siap kena buat artikel untuk VC Kreatif pula untuk majalah Kembara Ustaz.
***Doa saya, moga lancar segala idea untuk penulisan-penulisan ini. Moga lancar juga pembayaran dan penghargaan Pihak PENERBIT kepada PENULIS. Amin. Ini juga merupakan kerjaya seorang manusia, di samping melahirkan karya bermutu, bentuk penghargaan dan pembayaran ini juga satu dorongan terbaik untuk pekerja menambah prestasi dan semangat juangnya! Setuju tak???~

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages