Buat Kanda Melati dan Dahlia yang sentiasa dalam lipatan ingatan hanna. Terlalu rindu kepada kalian, membuatkan diri ini teruja dalam kelelahan supaya menulis sesuatu di laman teratak Kerana Rindu ini.
Di bawah ini Adinda hanna teringin sekali mahu berbahgi rasa bersama Kanda Melati dan Dahlia akan peristiwa sepanjang Adinda hanna di kem Permata Pintar. Lihatlah keriuhan anak-anak didik adinda yang sentiasa mengubat rindu adinda kepada Ayah dan Bonda di desa. Oh, juga rindu kepada Kanda Melati dan Dahlia.
Lihat, adinda seperti benar-benar seorang guru... Guru kontrak yang mahu bersungguh-sungguh mendidik mereka. :)
Kanda Melati, adinda amat merindui kanda dan Dahlia. Seminggu dari sekarang adinda akan pulang ke teratak desa. Kita? Bakal bertemukah kita nanti? InsyaAllah, adinda nantikan...walaupun hanya dalam mimpi.
Oh, ya. Titipan kasih buat adinda Dahlia. Lihat...anak-anak murid bertuah kanda, ada sahaja ceritera cinta yang disebar mereka. :) Ceritera kanda dan Abi. Tiba-tiba menjadi lebar luasnya di kelas Penulisan dan Imaginasi 1 dan 2. Anak-anak sekarang, pandai sungguh mereka menebak isi dan soal hati.
Buat Dinda Dahlia, Kanda hanna sisipkan foto ceritera cinta cikgu berdua ini:
Inilah hasil lukisan anak-anak murid bertuah... macam-macam gelagat mereka kan? :)

Di pagi Jumaat yang riang, sempat juga kami merakam foto ini. Kebetulan busana yang serasi tersarung pada tubuh. Cikgu Ady atau lebih mesra dipanggil Abi sejak kami akhir semester dulu. Dan kanda hanna sebagai Umi. (hmm, macam manalah tidak tercetusnya ceritera cinta ini kan?) hehe... :)
Cukuplah sampai di sini dahulu titipan cerita buat kanda Melati dan adinda Dahlia. Moga kita bertemu lagi di lain warkah dan cerita ya. Salam manis dan salam terlalu cinta daripada hanna. :)

No comments:
Post a Comment
Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)