berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, January 18, 2012

Siri Bacaan Hanna: Cinta Kontrak


Tak boleh kata tidak, akhirnya novel CINTA KONTRAK tamat dibaca. Sengaja saya mahu baca novel popular. Membaca novel pop seperti ini, tidak semestinya dianggap membuang masa atau berlewah-lewah dalam kehidupan.

Sebagai penulis, saya hormat kesemua hasil seni tulisan penulis yang lain. Alhamdulillah, novel yang tebal ini selamat dibaca. Secara jujurnya saya tidak baca keseluruhannya, 20 bab awal saya baca ikut urutan bab. Tetapi masuk bab seterusnya saya langkah-langkah. Jadi saya tidak dapat ikut masalah atau konflik sebenar tentang karya ini. Saya kemudiannya melangkah ke bab 30-35, dan ke bab akhir.

Ada beberapa nama yang asing, namun masih saya dapat ikut jalan ceritanya. Ini menunjukkan jalan cerita dalam novel ini diolah dengan baik. Walaupun jalan ceritanya berulang-ulang hal yang sama, hal-hal gurau senda suami isteri hingga membawa asyik masyuk buli-membuli isteri kepada suami. Kadang-kadang seronok membacanya, namun kadang-kadang rasa begitu sahaja.

Tercari-cari juga input dan ilmu di dalam karya pop ini. Setiap pembaca punya penilaiannya sendiri. Seperti saya, dalam karya ini masih ada input dan ilmu yang terselit. Antara ilmu yang jelas dipaparkan ialah ilmu membuat telur dadar yang besar dan tebal.

Mungkin ada ilmu lain yang terselit namun ianya sekadar hal-hal tersirat dalam karya. Antaranya, saya suka dengan ilmu mendapatkan keberkatan dalam hubungan kekeluargaan. Setiap watak baik (misalnya watak utama) yang hidup dalam sederhana, sentiasa rapat dengan keluarganya. Usik-mengusik lebih manis daripada bergaduh tak tentu hala.

Pengalaman senda tawa memang banyak kelihatan. Ya, tidak dinafikan novel pop seperti ini tidak memaparkan tema atau pengisian yang berat. Maka ia mudah hadam dan lancar sahaja bacaannya. ‘Berat’ bagi saya bukanlah yang membebankan minda, tetapi ‘berat’ itu merupakan suatu hal atau sebuah jalan cerita yang padat dengan ilmu, isu dan falsafah tersendiri yang akhirnya membawa kepada kepuasan tersendiri. Ya, saya akui… dalam novel pop juga banyak terdapat jalan cerita seperti ini. Padat dengan falsafah cinta.

Falsafah cinta yang indah, aman dan mengasyikkan!

Kadang-kadang sebagai manusia, kita tak akan pernah rasa falsafah cinta seperti ini dalam kehidupan seharian, jadinya… novel pop adalah penyelamat agar kita dapat rasa hal-hal sebegitu.

Dalam hal ini, masing-masing punya selera tersendiri. Membaca amalan baik. Tidak kiralah bahan bacaan apa sekali pun. Yang penting bacaan itu tidak melalaikan dan mendorong kepada maksiat. Pandai-pandailah memilih ya!
Tahniah kepada penulisnya Nurul Ain Syuhada. Lahir pada 1993, sudah ada sebuah novel pop yang tebal dan ramai pengikut bacaan novel ini… Tahniah! Semoga selepas ini akan menghasilkan karya-karya yang bermakna untuk masyarakat pembaca. Amin.



No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages