berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, November 27, 2010

Perkhemahan Permata Pintar

Assalamualaikum,

Ke hadapan cikgu yang saya sayangi. Moga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bahagia. Utusan surat anakanda kepada cikgu ini sekadar mahu meluah rasa.

Pertamanya, anakanda ingin sampaikan bahawa anakanda bakal dan insyaAllah menjadi seorang guru kontrak dalam program Negara iaitu Permata Pintar Negara. Alangkah bersyukurnya anakanda apabila mendapat tawaran ini, seterusnya memberi arah kepada anakanda dalam menunaikan hasrat dan cita-cita arwah Nenda. Arwah Nenda pernah memberitahu bahawa dia mahu salah seorang cucunya menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah cikgu, anakanda kini dipertanggungjawabkan mendidik 10-15 orang pelajar pintar cerdas. Walaupun program ini hanya sebulan, namun anakanda cukup bersemangat dan mengucap syukur diberi peluang memegang gelaran 'Cikgu' dalam hidup ini.

Keduanya, luahan anakanda berunsur sedikit keluhan. Dari hari pertama datang ke program ini (sebelum kem bermula) anakanda dan beberapa rakan anakanda, cukup banyak mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang diberi. Akibat penat dan kehilangan 'mood' anakanda terpaksa lari dari kediaman yang diberi. Cuba mencari keselesaan daripada menghadapi segala masalah. Bukan anakanda lari, cuma selagi ada pilihan tidak salah andai anakanda memilih yang terbaik. Sekarang keadaan cukup bercelaru dan kadang-kala keliru dengan tugasan yang diberi. Sebagai 'cikgu' tidak sepatutnya ada tugasan lain yang mengiringi (tugasan yang bukan termaktub dalam terma dan syarat yang ditandatangani dahulu). Namun, kami di sini manusia biasa, ada kesilapan yang tak pernah padam. Anakanda cuba menerima dan menyesuaikan diri sedaya mungkin. InsyaAllah, moga kejayaan dan sifat penyabar sentiasa mendampingi anakanda.

Ketiganya, cikgu... Rupanya bukan mudah menjadi seorang pendidik. InsyaAllah, dengan usaha dan berkat pembelajaran kursus ini akan anakanda cuba belajar menjadi pendidik yang benar-benar mendidik. Ya, masalah dan pengalaman akan anakanda jadikan panduan hidup yang bakal berguna di mana-mana selagi ada hayat.

Terima kasih cikgu, moga kita bertemu di talian warkah yang lain. InsyaAllah.

Salam.

Tuesday, November 23, 2010

...Nafas yang direnggut

Semalam,
moga tidak lagi hadir
kerana cintanya
semakin suram.

aku, kembalilah memeluk Ilahi. Kembalilah mendakap kitab suci. Aku, hingga saat ini...masih menantikan tumpahan kasih abadi pada diri.

aku, sematkanlah cinta dan kasih umi. Yang selalu hadir tika tawa dan sunyi. Aku, kembalilah ke pangkal jalan yang lurus. Agar kau sentiasa dalam hal yang terurus.

aku. setiap detik yang berlalu, leraikanlah nafasnya yang jitu. aku, kembalilah kau dalam taubat dan restu.

Sunday, November 21, 2010

Atas Dasar....

adakah berharga air mata yang tertumpah sekarang ini? Serasikah situasi yang berlaku sekarang, diredhai dengan air mata ini?

dalam mencari erti hidup, adakalanya kita terlupa...bahawa ada yang lebih dan Maha Agung sedang dan sentiasa memerhati. Demi melaksanakan permintaan hati, sentiasa kita terlupa akan nikmat yang perlu disyukuri dahulu dan kini.

Mengapa mudah hati melupakannya?

Atas dasar apakah, kepuasan nafsu diraih. Demi menunaikan permintaan hati, yang sekarang ini memberi tangis dan sedu yang panjang?

.....

Thursday, November 18, 2010

Amanat dan Pesan daripada Dr.Mawar Shafei untuk hJ

Pesan ini dipetik daripada laman blogspot Dr.Mawar.

Pesan dan amanat ini pula daripada kotak mesej FB hanna Johan (hasni Jamali) :)

Moga setiap titipan semangat dan amanah daripada Dr.Mawar Shafie, pensyarah Persuratan Melayu di UKM yang pernah membimbing hanna ke lembah penulisan, akan sentiasa hanna ingat dan pegang. Moga niat murni untuk menjadi seorang penulis berjaya bakal membawa bahagia untuk diri sendiri, keluarga, kekasih hati, pendidik, teman-teman dan sahabat sejati. Juga untuk sekalian yang dikenali.

amin.

Friday, November 12, 2010

Karya hJ di URTV November 2010


Puisi ini saya larikkan pada sebuah buku nota kecil yang khas saya bawa ketika hati mengizinkan untuk saya merantau di negeri orang iaitu mengikuti Jelajah 1 Malaysia anjuran YADIM. Ketika sedang leka merehatkan tubuh di sebuah kamar yang saya inap di kediaman seorang kakak, tiba-tiba laju jemari menulis karya ini. Sepertinya saya membayangkan seorang kakak yang baik hati itu, sudi memberi saya ruang rehat yang bagus dan saya melunas rindu pada keluarga dengan karya ini.Karya ini saya tulis pada 14 Ogos 2010. dan tersiar di majalah URTV pada edisi 15-30 NOVEMBER 2010.

Wednesday, November 10, 2010

Moga Bahagia

9 November 2010,

Alhamdulillah, perkenalan selama dua bulan mengajak kami bertemu buat kali pertama. Terima kasih sayang, sudi memberanikan diri ke teratak dinda. Pertemuan pertama di teratak biasa-biasa ini, syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Perjalanan ke teratak lancar dan tiada masalahnya.

Ayah bonda juga menerima dan memberi restu.

Hmm, :) tak sangka, Klasik Nasional.fm memberi rangsang minda antara dua hati dalam setiap perjalanan kita. Sepanjang ke BP, tiada madah tiada bicara seperti mesranya dibualkan dalam maya. Tetapi, hati dan mata memainkan isyarat yang terpendam. Segan. Begitulah...

Sayang, moga detik 9 november ini memberi makna buat kita untuk mengharungi hari-hari indah yang penuh cabaran di masa hadapan. Moga hubungan ini sentiasa dilandaskan dengan iman dan akal. Sama-samalah kita berusaha mengecapi bahagia.

Sayang,
andai dijodohkan, moga kita dapat membina istana bahagia bersama. InsyaAllah.

Salam sayang buat kanda,

hannaJohan

Thursday, November 4, 2010

Redha Cinta Kita

"Kamu ingat lagi? Kita pernah bertemu di pondok kecil itu."

"Ya, saya masih menyimpan ingatan tentang itu. Kamu yang gelar saya orang gila bukan?"

"Hmm...terima kasih, kamu menyimpan ingatan itu dengan senyuman."

"Mana tidaknya, awak baling saya dengan kasut busuk awak tu. Kemudian, awak mahu belasah saya dengan genggaman penumbuk awak bukan?"

"Ha ha...Masa itu dalam hujan. Saya menumpang pondok yang sama tempat awak berteduh. Dalam kebasahan terkena hujan, awak merenung susuk tubuh saya. Saya hilang keselesaan. Saya tak suka dan rimas. Apa lagi, saya genggam penumbuk untuk takutkan awak. Dan..."

"Dan awak menjerit sekuat hati, menyatakan saya orang gila. Akhirnya saya dibelasah oleh seorang perempuan yang entah datang dari mana."

"Ha ha...Kak Thirah, dia penyelamat. Kalau tidak, awak saya dah belasah gila-gila."

"Sakitnya hingga berparut lengan saya."

"Maaflah, secara tidak sengaja."

"Tak mengapalah, itu semua kenangan kita. Kalau tidak kerana pertemuan aneh itu, kita tidak akan bersama di sini, bukan?"

"Ya, dan kita tidak akan dapat peluang untuk kenal hati masing-masing."

"Awak...awak tak marah atas apa yang berlaku sekarang?"

"Marah? Apa guna saya marah pada orang yang saya sayang."

"Awak..."

"Tidak mengapa. Tidak semestinya kita miliki insan yang kita cinta, adakalanya kita perlu memberi cinta tanpa perlu harapkan balasan. Saya relakan awak bahagia dengannya."

"Awak, terlalu istimewa. Kerana istimewa itu, saya tidak layak memilikinya."

"Usah berkata begitu. Saya sayang awak. Saya doakan awak bahagia bersama pilihan hati awak. Senyumlah."

"Awak pun, senyum juga."

--Kita sama-sama senyum untuk cinta dan insan yang kita sayang. Tanpa ada rasa terluka dan tercalar jiwa. Kita bercinta kerana Allah. Atas sebab itu, kita perlu redha dan mendoakan yang terbaik buat cinta kita.-- hannaJohan, 4 November 2010, ZMCS

Monday, November 1, 2010

Bangkitlah!

"Aku mesti bangkit! Takkan aku mahu selama-lamanya dibuli dengan titipan rasa yang kejam itu. Aku tak boleh mengalah, aku kena buktikan bahawa hati aku boleh menjadi kuat dan keras. Demi menentang kebatilan yang sedang memainkan perasaan aku sekarang. Yeh!" bersungguh-sungguh.

"Assalamualaikum, wah...kenapa dengan adik kakak ni? Berseri-seri, beria-ia ni." Kak Irah memecah suasana yang padu dengan semangat.

"Kak Irah, masuklah." manis senyuman dihulur. hanna merapati duduknya Kak Irah. "Kak Irah nak tahu?"

"Ya, sayang." manis juga senyuman Kak Irah.

"hanna sedang berusaha meningkatkan kekebalan diri dan hati."

"Tapi kenapa? Ada sesiapa buli hanna ke?"

"..."




Dalam lena

Angan-angan yang sukar menjadi kenyataan. Dahulu hanna sering menulis sketsa pendek dan panjang tentang hanna, Kak Long, Kak Thirah, Kak Ieza, mama dan baba...tambahan baru keluarga bonda. Hanna rindukan mereka, walau hanna tahu mereka itu mimpi dan angan hanna semata-mata. Kenapa malam ini tiba-tiba hanna rasa rindu sangat pada mereka... Ya Tuhan.


About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages