berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, July 3, 2011

Walau Hanya Dalam Mimpi

"Wajahnya cerah berseri. Tetapi tubuhnya nampak kurus, dan nampak amat muda. Yang tidak hilang ialah misai lebatnya. Segala itu, hanya wajah dan susuk tubuh yang aku nampak jelas dalam mimpi. Ya, hanya dalam mimpi belaka."

Arwah Pak Mat pergi beberapa tahun yang lalu. Masih aku ingat lagi, ketika di meja makan di rumahnya, masa itu ada aku, Pak Mat dan dua anak-anaknya. Kata Pak Mat, dia pernah tahu umur berapa dia akan meninggal dunia. Aku hanya diam dan mendengar. Pengalaman-pengalaman yang diceritakan banyak memberi aku semangat untuk teruskan hidup. Kami bukanlah daripada golongan yang terus senang dan kaya. Berbekalkan kecekalan dan usaha, inilah yang kami ada pada hari ini. Begitu juga dengan Pak Mat. Dahulu dia bekerja dengan pasir, jentolak dan macam2 lagi peralatan untuk bina rumah. (Kalau tak silaplah, sebab aku banyak lihat gambarnya bersama pasir dan bajak).

Pengalamannya bergaul dengan banyak orang membuatkan dia memiliki ilmu yang pelbagai juga. Ilmu tentang hidup dan mencari rezeki yang halal dengan cara yang halal. ALhamdulillah, hari ini anak2nya juga sudah berjaya.

Masih aku ingat lagi, masa-masa tua Pak Mat setelah bersara daripada bekerja...dia pernah menghantar aku ke sekolah. Bergilir-gilir dengan anak-anaknya yang 2 orang. Hanya naik motosikal, jadi 3 kali ulang aliklah dia ambil kami.

Masa hari lahirnya iaitu 10 hari bulan 10. Setelah aku sampai ke sekolah dengan selamat, turun saja aku dari motor terus aku salam dan berikan Pak Mat hadiah hari lahir itu. Dia terkejut sebab amalan ini tidak selalu kami adakan, hanya sesekali ketika cukup dan murah rezeki. Dia gembira menerima hadiah yang tidak seberapa daripada aku itu.

Pak Mat seorang yang garang pada wajahnya. Misainya ala-ala Sarjan Hashim dalam gerak khas membuatkan anak-anak saudara yang lain tidak rapat dengan dia. Tetapi tidak aku. Kadang-kadang kami ada juga berbual-bual biasa dan mesra di perkarangan rumahnya. Orang lain jadi hairan melihat aku tak takut dengan dia. Lalu, orang (saudara-mara) kata aku anak saudara manja dia. Aku hairan, mengapa mereka takut. Pada aku Pak Mat tidaklah garang pun. Mungkin sebab wajahnya yang ala2 tentera itu buat mereka gerun.

Hmm, tiba2 sedih. Segala kenangan bersamanya buat aku jadi haru dan pilu.

Untuk insan-insan yang kita sayang, setiap kali malam Jumaat atas izin-Nya aku diberi ruang untuk mengisi waktu selepas solat Magrib dengan membaca dan menyedekahkan surah Yassin kepada mereka. Mereka yang amat aku sayang.

Kata Mak, "mungkin sebab itu Pak Mat datang dalam mimpi along dengan wajah yang ceria dan tersenyum."

"Segalanya ikhlas aku lakukan. Aku berdoa sentiasa agar roh mereka yang telah tiada sentiasa di cucuri rahmat. Semoga usaha aku yang masih hidup ini diterima Allah, dengan ikhlas hati dan suci jiwa. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang dan ruang untuk mengingati mereka dengan cara yang dibekalkan oleh guru-guru agama, asuhan ibu dan bapa dan nasihat positif para sahabat dan saudara-mara. Atas izin-Mu jua segala ini aku laksanakan. Amin."

catatanku, HannaJohan.

No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages