berkarya itu indah

berkarya itu indah

Saturday, November 27, 2010

Perkhemahan Permata Pintar

Assalamualaikum,

Ke hadapan cikgu yang saya sayangi. Moga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bahagia. Utusan surat anakanda kepada cikgu ini sekadar mahu meluah rasa.

Pertamanya, anakanda ingin sampaikan bahawa anakanda bakal dan insyaAllah menjadi seorang guru kontrak dalam program Negara iaitu Permata Pintar Negara. Alangkah bersyukurnya anakanda apabila mendapat tawaran ini, seterusnya memberi arah kepada anakanda dalam menunaikan hasrat dan cita-cita arwah Nenda. Arwah Nenda pernah memberitahu bahawa dia mahu salah seorang cucunya menjadi seorang pendidik. Alhamdulillah cikgu, anakanda kini dipertanggungjawabkan mendidik 10-15 orang pelajar pintar cerdas. Walaupun program ini hanya sebulan, namun anakanda cukup bersemangat dan mengucap syukur diberi peluang memegang gelaran 'Cikgu' dalam hidup ini.

Keduanya, luahan anakanda berunsur sedikit keluhan. Dari hari pertama datang ke program ini (sebelum kem bermula) anakanda dan beberapa rakan anakanda, cukup banyak mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang diberi. Akibat penat dan kehilangan 'mood' anakanda terpaksa lari dari kediaman yang diberi. Cuba mencari keselesaan daripada menghadapi segala masalah. Bukan anakanda lari, cuma selagi ada pilihan tidak salah andai anakanda memilih yang terbaik. Sekarang keadaan cukup bercelaru dan kadang-kala keliru dengan tugasan yang diberi. Sebagai 'cikgu' tidak sepatutnya ada tugasan lain yang mengiringi (tugasan yang bukan termaktub dalam terma dan syarat yang ditandatangani dahulu). Namun, kami di sini manusia biasa, ada kesilapan yang tak pernah padam. Anakanda cuba menerima dan menyesuaikan diri sedaya mungkin. InsyaAllah, moga kejayaan dan sifat penyabar sentiasa mendampingi anakanda.

Ketiganya, cikgu... Rupanya bukan mudah menjadi seorang pendidik. InsyaAllah, dengan usaha dan berkat pembelajaran kursus ini akan anakanda cuba belajar menjadi pendidik yang benar-benar mendidik. Ya, masalah dan pengalaman akan anakanda jadikan panduan hidup yang bakal berguna di mana-mana selagi ada hayat.

Terima kasih cikgu, moga kita bertemu di talian warkah yang lain. InsyaAllah.

Salam.

No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages