berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, July 28, 2011

Ulasan Cerpen Menggebukan Hati... :)


Nizam Abdul Jalil itu saja prtanyaan cikgu..sangka cikgu ada simbolik atau sesuatu tersirat.. yang lain pada cikgu sangat berkesan ceritanya dan utamanya gaya bahasa Hanna berlagu dan berima itu paling cikgu suka..ada patah demi patah tersusun.. masih nampak gaya tamsilan bahasa warisan kita.. tidak keras dan kejang dengan kosa kata moden yang kadang kala tidak terlalu membekas... tahniah ya.. cikgu tunggu hasil karya selanjutnya

Cerpen: Bicara Bertingkah Kasih kepunyaan saya.


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca. Moga sihat selalu ya. :)

Karya Hanna yang tidak sempat dimasukkan dalam blog. Cerpen ketiga sepanjang 4 tahun berkarya. :) Senyum lagi.

Alhamdulillah, cerpen Bicara Bertingkah Kasih telah tersiar di majalah Mingguan Wanita edisi 27 Mei-2 Jun 2011.

Kisah yang tertulis ini berdasarkan kisah cinta. Hanna mahu cuba saja. Belum pernah rasa cinta suci dalam hidup sebenar daripada sang kekasih. Jadi, berangan-angan masukkan ke dalam dunia imaginasi melalui karya ini.

Terima kasih kepada saudara editor yang telah memilih karya hanna ini untuk disiarkan. Terima kasih kepada sumber rujukan iaitu mama kepada Adam, Kak Syahida dan Abang Awis. Kak Sya, sudi memberi seberapa makluman tentang putera sulungnya yang hanna letakkan dengan nama yang sama iaitu Adam dalam cerpen ini. Tambah seorang watak lagi iaitu Afia sebagai watak utama yang sedang berperang dengan perasaan sendiri bahawa tidak, dia tidak akan menjadi madu kepada kakak sepupunya sendiri. Cinta kepada Allah lagi kuat berbanding cinta kepada manusia, walaupun pahit kerana terpisah biarlah manisnya dapat dihirup di akhirat kelak. amin. :)

selamat membaca kepada yang sudi membaca. Kepada yang mahu membaca, inshaAllah hanna sudi beri baca melalui hard copy atau soft copy. Tinggalkan alamat emel atau alamat rumah. nanti hanna rajinkan diri untuk pos ya. :)

sekian dahulu.

salam manis, hanna johan.


Sunday, July 24, 2011

Episod Rindu

Alhamdulillah,

selesai sudah majlis tahlil untuk kakak sepupu di kampung tadi. Selesai juga majlis akikah anak kepada sepupu juga. Syukur, segalanya selesai seperti yang dirancang. Walaupun pada awalnya ada perlakuan beberapa individu yang menguji kesabaran jiwa, namun berjaya diatasi sebaiknya. Alhamdulillah.

Rindu tiba-tiba menyelubungi hati. Saat tertulisnya nama Kakak dalam senarai nama Almarhumah sebentar tadi untuk diberikan kepada ketua bacaan tahlil. Tertahan air mata daripada membasahi pipi. Dahulu, kami sama-sama duduk mengalunkan bacaan tahlil. Tetapi...kini hanna seorang membacakan tahlil untuk Kakak. Alangkah sedih dan pilunya hati. Hanya Allah Maha Mengetahui. :(

Segala kesedihan yang tersimpan, tidak lekas hanna taburkan butiran jernih itu. Kerana masih ada ilham dan iman yang menggenggam erat rasa tabah daripada jatuh di hadapan anak-anak kecil ini. Arwah Kakak meninggalkan dua anak lelaki yang hanna gelar putera sulung dan putera bongsu. Putera sulung kini berusia 4 tahun dan sudah mula mengenal hidup pada tingkat akalnya. Putera bongsu pula, masih berusia 1 tahun. Terlalu kecil anak-anak ini ditinggal pergi ibunya. Namun segala takdir, punya hikmah dan ganjaran berharga untuk disyukuri selalu. Amin, Alhamdulillah
.(ihsan gambar dari internet)

Dalam gambar ini, hanna mahu kisahkan tentang putera bongsu. Ketika dia cuba mengikut rentak abangnya dan saudara-mara yang sebaya usia bermain-main, hanna lihat dia bermain-main sendiri. Kekadang dia tersenyum, kekadang dia diam memerhati. Saat itu mahu sahaja hanna menangis sepuas hati. Kerinduan yang datang mencengkam dan membentak jiwa. Putera bongsu kehilangan bondanya seawal usia 5 bulan. Masih belum mengerti apa2. Hanna pula kehilangan seorang kakak yang rapat dengan diri dan hati. Betapa diri ini memendam rindu yang tak akan pernah kembali.

Episod ini membuatkan hanna berfikir. Kesedihan dan pemergian tidak dapat dipisahkan dalam hidup. Mati itu pasti. Hanna berdoa agar hidup dan mati hanna nanti sentiasa diberkati Allah dan sentiasa terjadi dalam iman. Iman sesungguhnya. Amin.

Episod rindu tidak akan pernah berakhir, kerna ianya sentiasa bertakhta di hati lalu mendoakan agar ia sejati dan diberkati Ilahi.

Al-fatiha buat kakak. Amin.





Thursday, July 21, 2011

Mimpi ke Realiti.

Bismillahirahmanirrahim...

Ketika ini Hanna sedang berhenti rehat daripada membaca novel Di Penghujung Rindu karya Muhd. Mansur Abdullah. Ada 30 bab semuanya. Dan sekarang sudah masuk bab 22. Mengapa Hanna berhenti seketika?

Jawapan: Kerana bermula pada bab 21 sudah dimasukkan adegan dan episod sedih. Hanna memang lemah apabila tiba bab-bab begini. Rasa mahu saja Hanna ubah jalan ceritanya. (suka hati je!) hehe...

Pembacaan ini merupakan bacaan bulanan dan salah satu daripada tugasan sebagai Penulis Sepenuh Masa ini. Tugasan mengulas novel atau resensi novel untuk majalah Tunas Cipta. Jalan cerita novel ini bagus dan Hanna suka. Tunggu bila dah siap nanti, dapatkanlah majalah Tunas CIpta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ya. Kemudian bolehla anda beli novel ini dan rasakan impak yang sama seperti Hanna dapat rasakan sekarang.

Baiklah itu kisah rehat. Sekarang ni Hanna nak tulis sedikit tentang mimpi ke realti. (Seperti yang ada pada judulnya)

Sejak pulang ke rumah kedua ini, 3 hari berturut-turut Hanna dapat mimpi. Alhamdulillah, pagi tadi Hanna dah catatkan ketiga-tiga mimpi itu dalam Notes di Nokia :). Apabila dibaca semula, macam boleh dijadikan cerita pula. 3 mimpi yang berlainan namun seperti ada mesej yang akhirnya bersatu lalu menghuraikan plot penceritaan.

Hanna bercadang (buatlah harap-harapnya!) mahu jadikan ianya sebuah cerita. InshaAllah. Hanna menanti kalau-kalau ada lagi mimpi yang datang, lalu jangan malas-malas untuk catat. InshaAllah akan Hanna tulis.

Teringat-ingat puisi pertama yang hanna tulis, puisi panjang yang hanna hantar ke Tunas Cipta pada tahun 2008 dan tersiar. Itulah karya pertama Hanna secara rasminya. Puisi yang berjudul "PUISI KASIH BUAT KANDA" lahir daripada mimpi. Lalu Hanna nukilkan menjadi realiti di atas sebuah kertas putih. Alhamdulillah, bermula dengan itu Hanna kini dapat menggenggam nama sebagai 'Penulis Muda' (masa keluar MHI di TV3 bulan lalu, gelaran itu diberi kepada Hanna. Bukan buat sendiri ya.) Alhamdulillah, syukur.

Meraikan mimpi ke realiti. Yok!




Friday, July 15, 2011

'Judul yang panjang...............'

Bismillahirrahmanirahim,

Alhamdulillah, dalam kesempitan dan kesulitan...akhirnya terlahir sebuah karya berjudul "Kubiar Senja Itu Pergi Bersama Janji."

Alhamdulillah, syukur. Karya ini boleh dibaca di majalah Fokus SPM bulan Julai.

cerpen ini berkisar keluh kesah seorang hamba Allah bernama Kartika Ahmad. Dia sering berhajat untuk meninggalkan ajaran Islam yang wajib. Pernah mencuba melambat-lambatkan ibadah kepada Allah. Namun, hatinya gusar tidak tentu arah. Dalam masa yang sama, Allah menurunkan seberapa banyak nikmat untuk Kartika.

adakah Kartika mampu meleraikan satu per satu janjinya kepada Allah sebelum dia dilahirkan bahawa dia akan taat kepada perintah-Nya sepenuh hati?

Mahu tahu? Beli dan bacalah ya. Dipersudikan amat. :)

Karya ini Hanna tuliskan untuk ingatan sendiri dan berkongsi dengan para pembaca sekalian. Moga Allah merahmati segala segi penulisan Hanna kepada kalian, inshAllah.

akhir kalam, selamat membaca ya! :)



Thursday, July 14, 2011

Hati Teka Jodoh

Bismillahirahmanirrahim,

Moga setiap tulisan yang dilahirkan ini mendapat berkat daripada Ilahi. Amin.

Sebenarnya Hanna mahu bercakap sedikit soal cinta. Bukan kerana Hanna sedang bercinta atau apa-apa. Tapi, kerana tadi terbaca suatu artikel tentang Hati dan Jodoh. 'Kalaulah Hati boleh teka Jodohnya.'

agak serabut memikirkan soal ini, kita memang mahu yang terbaik... tapi, susah sikit nak dapat yang terbaik itu. Ego tinggi ke macam ni ya? atau rasa malas nak layan? atau, 'ada aku kisah?'

entah!

(apa ni?) tak faham... ok ok, sengaja melalut. hihi... hati tengah kusut dan serabut kot!

Wednesday, July 13, 2011

Nun Jauh Di Mata

... tetapi dekat di hati.

Alhamdulillah, sepanjang 7 Julai hingga 11 Julai Hanna berada di KL. Kota raya Kuala Lumpur. Sungguh syahdu sungguh syukur, bertemu kembali dengan keluarga angkat dari tanah Darussalam setelah hampir setahun tiada bersua.

Sepanjang itu juga kami menghabiskan masa bersama-sama dan membeli-belah juga bersama-sama. Seronok!

Ada gambar, nanti kalau ada masa yang panjang Hanna akan isikan sebagai tatapan simpanan.

...Pengalaman mengajar kita erti kesabaran, kesukaan dan membaikkan kelemahan. Sepanjang berada di sana, macam2 ragam orang Hanna dapat lihat. Orang bandar status hatinya tidak sama dengan orang luar bandar. Ada sedikit lain. Walaupun asal orang bandar itu sendiri dari orang luar bandar juga. Tetapi akibat keperluan hidup, status kekentalan hati banyak merubah jiwa mereka.

Status hati yang hanna kelaskan sebagai perasaan dan ajaran yang diamalkan. Bagaimana cara orang bandar mengendalikan ajaran hidup mereka? Berapa tingkat kesabaran yang ada dalam hati mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Hmm, lihatlah nanti jika berpeluang gelagat orang bandar di kota ketika berhadapan dengan panas dunia dan traffic jam.

Baik, tentang hati Hanna pula. Dalam melihat dan mendengar kisah-kisah ini, sesekali terbaca ilmu-ilmu berkaitan hidup dan sabar. Alhamdulillah, segala kebaikan menjadi semangat dan pemangkin untuk faham erti dunia. Dunia yang kini terdapat isinya mengejar sesuatu tanpa berperasaan yang wajar. Itu orang itu. Kita jangan menjadi seperti orang itu, biar hal2 seperti itu nun jauh di mata dan tidak dekat di hati.

Baik, rasa yang tercurah tentang pengalaman ini berdasarkan daripada pemerhatian sahaja. Okey, Hanna mahu keluar dahulu. Kita jumpa lagi, (macam pengacara tv je!) :)

Monday, July 4, 2011

Penulis Nurul.

Assalamualaikum,

Berbangga apabila punya teman seorang penulis yang giat menulis dan tidak lokek menurunkan seberapa banyak tips dan petua untuk sahabat2nya. Saya salah seorang temannya, kan? :)

Memuji kepada Nurul, seorang penulis novel Pengawas Sekolah dan baru-baru ini novel terbarunya ialah Haiwan Siapa Paling Jinak? dan banyak lagi karya-karya Nurul yang hebat dan ada makna dalam penulisannya untuk pembaca.

Seronok punya teman penulis yang berbakat dan jauh sudah berjaya yang masih tidak sombong dan masih tidak kedekut. Seronok sangat. Apabila ditanya itu dan ini, pasti sahaja jawapannya cepat dan mesra. Tidak pula berdolak-dalih dan bersungut kerana melayan karenah cik Hanna ini. hihi...

Sekarang, Hanna menunggu novel Haiwan Siapa Paling Jinak? dijual di bandar Labis atau nanti nak ke Kl, kalau dapat dan ada jodoh terjumpa novel itu di sana, dapatlah beli. yeh!

Buku-buku yang ditulis Nurul ini amat memberi makna terutama kepada adik-adik yang masih mentah dengan moral dan pengajaran hidup. Novel Pengawas Sekolah, mengimbas kenangan Hanna masa di zaman persekolahan dahulu. Hanna merupakan pengawas sejak masuk tingkatan 1 hingga 5. DI tingkatan 5 pula Hanna merupakan Penolong Ketua Pengawas Perempuan. Wah! hehe.. Di sekolah agama pun pengawas juga. Jadi jimatlah air nak basuh kasut, sebab kasut warna hitam. Tak basuh lama-lama pun boleh. (ish-ish)

Pengalaman pergi perkhemahan/ kursus kepimpinan sebiji sama macam yang Hanna lalui dahulu. Ada persitiwa dalam tandas yang buat Hanna terkenang-kenang sampai sekarang. hihi... Pastinya semua itu beri kebaikan tentang ingatan zaman lampau (macam dah tua sangat bila sebut zaman 'lampau' ni)

Apa pun, tahniah kepada Nurul (biasanya rakan2 lain panggil Nurul ialah Effa)... :)

Sekarang, Hanna nak ambil sedikit semangat penulisan Nurul. Masuk terus dalam jiwa untuk siapkan penulisan karya Hanna pula. Amin.

--sekian dahulu, tak sabar nak tunggu Pengawas Sekolah ada siri kedua dan seterusnya. :)

Sunday, July 3, 2011

Walau Hanya Dalam Mimpi

"Wajahnya cerah berseri. Tetapi tubuhnya nampak kurus, dan nampak amat muda. Yang tidak hilang ialah misai lebatnya. Segala itu, hanya wajah dan susuk tubuh yang aku nampak jelas dalam mimpi. Ya, hanya dalam mimpi belaka."

Arwah Pak Mat pergi beberapa tahun yang lalu. Masih aku ingat lagi, ketika di meja makan di rumahnya, masa itu ada aku, Pak Mat dan dua anak-anaknya. Kata Pak Mat, dia pernah tahu umur berapa dia akan meninggal dunia. Aku hanya diam dan mendengar. Pengalaman-pengalaman yang diceritakan banyak memberi aku semangat untuk teruskan hidup. Kami bukanlah daripada golongan yang terus senang dan kaya. Berbekalkan kecekalan dan usaha, inilah yang kami ada pada hari ini. Begitu juga dengan Pak Mat. Dahulu dia bekerja dengan pasir, jentolak dan macam2 lagi peralatan untuk bina rumah. (Kalau tak silaplah, sebab aku banyak lihat gambarnya bersama pasir dan bajak).

Pengalamannya bergaul dengan banyak orang membuatkan dia memiliki ilmu yang pelbagai juga. Ilmu tentang hidup dan mencari rezeki yang halal dengan cara yang halal. ALhamdulillah, hari ini anak2nya juga sudah berjaya.

Masih aku ingat lagi, masa-masa tua Pak Mat setelah bersara daripada bekerja...dia pernah menghantar aku ke sekolah. Bergilir-gilir dengan anak-anaknya yang 2 orang. Hanya naik motosikal, jadi 3 kali ulang aliklah dia ambil kami.

Masa hari lahirnya iaitu 10 hari bulan 10. Setelah aku sampai ke sekolah dengan selamat, turun saja aku dari motor terus aku salam dan berikan Pak Mat hadiah hari lahir itu. Dia terkejut sebab amalan ini tidak selalu kami adakan, hanya sesekali ketika cukup dan murah rezeki. Dia gembira menerima hadiah yang tidak seberapa daripada aku itu.

Pak Mat seorang yang garang pada wajahnya. Misainya ala-ala Sarjan Hashim dalam gerak khas membuatkan anak-anak saudara yang lain tidak rapat dengan dia. Tetapi tidak aku. Kadang-kadang kami ada juga berbual-bual biasa dan mesra di perkarangan rumahnya. Orang lain jadi hairan melihat aku tak takut dengan dia. Lalu, orang (saudara-mara) kata aku anak saudara manja dia. Aku hairan, mengapa mereka takut. Pada aku Pak Mat tidaklah garang pun. Mungkin sebab wajahnya yang ala2 tentera itu buat mereka gerun.

Hmm, tiba2 sedih. Segala kenangan bersamanya buat aku jadi haru dan pilu.

Untuk insan-insan yang kita sayang, setiap kali malam Jumaat atas izin-Nya aku diberi ruang untuk mengisi waktu selepas solat Magrib dengan membaca dan menyedekahkan surah Yassin kepada mereka. Mereka yang amat aku sayang.

Kata Mak, "mungkin sebab itu Pak Mat datang dalam mimpi along dengan wajah yang ceria dan tersenyum."

"Segalanya ikhlas aku lakukan. Aku berdoa sentiasa agar roh mereka yang telah tiada sentiasa di cucuri rahmat. Semoga usaha aku yang masih hidup ini diterima Allah, dengan ikhlas hati dan suci jiwa. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang dan ruang untuk mengingati mereka dengan cara yang dibekalkan oleh guru-guru agama, asuhan ibu dan bapa dan nasihat positif para sahabat dan saudara-mara. Atas izin-Mu jua segala ini aku laksanakan. Amin."

catatanku, HannaJohan.

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages