berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, September 28, 2011

Cerpen Berganda!

tersiar di Berita Minggu 25 September 2011. :)

tersiar di Tunas Cipta bulan September 2011. :) 
SYUKUR, ALHAMDULILLAH. 

InshaAllah, Hanna akan cari ruang masa untuk ceritakan sedikit bagaimana idea untuk tulis cerpen ini muncul ya. :)

SELAMAT MEMBACA. MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA.

Friday, September 23, 2011

Karya Berganda!

 Syukur! Novel pertama Hanna dan Kak Ain Maisarah sudah terbit pada bulan September 2011. Penantian yang sudah lama untuk Hanna kecap rasa bahagia ini. Alhamdulillah menjadi kenyataan. Syukur sangat. 

Kepada pembaca dan penggemar novel marilah sudi-sudikan diri untuk membeli novel ini, Aku Mahu Lawan Hantu terbitan Blink Book Sdn Bhd. Alhamdulillah... 

Boleh klik link ini untuk beli secara online PTS Bookcafe, kemudian untuk lihat ulasan penulis dan peminat (ewah-ewah) boleh klik di sini FB Hanna Johan dan FB Ain Maisarah. Silakan ya! semangat yang anda beri amat dihargai. :)
Syukur lagi, apabila cerpen berjudul Bapak tersiar di majalah Tunas Cipta bulan September ini. Karya ini sudah Hanna tulis dan hantar ketika di UKM lagi, dan syukur karya ini menjadi pilihan hati editor untuk diterbitkan. Majalah Tunas Cipta ini sebuah majalah yang mengetengahkan idea-idea penulis baharu dan memberi peluang juga ruang untuk penulis baharu membuahkan pendapat mereka melalu pelbagai kolum.

Dalam majalah ini juga tersiarnya Resensi Novel yang tiap-tiap Hanna tulis. Khas untuk ruangan Resensi Novel di Tunas Cipta September menampilkan novel Di Penghujung Rindu. Tiap-tiap bulan tu taklah kerap sangat, hanya ada 5 buah ulasan kalau tak silap.

Kepada sesiapa yang mahu lihat boleh klik di sini Isi Kandungan Tunas Cipta Sept 2011 .Untuk karya cerpen dan sajak memang Hanna guna nama asal iaitu Hasni Jamali.:)


sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas ya! :)
Tidak ketinggalan juga dua sajak pada bulan September tersia di Berita Minggu. Judulnya Merdeka Anak-Anakku. Sajak ini penuh bermakna, kerana ketika menulisnya Hanna sedang menemani emak yang tidak dapat memejamkan matanya. Pada jam 3 pagi sajak ini terlahir dengan judul asal ialah Sendu Ibu. Lalu akhirnya ditukar menjadi Merdeka Anak-Anakku.

Kasih Pahlawan Hati :)     
Yang ini pula sajak Hanna yang terbit di akbar Mingguan Warta Perdana. Syukur... Kasih Pahlawan Hati mengenai parajurit negara yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk memerdekakan negara kita. Apa pun di sebalik sajak ini ada suatu hal yang tersembunyi...apakah itu? telitilah sendiri :)

Atas segala rezeki yang Allah berikan, Hanna amat bersyukur. Moga selepas ini, rezeki tidak akan putus dan berlipat kali ganda lagi diberi Allah. Amin. Moga juga Hanna akan menjadi penulis yang gigih menulis sesuatu yang berkualiti untuk masyarakat pembaca. Amin.

Monday, September 19, 2011

Bebas!

Alhamdulillah, 

Syukur kepada Ilahi. Akhirnya Hanna berjaya keluarkan diri daripada belenggu perasaan yang berat ini. Syukur sangat-sangat.

Menghadapi karenah manusia bukan mudah. Kerana Hanna juga adalah manusia. Punya pelbagai ragam. Apa-apa yang ingin Hanna tulis di sini adalah mengenai suatu perasaan yang paling hebat pernah Hanna alami. 

BEBAS! Itulah perasaan yang Hanna rasakan sekarang. 

sebenarnya perasaan ini hadir setelah Hanna berhempas pulas mengelakkan diri daripada serangan masalah perasaan. Sebenarnya apabila kita dilanda masalah, jangan lari... kalau boleh, kita hadir dan selesaikan masalah tu. Hanna bukanlah lari macam mana, cuma Hanna memilih untuk menyibukkan diri. Kebetulan Hanna sudah ada pekerjaan. Syukur sangat, kerja di pejabat membuatkan Hanna tak fikir sangat masalah yang dihadapi ini. 

apa sebenarnya masalah yang sedang diceritakan ni? Oh, masalah cinta. hmm...tak sangka akan hancur lebur lagi kisah kasih kali ini. tak mengapalah, bukan dia orangnya. Itu ketentuan daripada Allah. hanna terima dengan hati yang lapan.

Perasaan lega tadi, apabila pagi-pagi lagi sang bekas kekasih memberi mesej. Dia berpesan agar Hanna jaga diri mencari kebahagiaan tanpa dia. Begitulah lebih kurangnya. Mula-mula memang sukar nak lepaskan perasaan sayang ni, tapi apabila dia sudah meminta... Hanna tak mahu terhegeh-hegeh menagih kasih pada yang tak sudi. 

Seminggu lalu Hanna bermain dengan perasaan digantung ketidakpedulian dia. Dan akhirnya, dia memberi kata putus itu. Alhamdulillah, Hanna amat lega dan bebas. Tidak lagi rasa digantung. Dan kini bolehlah Hanna cari kasih yang lain, atau menanti cinta yang lain. InshaAllah segalanya Hanna panjatkan doa kepada Ilahi.

Moga selepas ini, Allah pertemukan Hanna dengan lelaki yang benar-benar menghargai diri ini. Moga selepas ini Allah pertemukan hanna dengan lelaki yang berani, yakin dan faham makna sayang. Amin.

Baiklah, hidup mesti diteruskan. Jangan mudah mengalah ya, Hanna! :)

Monday, September 12, 2011

Diam dan pergi...

Assalamualaikum,

hmm... sejak sudah bekerja ni, aku jadi rajin pula menulis di blog ya? apakah sebabnya? bertanya pada diri...

dan hati menjawab, 'kerana aku rasa macam dah jauh dari semua orang. Di tempat kerja tiada kawan sekerja yang berbangsa sama. Jadi topik perbualan menjadi singkat dan kurang memuaskan. Kemudian, di rumah pula. Ini yang kadang-kadang terasa hati untuk menjawab'

Aduhai, hati. 

aku rasa, takdir aku ketika ini adalah perlu berdiam diri. Ya, kerana aku tak rasa bahagia apabila mula mahu berbual, ada sahaja halangan. Tak mahu pula aku mendedahkan gerangan siapa dia di sini. Biarlah tanggung sendiri. Aku mahu menangis, tetapi air mata kedekut mahu keluar. mungkin sabar masih bersama. alhamdulillah.

hmm, kalau dapat menangis, pasti sahaja akan rasa lega selega leganya.

dan sekarang, aku berdiam diri selama yang mampu. Hingga tiba masa mungkin aku akan pergi, moga bersama iman kepada Allah yang Maha Mengasihi. Amin.

Sunday, September 11, 2011

Belajarlah Untuk Menghargai

ihsan dari google image
CINTA.

Seperti pupus sudah dalam hati ini, diri ini dan jiwa ini. 

seminggu sudah berlalu. seminggu ini juga sudah berlalu dalam tempoh seminggu pertama aku bekerja. Syukur, segalanya baik-baik sahaja. 

Allah memberi sebuah dugaan kepada hamba-Nya untuk sesuatu nikmat yang lain kelak. Dan sekarang, Allah sedang menguji aku dengan dugaan-Nya. 

Seminggu ini bekerja bertungkus-lumus, aku tahu aku selalu sibukkan diri hingga tidur pun lewat. Alhamdulillah pada waktu malam dalam keadaan rengsa ini, Allah beri aku ilham untuk menulis. Adakalanya kerana terlalu leka, aku tidur hampir jam 3 pagi. Memang terseksa juga rasanya waktu di tempat kerja. kadang kala sakit tengkuk, rasa nak demam dan hati berdebar-debar. simptom-simptom ini memang tanda-tanda orang sedang dilanda masalah yang berkecamuk dalam minda.

seberapa lama aku telah fikirkan. aku rasa betullah kata hati, aku takut untuk melukakan hati orang hingga aku sendiri terluka berdarah parah. aduhai! seksanya. 

aku rasa seperti tiada lagi jalan untuk cinta dengan dia. ketidakyakinan dia, ketidaksungguhan dia, ketakutan dia diejek, dan lain-lain memberi aku klu untuk membuat suatu keputusan agar melepaskan hubungan ini. entah, aku juga keliru. adakah hubungan ini sedang terjalin? sedangkan dia masih was-was.

kasihan. aku kasihan diri sendiri. dan aku redha juga. Allah beri aku dugaan ini. lalu aku sentiasa sibukkan diri dengan kerja, dan menulis untuk melupakan cinta.

Allah, berilah hamba petunjuk. Agar hamba segera merasa senang dengan hidup yang sedang hamba jalani ini. Amin.

nasib baiklah aku tidak ketemu cinta diwaktu belajar. rupa-rupanya amat susah menahan derita jika tiba waktu2 dingin seperti ini. hmm...... bosan amat! moga lekaslah masalah mainan hati ini selesai.

'belajarlah untuk menghargai.'

Wednesday, September 7, 2011

Rezeki dari Allah...Alhamdulillah.

Alhamdulillah, 
Syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

Syukur, 
kini aku sudah ada kerja tetap. Tidaklah segah kerja-kerja yang dimiliki teman-teman lain. Namun aku bersyukur, Allah berikan aku pekerjaan ini. Bekerja dalam pejabat. Dekat dengan keluarga. Dan bekejar waktu makan, solat dan rehat. :) bukan mudah untuk berjaya...kan! 
Apa pun, moga pekerjaan ini dapat membantu aku menimba pelbagai pengalaman. Moga juga aku dapat bertahan dan bersemangat sentiasa. Maklumlah, aku hanya orang bawahan, tidak boleh buat sesuka hati. InshaAllah, moga aku berjaya. Amin.
gambar dari google.
 di samping itu, aku tidak boleh leka dengan pekerjaan yang ada. Kerana, bidang penulisan yang menjadi kegemaran perlu aku teruskan. Dengan pekerjaan yang ada sekarang, moga pengalaman yang ditimba dapat dijadikan bahan cerita dan bahan karangan. Untuk tatapan bersama agar menjadi insan yang lebih berguna kepada bangsa, diri dan negara. Paling utama juga untuk agama Islam yang dicintai. :)

teruskan menulis cik Hasni Hanna... :)
gambar dari google.
Syukran Allah, 
walhamdulillah...
Ya Allah yang Maha Besar. Kau permudahkanlah setiap urusan hamba di dunia ini. Permudahkanlah urusan pekerjaanku, permudahkanlah setiap ilham yang mahuku tulis dan kongsikan bersama-sama hamba-Mu yang lain. Ya Allah, lorongkan hamba bersama-sama hamba-hambaMu yang beriman. Lindungilah hamba daripada segala bencana fitnah, tomahan dan panahan negatif manusia-manusia di muka bumi ini.
Sesungguhnya, hanya padaMu sahaja hamba bermohon. Rahmatilah hamba Ya Allah. Amin Ya Rabba.


Sunday, September 4, 2011

Akhirnya Ego Apa?

Semalam telah memaparkan episod kehidupan yang di dalamnya ada seribu kali rasa. Tetapi segalanya rasa yang tidak enak. Masam, pahit dan pedih!

Amat-amat menyeksa hati yang sedang berada di tempat itu.

Dua insan ini bergaduh. Lalu mendiamkan diri. Lalu yang susahnya siapa? buntu... kasihan anak-anaknya.

Mereka terlalu ego.

sesekali terdengar anak-anaknya berbisik untuk memberontak. Membakar segala kemarahan yang terpendam. Tetapi, syukur juga... apabila mereka masih punya didikan sabar.

Apakah kalian punya jawapan? Akhirnya ego itu apa? Bagaimana sudahnya...? Natijah?


Saturday, September 3, 2011

Baru Semalam

...baru semalam

baru semalam, tinta tentang kasih itu tertulis. Hari ini, segalanya terjawab. Tetapi, aku tidak boleh terlalu suka. Cukuplah sekadar mengucap syukur dan syukur. Atas kurniaan Allah, kerana masih memberi peluang atas hubungan ini terjalin dengan lebih lama lagi. InshaAllah.

...dan sekarang


masih terasa ada sisa segan. Malu mungkin atas kejadian lalu. Semoga Allah terus memberkati perhubungan ini. 


Amin.
  

Friday, September 2, 2011

Ramadhan, cinta, Syawal dan tanpa...

 Alhamdulillah, masih diberi Allah untuk bernafas.
Alhamdulillah, masih diberi amanah melaksana tanggungjawab sebagai umat Islam, mengerjakan rukun Islam ketiga.
Alhamdulillah, berpuasa dengan lancar.

ramadhan kali ini, Allah temukan aku dengan cinta baharu. setiap saat doa dipanjat agar cinta ini kekal dan sejati. 
sebenarnya aku amat takut untuk menulis kisah cinta. kerana pengalaman dahulu mengajar segalanya.
Dahulu, setiap kali aku menemui cinta baharu, pasti hati dan jari berkobar-kobar untuk menulis kisah kasih yang sedang berlaku dalam diri.
setiap angan bahagia tidak kekal lama. semuanya putus di tengah jalan.
dan kali ini pula bagaimana? mengapa aku menulis juga...? sedangkan aku punya rasa takut yang besar sekali.


 Syawal, telah datang menjengah bulan.
Syukur, aku masih diberi nafas untuk menyambutnya.
Syawal kali ini aku sambut dengan sederhana meriah. Kerana ibu masih terngiang dengan kejadian kemalangan arwah kakak tahun lepas.
baju raya? baju lama diulang pakai. gara-gara baju baru tak dapat disiapkan oleh tukang jahit. Kecewa juga, tapi sedikit saja kecewanya. Bukankah Ramadhan telah mengajar kita agar menjadi hamba yang bersabar...iya aku sedang belajar dan berusaha mengekalkan sabar selagi mampu.

sekali lagi, rasa bahagia mendatang. sedikit sahaja. mengapa? tiba-tiba duka sedang melanda jiwa....
 cinta baharu seperti tidak mahu kekal. sekarang ini cinta baharu meminta untuk berehat sebentar, katanya dia sedang keliru. entahlah, saat sayang mula hadir...cinta baharu pula seolah-olah mahu memusnah harapan dan impian yang dimanis janji di bibirnya.

Breka ke Baad, berhenti rehat seketika. 

natijahnya, termenunglah aku sendirian. mengenang nasib cinta bakal tak menjadi lagi agaknya... hmm

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages