berkarya itu indah

berkarya itu indah

Monday, January 23, 2012

Karya 2012: Sajak TIGA HARI DUA PAGI

ALHAMDULILLAH...

Tahun 2012, bulan Januari. Ini sajak saya yang kedua, tersiar pula kali ini di akhbar Harakah edisi 23-26 Januari. Saya gembira sajak ini tersiar, kerana saya ingin pembaca yang sempat singgah di ruangan ini dapat menikmati dan menghayati makna yang ingin saya sampaikan. Syukur.
Sajak ini saya tulis ketika usai berbengkel di Umbai, Melaka pada Disember 2011. Lalu, gagahan hati meresap ilham untuk saya turunkan dalam bentuk kata-kata. Terhasillah sajak ini yang antaranya sudah disunting sedikit dengan bimbingan Tuan Haji Razali Endun, seorang Penulis Mapan.

Berbekalkan pengalaman di'ganggu' setiap jam 2-3 pagi ketika menginap di chalet yang disediakan, ketukan jendela pada jam itu tanpa siapa-siapa yang tahu misterinya, menjadikan saya terjentik naluri untuk menghasilkan sajak TIGA HARI DUA PAGI ini. Selama 3 hari, kami (peserta bengkel) diberi bimbingan dan galakan dalam hal-hal penulisan. Syukur, berkat gigih mendengar dan mengambil segala tunjuk ajar, lahirlah bait-bait kata dalam sajak ini. 

Semoga pembaca yang sempat singgah di ruangan ini, sudi membacanya seikhlas hati. 
Selamat maju jaya buat saya dalam bidang penulisan ini. Semoga melahirkan karya-karya bermutu dan berkualiti lagi dan lagi. InsyaAllah. Amin.

Wednesday, January 18, 2012

Siri Bacaan Hanna: Cinta Kontrak


Tak boleh kata tidak, akhirnya novel CINTA KONTRAK tamat dibaca. Sengaja saya mahu baca novel popular. Membaca novel pop seperti ini, tidak semestinya dianggap membuang masa atau berlewah-lewah dalam kehidupan.

Sebagai penulis, saya hormat kesemua hasil seni tulisan penulis yang lain. Alhamdulillah, novel yang tebal ini selamat dibaca. Secara jujurnya saya tidak baca keseluruhannya, 20 bab awal saya baca ikut urutan bab. Tetapi masuk bab seterusnya saya langkah-langkah. Jadi saya tidak dapat ikut masalah atau konflik sebenar tentang karya ini. Saya kemudiannya melangkah ke bab 30-35, dan ke bab akhir.

Ada beberapa nama yang asing, namun masih saya dapat ikut jalan ceritanya. Ini menunjukkan jalan cerita dalam novel ini diolah dengan baik. Walaupun jalan ceritanya berulang-ulang hal yang sama, hal-hal gurau senda suami isteri hingga membawa asyik masyuk buli-membuli isteri kepada suami. Kadang-kadang seronok membacanya, namun kadang-kadang rasa begitu sahaja.

Tercari-cari juga input dan ilmu di dalam karya pop ini. Setiap pembaca punya penilaiannya sendiri. Seperti saya, dalam karya ini masih ada input dan ilmu yang terselit. Antara ilmu yang jelas dipaparkan ialah ilmu membuat telur dadar yang besar dan tebal.

Mungkin ada ilmu lain yang terselit namun ianya sekadar hal-hal tersirat dalam karya. Antaranya, saya suka dengan ilmu mendapatkan keberkatan dalam hubungan kekeluargaan. Setiap watak baik (misalnya watak utama) yang hidup dalam sederhana, sentiasa rapat dengan keluarganya. Usik-mengusik lebih manis daripada bergaduh tak tentu hala.

Pengalaman senda tawa memang banyak kelihatan. Ya, tidak dinafikan novel pop seperti ini tidak memaparkan tema atau pengisian yang berat. Maka ia mudah hadam dan lancar sahaja bacaannya. ‘Berat’ bagi saya bukanlah yang membebankan minda, tetapi ‘berat’ itu merupakan suatu hal atau sebuah jalan cerita yang padat dengan ilmu, isu dan falsafah tersendiri yang akhirnya membawa kepada kepuasan tersendiri. Ya, saya akui… dalam novel pop juga banyak terdapat jalan cerita seperti ini. Padat dengan falsafah cinta.

Falsafah cinta yang indah, aman dan mengasyikkan!

Kadang-kadang sebagai manusia, kita tak akan pernah rasa falsafah cinta seperti ini dalam kehidupan seharian, jadinya… novel pop adalah penyelamat agar kita dapat rasa hal-hal sebegitu.

Dalam hal ini, masing-masing punya selera tersendiri. Membaca amalan baik. Tidak kiralah bahan bacaan apa sekali pun. Yang penting bacaan itu tidak melalaikan dan mendorong kepada maksiat. Pandai-pandailah memilih ya!
Tahniah kepada penulisnya Nurul Ain Syuhada. Lahir pada 1993, sudah ada sebuah novel pop yang tebal dan ramai pengikut bacaan novel ini… Tahniah! Semoga selepas ini akan menghasilkan karya-karya yang bermakna untuk masyarakat pembaca. Amin.



Friday, January 13, 2012

Karya 2012: Sajak KASIH BUAT KANDA

SAJAK KASIH BUAT KANDA, TERSIAR DI MINGGUAN WANITA 13-19 JANUARI 2012
ALHAMDULILLAH. Perkataan pertama yang terbit dari bibir, tatkala mendapat pesanan ringkas daripada seorang teman penulis (Mama Intan Payung/ Mamabella) mengenai tersiarnya karya ini di Majalah MINGGUAN WANITA keluaran 13-19 Januari 2012. Terima kasih Kak Sue (nama sebenar).


Sedikit kisah tentang sajak ini:


Awalnya, sajak ini diberi judul PUISI KASIH BUAT KANDA II. Sajak ini sekuel bagi PUISI KASIH BUAT KANDA yang terbit di majalah TUNAS CIPTA pada tahun 2008. Amat lama untuk terbit sekuel kedua ini, ya! :)

Namun, seorang editor lebih tahu mana yang terbaik bagi penulis. Dan terhasillah judul KASIH BUAT KANDA sahaja. Tiada PUISI di pangkal judul.

Angan-angan itu percuma, namun dalam angan-angan percuma ini tidak sesekali saya biarkan ianya jauh melarat kepada khayalan yang sia-sia. Jangan!

Saya angankan, sebuah puisi itu punya bait-bait indah yang bermakna. Ya, hati siapa yang tidak mahu memiliki kekasih hati yang mengasihinya sepenuh jiwa? Hati siapa pula yang tidak mahu mempunyai kekasih hati yang menghargainya seluruh jiwa? pastinya saya mahu. Dan saya tidak meminta itu semua kepada DIA, namun biarlah alur takdir yang diberikan oleh DIA adalah yang terbaik buat saya dan pasangan satu hari nanti. InsyaAllah.


Semoga apa-apa yang terhasil di sini untuk kali ini, mendapat berkat dan segala karya saya yang tertulis dan tersiar akan mendekatkan diri pembaca dengan sesuatu yang positif dan hidup menjadi lebih bermakna. Amin.



Monday, January 9, 2012

2012 INI

"Yang diharap selalu ada, jarang-jarang ada... tetapi yang tidak pernah diharapkan ada, selalu pula hadir dan sentiasa menyemai rasa. Itulah takdir dan pusaran perasaan, moga waras merasai yang benar-benar indah untuk jiwa. Selamanya...."
SAYA DI SINI UNTUK KEDUA KALINYA. MENJEJAK RASA DI DUNIA BERBEZA NAMUN MASIH DALAM LINGKUNGAN SUKA. SYUKURLAH, SEMOGA REZEKI YANG HADIR AKAN SAYA GUNAKAN SEBAIKNYA. ILMU ITU ADA DI MANA-MANA. KERJAYA KINI: PEMBANTU BOS DI ZMCS.
LALU SAYA MASIH MAHU MENULIS. WALAU KEADAAN SEKARANG INI MASIH DITEKAN DENGAN KARENAH PIHAK PENERBITAN DAN PENGURUSAN YANG KURANG AWAS DENGAN BAYARAN. YA, SUDAH BANYAK ALAMI KARYA TIADA PULANGAN. TAPI, SAYA BERPEGANG KINI. REZEKI SAYA HANYA ADA PADA ALLAH, YANG AKAN MENENTUKAN HADIRNYA PADA TEPAT MASA. KINI, SAYA MAHU MENULIS DAN MENULIS KARYA YANG BAGUS, KARYA YANG BAKAL MEMOTIVASIKAN PEMBACA AGAR MENJADI LEBIH BAIK. INSYAALLAH.



Dengan harapan yang berbunga, agar kita sering rasa dihargai. Namun akhirnya, masih tiada lagi kasih tertagih.

2012. Buang jauh-jauh sifat negatiF. Usir jauh-jauh sifat mengharap kepada yang tidak pasti. Jauh-jauh!
 2012, tanam dan semai agar subur selalu. Niat murni yang suci. Mengilhamkan segala manis yang memberi bahagia hati ibu dan ayah, memberi bahagia hati adik dan saudara, memberi bahagia buat insan dan masyarakat yang sentiasa di sisi.

Dan kerana Allah jua segalanya berlaku dalam lindungan-Nya. Amin.

Sunday, January 8, 2012

BERBENGKEL: PENULISAN KRITIS di Melaka 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Di sini ingin saya beritahu bahawa, tiada gambar yang dapat dimasukkan. Awalnya, saya mahu masukkan gambar rumah penginapan saya dan 7 teman lain. Namun, gambar itu tidak berjaya dimuat naik. Menurut seorang kakak, yang sudah saya kongsikan hal ini... katanya, mungkin ada sesetengah gambar tidak mahu dipertontonkan. Maklumlah tentang kejadian misteri itu... (jeng jeng jeng)

Berikutan ini. Saya hanya mampu bercerita sahaja. Tanpa gambar.

bolehkah dicerita? rasa macam tak mampu. Adakah nanti misteri itu datang mengganggu? erm... saya tutup kisah ini dengan rahsia sahaja lah ya. 

Wasalam.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages