berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, June 30, 2010

Tika ini hati hanna sedang keliru, sambil air mata tak segan mengalir...Alunan muzik menambah kesayuan hati. Oh! Kenapa?
Keliru tentang kisah cinta. hanna...dia dan cinta ini. Adakah kami akan bersatu? Adakah kami akan bersama? Selalu hanna berdoa, moga cinta ini bersandarkan pada agama pimpinan kami. Selalu hanna berdoa, agar cinta ini mekar bersama eratnya hubungan kami pada Maha Pencipta. Adakah kami akan dikurniakan rasa sekuat ini atas dugaan dan ilham percintaan?
Hati yang keliru, sukar dijernihkan pengertiannya...sering saja hanna bimbang jika ia hilang dari landasan yang diharapkan.

Ya Allah, jika benar hubungan ini akan terjalin, Kau berilah kami hidayah dan petunjuk agar kami-hambaMu yang lemah ini, sama-sama mengecap cinta hanya kerana-Mu Ya Allah. Amin.

Tuesday, June 29, 2010

Puisi Rotan Abah

Selamat Hari Bapa, Ayah...Sajak ini pernah hanna hantarkan ke media, mungkin bukan rezeki dan tidak tersiar di media itu. Apa pun atas permintaan seorang teman, hanna kisahkan puisi ini di sini...


Rotan Abah


Bangkit aku dari rebah,
gagahi lelah yang payah,
Peritnya membakar temulang,
calar birat parut,
meninggalkan kesan yang paling dalam.

Wajah bersalut duka,
mengerang derita,
luluh tangis ibu bergema,
rotan abah,
membelah jiwa,
mengalir darah luka.

Di balik jendela,
kulihat abah berwajah durja,
sebilah rotan teman setia,
menahan lara,
mengalir darah luka.

rotan abah,
bukan sengaja ada,
tidak mencipta kejam,
bukan merobek derita.

Rotan abah,
Penyatu jiwa,
agar aku tidak lupa,
asal usul dunia,
moga aku tidak alpa,
mengecap takwa.

Rotan abah,
menyusun cerita,
atas nama cinta,
Menuju jalan ke syurga.

karya hJ

Monday, June 21, 2010

Diari kecil

21 JUN 2010
(petang)

ouph!

***Migrain***

*Alhamdulillah, dah kunyah pil (tak pandai telan pil), sakit kepala dah kurang sikit.

hmph!

Diari kecil

Sedang hanna menulis entri kali ini, duduknya hanna di ruangan dapur. Hari ni lepas terdengar kekecohan di subuh hari, hanna terus bangun dan tak jadi mahu lena semula (Nanti kena pelangkung dengan puan rumah) hehe...(tak elok tidur selepas subuh, kan)

Semalam, hanna tak ke blog pun. Semalam, perasaan sedikit bahang. Nak marah je. Kenapa entah.

......................LARI KE BILIK, LAPTOP DAH NAK HABIS BATERI, SEDANG SAMBUNG PENGECAS...TET......

bernafas semula.

Tentang semalam, moga hari ini lebih baik dari semalam.

21 Jun 2010
(pagi)
Pagi tadi agak sadis. Seorang anak sedang melawan ibunya. Kasihan Mia. hanna hanya mampu mendengar. Kalaulah hanna ni lelaki dan punya kudrat melawan kebiadaban anak Mia, dah lama hanna lepuk-lepuk dia. Tapi, apa yang mampu...hanna kuatkan hati, hanna bantu menguatkan doa Mia yang dipohon selalu agar anak itu kembali taat kepada Mia dan abahnya. Amin.

Lepas solat subuh, hanna terus capai al-Quran. Alunkan ayat satu muka surat. Moga bacaannya menyerap seikhlas alunan bacaan. Moga hari ini, perasaan hanna terkawal...tidak mudah marah dan sentiasa bersabar. Dengan kitab suci, ayat-ayatnya mampu menangani rasa marah yang kuat. betul tak? :)

Alhamdulillah.

Sebelum puan rumah jerit suruh hanna masuk dapur, baik hanna gerak ke dapur dulu. Sekurang-kurangnya tunjuk muka, kalau puan rumah dah jerit, tak ke malu terdengar dek orang-orang sebelah rumah. hehe...Kita tunggu hal yang bakal berlaku petang nanti. Moga segalanya baik-baik saja.


Saturday, June 19, 2010

Nikmat...Alhamdulillah

Sedang hanna menulis kisah ini, lagu yang sedang berputar ialah Renungan Terakhir nyanyian Nora. Lagu kegemaran hanna. :)

Hari ini saja, hanna minum dua kali nescafe. Tiba-tiba jadi gian. Nescafe ais selain daripada milo ais adalah minuman kegemaran hanna. Wah! masih terasa-rasa nyamanya hirupan di tekak ni. hehe...hari ini juga, bangkit dari lena usai mengemas rumah, hanna terus buka laptop. Ilham menulis kerap mengetuk-ngetuk minda. Alhamdulillah, dapat tulis 10 bab sinopsis untuk skrip drama radio. InsyaAllah, walaupun hanya sinopsis namun hanna bersyukur sebab dengan sinopsis bab-bab, karya tidak akan lewah dan meleret-leret.

Alhamdulillah, hari ini juga hanna dapat tahu kakak angkat hanna sudah sembuh dari sakitnya. Moga dia terus sembuh. Amin.

Syukur, semalam kakak angkat hanna di Johor sms dan katanya dia lahirkan bayi lelaki...kami berhubungan semula setelah lama menyepi. Wah, hanna dapat anak saudara lagi. :)

erm, syukur juga hari ini seorang teman yang hanna rindu kembali menegur di gerbang maya. Dia sibuk rupanya, ingatkan dia sakit atau tak sihat (eh, bukan sama ke definisinya??) hehe...entahlah, dengan teman ini, hanna akan jadi gila2 bila berbual di maya...tiba2 saja. Apa pun, moga hubungan perkenalan ini berkekalan. Amin.

hari ini juga hanna dapat berita bahawa sepupu hanna dapat tawaran ke UIAM dalam bidang Sains Politik. Tahniah kepada Zeeqa Ajie (nama dia kat fb) :)

Alhamdulillah, sahabat sekolah hanna sms tadi malam...dia sudi ajar hanna main gitar. Yeh, sangat teruja. lepas ni, dengan izin Allah, hanna boleh la baca puisi sambil petik gitar. Teruja sangat. hanna pun suka cipta lagu dan lirik sendiri, untuk suka-suka boleh buat lagu sendiri kan. :) Terima kasih kepada Puad.

Petang tadi, teman di maya memuji blog hanna selepas dibaca...katanya, "bagaikan memandang ufuk di kala senja, sangat cantik dan penuh bermakna." Terima kasih kepada saudara Hasbullah Daud. Peminat lagu Chalte Chalte ini, seorang penulis juga. Paling seronoknya apabila dia juga suka lagu2 hindi. Apa lagi, hanna pun masuk sama. Kami memang peminat filem dan lagu2 hindi. hai na!? :)

Terbaru ini, Tuan Basrial Aidil (teman fb) turut senang dengan tulisan dalam blog ini. Katanya, boleh dikumpul menjadi sebuah buku. hmm, boleh kah? Banyak juga nasihat tentang ilmu dan penulisan dititipkan. Terima kasih Tuan Basrial, iya...insyaAllah andai ada peluang dan ruang, akan ada terbitannya. :)

Alhamdulillah, moga segala bahagia dan pujian ini tidak melalaikan hanna kepada-NYA. hanna bersyukur kepada Allah, moga rahmat-NYA sentiasa bersama. Amin.

Friday, June 18, 2010

Mahu Peluh!

dua hari lepas, hanna dibebelkan oleh Abang Ngah sebab tekanan darah hanna rendah. bla bla bla...kena bebel. Tahan aje lah. :( bahaya kan darah rendah ni, boleh pengsan bila2 masa. Abang Ngah pesan, berpeluh! makan garam sikit!

Baik! (tunduk dan buat muka)...


akhirnya, semalam hanna dan Mia pulang ke kampung. Berkebunlah. hehe... hasilnya, banyak juga peluh yang keluar. Peluh yang keluar ni maksudnya, ada pergerakan aktif. Bukan duduk kat rumah je...Kira-kira berkebun ni macam bersenam la juga kan.

hasilnya, beberapa keping gambar sempat hanna rakam... BUKTI berkebun. :)
tapi, gambar hanna tiada sebab hanna jurufotonya. yeh! saksikanlah aksi watak baru dalam hidup hanna. Namanya Mohd Iman Faiq Shazarul, anak kepada sepupu hanna.


Pandai dia posing,



Selepas puas menyapu, cabut rumput dan membakarnya... Kami berhenti rehat dengan memetik buah rambutan yang beberapanya sedang masak ranum. Wah! Seronokkan, punya tanah halaman yang ditanam pohon buah-buahan. :)

Kemudian, petang itu hanna bawa Iman ke taman permainan. Kami berdua sahaja. Rasa macam ibu muda pula. hehe...apa salahnya berangan kan? Angan-angan mencipta impian. BUkan angan-angan kosong tau! hehe :)



Thursday, June 17, 2010

Jatuh kasih

Hari ini hanna nak kisahkan tentang seorang gadis (yelah, yang itu yang dekat dengan diri)...Gadis ni dulu pernah jatuh kasih dan pernah juga putus kasih. Kasihan. Tapi itulah namanya kasih, kalau tak putus dan tak jatuh tak sah. Semua itu pengalaman dan pengajaran. Mengenal pasangan bukan mudah. Mengenal hati pun tak senang. Semuanya perlukan ketelitian. hmm...

Kerana dia pernah merasakan jatuh dan putus, maka dia bertapis-tapis untuk jatuh kasih lagi. Suatu hari gadis rasakan dia seperti mahu membuka hati untuk kasih. Lalu dia mencari, bertanya dan mencari. Usaha. Jangan tunggu je. hehe...

pertama sekali gadis itu masuk laman sembang YM, saja2 untuk cari kenalan. Memang sukar nak percaya insan2 di dalamnya, tapi apa salahnya mencuba...Ramai juga lelaki2 yg menegur spt hii, hello dan salam.

beberapa lama selepas itu, ada yang menyatakan mahu merisik (mengurat)...terima atas dasar mahu kenal lebih rapat, tak semestinya terima itu untuk terus Jatuh Kasih. Tapi...

Masuk kisah kedua pula, beria-ia mahu si gadis jadi teman perempuan dia...katanya teman istimewa lah kan. Terima kerana mahu kenal lebih rapat, tak semestinya untuk terus Jatuh kasih...Tapi,

yang pertama tadi senyap menyepi, yang kedua pula seperti mahu tapi macam senyap juga. Kenapa ea? peliklah...

pesan hanna kepada si gadis yang hanna petik dari pesan seorang kakak... "Jangan mencari, nanti dia lari...biar je, nanti dia datang sendiri."

hanna: Boleh ke macam tu? hmm.... hanna pun nak guna pakai jugalah pesan seorang kakak itu. Moga jatuh kasih dengan insan yang benar2 mahu memiliki kerana kuat kasihnya kepada Maha Pencipta. Nanti, sama-sama kita ke syurga ya. :)

Wednesday, June 16, 2010

Mahu Projek

Beberapa minggu sebelum ke PERMATApintar, Dr.Mawar Shafie menghantar sms kepada hanna. SMS itu buat hanna teruja, tawaran ke Bogor wakil Malaysia-MASTERA dalam bidang Drama. Syarat-syaratnya mestilah menghasilkan skrip drama pentas sepanjang 20 halaman.

Keterujaan disambut dengan ucap Syukur kepada-Nya, Alhamdulillah. Keputusan dibuat, dan hanna menolak. Oups, bukan tolak tuah tau...ada sebabnya:

1.
Kak Jas (Siti Jasmina Ibrahim), beri pandangan bahawa hanna tiada pangalaman menulis skrip, dan untuk menulis dalam masa yang singkat, bimbang kualitinya tidak seberapa baik. Di sana nanti, ikut pengalamannya...karya-karya akan diperdebatkan. Masalah kepada hanna kerana bidang drama tidak ditekankan dalam pembelajaran semasa di UKM. Asasnya juga sangat rendah.

2. Tuan Farmilla Hamdi (Jaafar Hamdan), menyatakan...menolak tidak bermakna melepaskan. InsyaAllah, rezeki akan datang lagi...Peluang ini mungkin dapat diberi kepada yang layak. Teruskan usaha dalam masa sekarang.

3. Ibu dan ayah juga berpendapat yang sama. Selalu berusaha dan mantapkan lagi penulisan dan pengetahuan, lain kali akan ada peluang, insyaAllah. Selalulah berdoa. Masa itu nanti, pastikan pengetahuan sudah mantap untuk menggapai peluang.

4. Kata hati. Berat kepada tidak. Maka, setelah disimpulkan, hanna menolak secara baik dan bersebab.

Alhamdulillah, terima kasih kepada Dr.Mawar yang menawarkan peluang sebaik itu.

Dalam tempoh tamat kuliah di UKM hingga kini, banyak juga hanna menulis dan menghantarkannya ke media dengan harapan akan tersiar. Nampaknya masih belum ada rezeki. Beberapa puisi hanna telah dihantar ke sebuah media cetak atas permintaan, namun hanna masih menanti adakah masih punya rezeki di sana. Positif. Pesan Dr.Mawar, terus menulis dan menulis.

17 Mei 2010, hanna diundang ke SMK Kamarul Ariffin untuk meraikan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sekolah menengah lama hanna, menjadi sejarah bahagia apabila Cikgu Sakinah memasang (pin) bunga kecil di sisi baju kurung hijau hanna. Sambil Cikgu Sakinah berbisik, "Bumi berputar, dulu awak pinkan bunga ni pada cikgu, sekarang cikgu pin pada awak pula." Terharu amat. Terima kasih Allah, atas kurniaan nikmat ini. Kenangan manis berlangsung lagi, ada antara PIBG yang menggelar hanna Novelis. Wah, masih belum sampai ke tahap itu. Apa pun itu 1 doa kan. Amin. Bertemu cikgu-cikgu yang banyak berjasa, membuatkan hanna tersenyum di dalam hati. Bangga dengan jasa dan pengorbanan cikgu yang banyak mengajar dan membentuk hingga hanna menjadi manusia. Terima kasih kepada Teacher Vasugi, yang mengundang dan melayan hanna sebaiknya sewaktu hari persembahan. Puisi yang hanna sampaikan ialah Kuasa Cinta. Tepukan gemuruh pelajar-pelajar masih kedengaran hingga kini. Kenangan manis di awal tempoh tamat kuliah.

Di PERMATApintar, hanna dikurnia beberapa ilham menulis puisi...Syukur, sebab bidang Penulisan dan Imaginasi yang akan hanna ajarkan kepada anak-anak pintar nanti mengerah supaya hanna mesti kuat imaginasinya. hehe... Melalui mind set begitu, maka lahirlah Kepulan Awan, Kelip-kelip di Hujung Kerudung, Di Sebalik, Terakhir dan Kerana Aku Tidak Menginginkannya. Alhamdulillah, masih tiada karat-karat melekat dalam otak lagi. hehe...

Tentang Mahu Projek, hanna sering mengasak diri supaya menulis terus menulis... novel masih dalam pembikinan. Tapi, (kenapa ada tapi???) sebab...ada batu BESAR menghalang supaya hanna menulis. Apa? KEYAKINAN. Perlukan tahap YAKIN yang tinggi. Bukanlah tinggi melambung, tapi sekadar penguat semangat. OKEY, hanna! YAKIN!!!

:: Petang nanti dah rancang nak jumpa dengan Kak Simmi, Kak Archu dan Kak Neetu... Eh, lupa. Kak Neetu tak dapat datang. Tak mengapa, kami bertiga pun dah ok... berhenti hingga di sini. go go hanna! yeh!


3 kali dilanggar dalam 1 hari...Auch!

Seronok dapat kenal dengan Kak Simmi dan Kak Archu hari ini. Melihat keletah mereka, hanna jadi terhibur dan gembira. Mereka kakak yang tabah. Hmm, tak lupa juga pada Kak Neetu. Kak Simmi yang paling tua (matang dalam bahasa halusnya) hehe... Kak Archu dan Kak Neetu adalah kakak muda.

Kak Neetu ialah adik kepada Kak Simmi, mereka kadang kala tidak sebulu. hanna selalu lihat, Kak Simmi akan mengalah. Kak Simmi memang kakak yang baik. Kak Neetu pun baik juga, cuma adakalanya dia degil sikit. Wah, hanna...tak takut ke? tiba2 kak Neetu baca entri ini, hanna cakap dia degil ya...hiihi... (minta ampun awal2). :)

Kenapa tiba-tiba hanna cerita tentang mereka? Sebab, pertemuan kali pertama secara mesra hari ini bawa mood hanna untuk bercerita. Pertamanya hanna ucapkan ribuan kasih dan salam perkenalan kepada kakak bertiga,

Kak Simmi
Kak Archu
Kak Neetu

Perkenalan: (Kak SImmi)

Lokasi pertemuan di luar klinik Raj, hanna terlanggar Kak Simmi. Oups, nasib baik tak jatuh. Kak Simmi sempat memaut hanna, kalau tak, pasti hanna dah tergolek dalam longkang. Oh, tidak! Alhamdulillah selamat.

"Adik ok? Maaf, kakak tak sengaja." berkerut juga hanna menahan siku yang hampir terseliuh. Sambut tangan Kak Simmi yang kejap, terasa sedikit sakit. Sedikit sahaja.

"Err...saya ok. Sikit je sakit ni."

"Sakit? emmm!" Pantas tubuh hanna ditarik ke tepi lorong jalan kaki. Sempat hanna menolak tika Kak Simmi cuba membawa hanna ke dalam klinik.

"Tak, tak mengapa kak. Sikit saja." Bersungguh hanna menolak permintaannya untuk hanna dirawat doktor. Akhirnya Kak Simmi akur. Di sebelah Kak Simmi ada lelaki yang sejak tadi cuba membantu kami.

"Saya Simmi, panggil saja Kak Simmi. Di sebelah ini suami kakak, Abhi." Wah, manis betul senyuman Kak Simmi. Kami bersalaman, dan mengucap salam kenalan. Pada Abang Abhi, hanna hanya menghulur senyum.

Tiba-tiba keluar seorang gadis mirip wajah Kak Simmi dari dalam klinik, merempuh hanna yang mungkin menghalang laluan keluar masuk pintu klinik. Aduh! Terjelepuk betul-betul di kaki lima. Kali ini, hanna tak lagi disambut sesiapa. Kerana berlaku pantas sekali. Kak Simmi dan Abang Abhi turut merasa terkejut. Suasana mula cemas, sebab jeritan hanna begitu nyaring menahan sakit...(bila diimbas semula laungan itu, terasa malu pula. Semua orang yang ada di sekitar memandang tak jemu).

hmm, terpaksa jugalah hanna dibawa ke dalam klinik. Terima rawatan doktor Raj. (hensem) hehe...Selesai semua, hanna dipapah keluar oleh Kak Simmi. Waktu itu, seperti hanna di kelilingi keluarga dari famili hindi pula. Ya, mereka asalnya memang famili hindi. Hanya hanna yang asal Melayu. Oh, hanna banyak diam ketika itu.

Perkenalan: (Kak Neetu)

Melihat wajah masam seorang kakak di sebelah Kak Simmi, memerhati riak dan tingkahnya. Ada sedikit keanehan. Kenapa kakak itu macam marah-marah saja?

Kak Simmi tika ini dah heret hanna ke kedai makan selang dua baris dari klinik. hanna macam robot, ikut saja. Katanya dia mahu membalas segala kekesalan yang berlaku pada hanna hari ini. hmm, macam mana nak makan...tangan kanan dah berbalut. Minum je lah.

Kak Simmi memang baik, dia yang tolong hanna untuk minum. Gelas dipegang, dan straw dihulur lembut ke dalam mulut. Aduh, manjanya hanna. Padahal baru kenal beberapa minit. Sesekali mereka berbisik dalam bahasa ibunda. hanna senyum tanda selesa. faham? emm, boleh la sikit2...

Kak Simmi kenalkan hanna dengan Kak Neetu, dan Kak Neetu yang tadinya garang semacam tiba-tiba berubah riak lembut sopan memohon maaf. "Wah, cantiknya wajah Kak Neetu bila tersenyum dan ketawa." Puji saya tiba-tiba. Kak Neetu terus tergelak dengan aksi Abang Abhi yang suka bergurau.

Setelah disoal siasat oleh Kak Simmi, baru hanna tahu...Kak Neetu naik angin sebab suaminya tidak datang teman untuk buat pemeriksaan bayi dalam kandungan Kak Neetu. Oh, kak Neetu sedang hamil.

Perkenalan: (Kak Archu)

Tiba-tiba perut meragam. Minta dibuang yang penuh. Kak Simmi membantu hanna ke tandas, "Terima kasih Kak Simmi, takpe hanna boleh uruskan diri di dalam. Kak Simmi pergilah duduk dengan mereka."

"Betul hanna boleh buat sendiri?"

"Ya!" semangat menyatakan ya. hehe...malu lah nak bagi kak Simmi masuk. Alhamdulillah, tangan kiri berfungsi baik.

Usai melunas hajat, sekali lagi...hanna dilanggar seoarang kakak..Ah, sakitnya tak terperi....

"Adik, mmmmaaf...Ya Tuhan, darah!"

Berdarah sudah siku hanna yang tadi berbalut kemas. Pasti lukanya pecah. Aduh! hanna dah tak dapat menahan tangis. Memang air mata berjuraian banyak. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu, betapa sakitnya.

Sekali lagi, hanna dihantar ke klinik Raj...Kali ini, hanna dah tak kisah ke'hensem'an Dr.Raj, biarlah...nak meraung kesakitan. wawawawa!!! (malunya!)

Selesai. Darah dah dihentikan. Tiba-tiba kakak yang melanggar hanna tadi datang dan duduk di hadapan hanna. Di luar klinik, keadaan sedikit lengang. Mungkin mereka lari sebab dengar jeritan hanna yang melampau. Oh, kakak itu...hampir terlupa. Kakak itu datang duduk di hadapan hanna, lalu mengesat air mata di pipi. Wah, macam dalam drama je. Kemudian dia pegang tangan hanna, "Adik, kakak minta maaf...Kakak tak sengaja tadi. Maafkan kakak, ya." Alahai, lembutnya suara dia. Cair hati hanna. Anggukan hanna menandakan hanna sudah maafkan. Lagipun, dia tidak sengaja.

Oh, namanya Kak Archu. Begitu dia memperkenalkan diri. Tika Kak Archu, Kak Simmi dan Kak Neetu berbual-bual dalam bahasa ibunda, hanna sempat mengelamun, belon2 imaginasi pun muncul..blub blub blub:

Tiga-tiga ketawa riang,
sama cantik sama padan,
angguk geleng jadi tumpuan,
mesra ikatan budi terkenang.

Tiba-tiba siku hanna disenggol, "Auch!!!"

Serentak mereka ketawa, rupanya Abang Abhi perasan hanna mengelamun. hmm, tertiup sudah belon2 imaginasi. FUHHH!!! Terasa sangat sakit dan malu. Untuk cover malu, hanna pun tumpang ketawa....hihihi

Tuesday, June 15, 2010

Kelar Sukma Bisu

Mata bundar itu bertambah kuyu. Bayang-bayang hitam jelas dibasahi manik-manik. Memancar luka yang dalam. Ah, hatinya. Terguris lagi. Sepinya dihantui kata-kata nista. Diamnya dilagak segala ungkitan. Menangis lagi dia menahan pendam. Umi dan Abi merenung anak gadis kesayangan. Doa dipanjat, agar Allah mempermudahkan segala urusan.

"Kita orang susah, beginilah selalu ditindas orang berada. Tapi, kita masih ada Allah. Allah tempat kita berpayung. Allah tidak membezakan kedudukan hamba-Nya. Yang membezakan kita hanya takwa. Moga takwa kita kepada Allah, masih kekal walau dicuba segala duga. Ya." Tenang wajah Abi, mengelus anak manja di pangkuan.

"Abi, kenapa?"

"Rakha, menangislah sayang. Biar lega, biar hilang sedikit seksa hatimu. Sesungguhnya, Allah menurunkan dugaan ini kepadamu atas daya mampumu bertahan dunia yang penuh cabaran." Senyum Umi menyekat pilu yang banyak. Mengukir tenang kembali.

Kelar Sukma Bisu

Rakha kembali ke kamar, merelakan diri melerai tangis dan sendu. Bangkit kembali. Wajah tenang Abi dan Umi, sentiasa menguatkan diri agar terus tabah dan sabar.

Kotak biru yang dibelinya petang tadi, diambil dari dalam bungkusan. Beberapa barang pemberian diisi dan disusun rapi. Walau masih ada tinggalan kenangan sayang, namun jika ungkitan menjadi dasar tuduhan ketidakpercayaan, maka lebih baik ia disimpan rapi. Biarlah kenangan berlalu bersama manis duka. Rakha akur, dia bukan golongan yang senang. Rakha mengimpikan kebahagiaan daripada keikhlasan. Bukan material yang dijanjikan. Hadiah yang dihulur, bukan diminta Rakha. Apalah daya, menolak pemberian yang disayang jika Rakha tahu dia ikhlas. Namun, sekarang...apalah nasibnya, ungkitan menjadi-jadi.

Biarlah kejap segala barang-barang pemberiannya disimpan rapi. Tidak sampai hati mahu digunapakai. Hanya Rakha memohon dalam hati kecilnya, agar makan dan minum serta ilmu yang pernah dikongsi ada tersisip rasa ikhlas di situ.

Kotak biru ditutup, ada tangis bersendu. Mengenang yang disayang, begini akhirnya membuang. Mengenang segala nista disenda.

Terima kasih atas segalanya.

Kelar Sukma Bisu,
Diam bertamu rindu.

Hanyut dilamun pilu,
Redam menahan kelu.

Bercinta dalam selimut

15 Jun 2010

Sedang hanna cuba menulis untuk kisah 15 Jun, terpasang secara rawak lagu Jiye to Jiye, Oh! Terkesan pada suara lunak penyanyinya yang pernah didendangkan oleh Salman Khan secara langsung...Tiba-tiba lagu ini menjadi lagu kegemaran hanna. :)

Beberapa kegembiraan terjalin hari ini;

1. Insan yang dinanti berkunjung ke blog, muncul dan menitip pesan. Alhamdulillah. Terima kasih kerana menceriakan hari hanna. Terima kasih membimbitkan senyum ini. hmm, siapa? adalah... hehe

2. Sengaja masuk laman sembang YM negeri Penang, mengenali beberapa teman dari ruang itu. Moga persahabatan terjalin atas kerana Allah. Moga sentiasa dilindung dalam rahmant-NYA. Amin.

3. Dapat rasa masakan asam pedas ibu dengan nikmatnya kerana lidah dah baik daripada lecuran kuah tom yam yang panas. Alhamdulillah.

4. Main pedang-pedang dengan Iman FaiQ, seronok melatih diri menyayangi anak-anak kecil. hanna sayang Iman.

5. Jika ada jodoh antara kami, moga Allah memberkatinya hingga ke akhir hayat dan digolongkan dalam lingkungan yang diredhai. Amin.

Selain itu (formalnya), ada juga kisah duka...erm, bukan duka cuma mungkin lebih kepada cuai. Cuai menanggani amarah, ada sedikit dengusan dalam arahan yang diminta ibu. hanna, lain kali jangan buat lagi ye! hanna sayang ibu.

sekarang jam 1255 AM, esok seperti biasa...menunggang ke pasar, bawa ibu cari lauk. Makanya, kenalah tidur awal ya...hmm, tapi masih belum mengantuk. Coretkan sedikit puisi di sini:

S~ Selembut sutera pangkuan dinda
N~ Nian asyik dilamun angan cinta
E~ Entahkan ada entahkan tiada
H~ Hembusan bayu harum
A~ Asyik dilambung rindu kasih

:: ~Puisi Bercinta Dalam Selimut.

corat-coret hannaJohan, :)

Monday, June 14, 2010

Potret Terimbas


Cikgu-cikgu Penulisan dan Imaginasi... gumbira sediakan modul pembelajaran, yeh!
Lokasi dan bentuk kelas idaman cikgu! hehe...
Cikgu Adi dan Cikgu hanna... :) Khusyuk dengar taklimat!

Cikgu-cikgu Green Technology sibuk membentangkan kelas idaman mereka, semangat!

kediaman PERMATApintar, UKM di Kolej Zaaba~ tenang hijau


Sunday, June 13, 2010

Jauh-Jauh

11.41 malam, tika ini hanna sedang mendengar lagu Jauh-jauh nyanyian Sean Ghazi...dan mulut pun ikut menyanyi. Dalam gelap, hanya bersuluhkan cahaya skrin laptop...hanna menaip selancar yang boleh. Kenapa Jauh-jauh menjadi pilihan teman untuk menghasilkan penulisan?

hanna memang gemar lagu2 begini, perlahan dan iringan muzik sayup mendayu...tambah lagi dengan lirik yang membawa erti mendalam bagi setiap yang mendengar. hanna hidangkan di sini liriknya;

Jauh-jauh
nun di sebalik gunung yang hijau
pasir putih menantikan laut biru
ombaknya berderai
sayup-sayup
kedengaran
bayu yang meniup
membawa beritaku padanya

Sungguh sayu
bila kukenang peristiwa
jauh-jauh
tinggal segala kenangan
hilang ditelan ombak
yang memanggilnya
kini kusorang
tinggal mengenang
yang jauh.

Ringkas, namun menusuk...hanna sering melatih diri menulis puisi seperti ini. walau ringkas namun cukup membawa hati mengenang dan mendalami makna... Ah, bisakah hanna? InsyaAllah berkat usaha pasti hanna juga dapat mencipta puisi sebaik mungkin. Amin.

PERMATApintar sepanjang 8 hari (3)

7 Jun- 12 Jun

Suatu malam dalam angka ini, hanna diundang untuk makan bersama Abang Zul... Sebenarnya bukan dalam angka hari bulan di atas, tapi 1 hari sebelum. Dah lama tak bersua, kami makan bersama dan berbual panjang. Gelak tawa diisi sekali sekala dengan kisah cabaran dugaan yang kami hadapi.. Masing-masing antara kami bertukar-tukar cerita. Sempat juga hanna sampaikan salam ibu padanya.

Seterusnya, masuk hari bulan 1 selepas 1 hari sebelum (saja nak buat pening2 memikirkan tarikh sebenar) hehe... Mulakan aktiviti pagi dengan sarapan, aktiviti mendengar dan bertukar pandang di dalam kelas, minum pagi, seminar bersambung, makan tengah hari, rehat, sambung seminar dan makan petang seterusnya tidur.

Sepanjang seminggu berada di kursus Pp ini, itulah aktiviti wajib hanna hadiri. Selain daripada pengisian jiwa yang lain, hanna sentiasa mengambil iktibar pengalaman orang lain sebagai penguat semangat diri untuk terus menjalani hidup. Wah, kenapa tiba-tiba ayat macam pelik bunyinya! Erm....

Sebenarnya, hanna tak pandai nak huraikan kisah2 dalam kursus ini (bukan tak pandai, tapi malas...hehe...). Seronok lagi kalau cerita pasal kehidupan dan apa-apa yang menggembirakan. Di samping mengingati bahawa yang duka tak pernah hilang bagi menyeimbangkan kehidupan. Wah!

11 Jun 2010, hanna tidur bersama Alia, tak sangka malam tu Alia diganggu makhluk halus. Hmm, Alhamdulillah, selama hanna tidur di bilik F1103, hanna dilindung daripada terkena perkara itu. Kisahnya:


pagi-pagi lagi bila hanna bangun dari tidur, hanna lihat katil kami yang malamnya terpisah
bercantum dua. Dah jadi seperti katil kelamin. Wah! kami tak buat apa-apa yang salah k... hehe
hanna pun tanya apakah yang berlaku hingga katil kami bersatu. Perbualannya:

hanna: Alya, apa dah jadi?

Alya: erm, nanti r kita cerita masa kat cafe.

hanna: ok. (debaran ketakutan melanda dan mengiyakan saja cadangan Alya)

Di cafe. ketika hanna, Adi dan Abang Miji sedang bersarapan...hanna paksa Alya berkisahkan status kejadian malam semalam.

Alya: Semalam tidur lewat dalam pukul 2 pagi. Pukul 3.03 pagi, orang rasa kena hempap. Badan kebas2, tak boleh gerak. Pastu laungkan azan dan baca ayat Kursi. Kuat2!

hanna: Eh, tak dengar pun?

Alya: hanna tu tidur mati. Orang bangun, ingatkan mimpi rupa-rupanya betul. Lepas tu tidur semula. Pasang zikir kat henpon. Pastu orang dengar ada ketukan kat meja tulis. Banyak kali dan kuat. Orang kejut hanna. Cantum katil. Tidur mengereng. Pandang hanna. Sentuh kaki dia, tapi dia tarik, pegang tangan dia,dia tarik juga...Pastu hanna paling pandang dinding. Orang suruh dia pandang orang semula. Barulah hanna ikut arahan. Lega sikit. Tapi rasanya, masa baring tu macam ada benda je kat belakang.

hanna: Seramnya! Syukurlah hanna selamat sepanjang berada di sana. hmm, sorry Alya, memang tak sedar masa Alya panggil tu. Mamai je rasa.

Begitulah kisah di hujung perjalanan kursus Pp hanna di Kolej Zaaba, UKM. Kisah-kisah lain akan hanna ceritakan di entri lain, sebab dah panjang sangat ni. Ada sebab mengapa hanna coretkan beberapa kisah di blog berdasarkan kisah benar di sini. Itu pun nanti hanna masukkan dalam entri di lain pos ya. :)

Saturday, June 12, 2010

PERMATApintar sepanjang 8 hari (2)

6 Jun 2010

Jam 8 pagi, hanna dan Adi sama-sama bergerak ke cafe, menjamu makan pagi. Berbual-bual dan bercerita. Sesekali berbisik gembira, sesekali ada ketawa duka. Mungkin tak perlu diceritakan di sini, kerana ada kontra yang lebih daripada pro. hmm... Kami teruskan ke kelas untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti pagi ini, aktiviti gantian semalam iaitu sesi pengenalan diri. Pelbagai aktiviti dijalankan. Ada satu perkara yang menarik untuk diceritakan:

kami diberi tugas untuk membuat trademark atau bunyi lambang bagi kumpulan sendiri.
Masa yang diberikan hanya beberapa minit sahaja. Kumpulan hanna iaitu Penulisan dan Imaginasi
ligat memikirkan apakah yang perlu dilakukan. Masa pun tamat, sehingga kumpulan2 lain membuat
persembahan mereka, kami masih kosong idea.

Tiba-tiba, hanna memberikan pandangan! Bernas...? erm,,,bolehlah, sebab akhirnya pandangan
hanna digunapakai di saat-saat akhir. Hanna menulis sajak, kak hani, Adi dan Ali menulis pantun, Faizal dan Zulaikha pula melantunkan pantun yang ditulis Adi. Teruja. Saat kumpulan kami ke hadapan untuk
membuatkan persembahan. Kalau kumpulan lain menyatakan idea seperti "go go go" dll, kami pula bersiap sedia
mempersembahkan sesuatu yang luar biasa. Entah apa-apa pada awalnya kami merancang, -pantun-pantun-sajak-pantun.

Tiba-tiba...

Satu tepukan gemuruh kedengaran. Wah! sambutan pukauan menjadi. Hilang segala gemuruh hanna, dan mungkin
ahli kumpulan yang lain juga. :) kami tersenyum sambil kerap menggeleng-geleng kepala, kerana
hikmah kreatif dan imaginasi masih ada pada kami. Alhamdulillah. Dalam tepukan itu kedengaran suara Dr.Hamidah mengucapkan bahawa "ini betul-betul kreatif ni, dalam masa yang singkat, dapat cipta karya yang hebat."
Hebat! Wah! Pujian diambil sebagai penguat semangat. Tidak sekali lagak dan sombong disematkan. Tidak.

Pada ketika lain, waktu minum pagi seorang pensyarah dan hanna gelarkan sebagai Kak Suhaila atau Kak Ila datang minum semeja dengan kumpulan kami. Katanya, "Korang tadi yang bersajak tu kan?" hanna tersenyum dalam hati. Ada suntikan rasa bahagia kerana persembahan kami diingati. Katanya lagi, "Biasanya, yang lain daripada yang lain itulah yang diingati."

Kak Hani masih menunjuk kepada hanna dan Adi, kerana kami yang agak bersemangat mencipta madah untuk dipersembahkan, hanna dan Adi hanya tersenyum. Masih dalam sesi perkenalan dengan semua peserta Pp, mungkin masih malu untuk berkata-kata. hehe... "Cepat ea korang cipta, kalau akak berkurun pun tak tau la ada ke tak." Begitulah ungkapan Kak Ila.

Pandangan hanna, mungkin Kak Ila sukar mencipta madah2 begitu, tapi kalau bab kepakaran yang dimiliki iaitu beliau terlibat dalam bidang Green Technology, pantas saja menyusun rumus dan kerjanya. Begitu juga dengan kami, dah bidang kepakaran (pakar ke??) menulis dan berkarya, itu yang cepat saja menulisnya. :)

Apa pun, hari kedua berjalan lancar.... dan kepenatan seperti biasa, lalu tidur dengan lena...





PERMATApintar sepanjang 8 hari (1)

5 Jun 2010

Pagi-pagi lagi hanna bergegas ke rumah Mak Nah. Ayah hantarkan ke stesyen bas Segamat. Perjalanan pertama ke rumah Mak Nah untuk ambil Yui (sepupu hanna). Dari Segamat kami berdua naik bas ke KL, kemudian YUI dan suaminya hantar hanna ke UKM. Sedih sangat masa nak berpisah dengan YUI. Dulu2 masa kami kanak-kanak, hanna suka buli YUI. Bila dengar kembali kisah Mak Nah (ibu YUI), hanna tergelak-gelak...tak sangka, dulu hanna adalah pembuli. Tapi sekarang, terbalik pula...hanna yang sering dibuli adik-adik... huhu

Tiba awal di Kolej Zaaba dalam jam 12.30 tengah hari...sedangkan waktu daftar adalah jam 3 petang. DUduk-duduk di cafe, dan IS teman sekelas datang menemani. Kami makan bersama, solat dan berbual-bual. Tiba jam 3 habis mendaftar dan bergambar, IS teman masuk bilik.

Bilik yang amat besar, rasa boleh main kejar-kejar...F 1103, itulah nama bilik. Tinggal seorang di malam hari, terfikir juga sebab hanna penakut. huhu... Kebetulan dapat teman sebilik yang rumahnya hanya di sekitar Selangor, jadi dia hanya datang berehat waktu tengah hari saja. Teman sebilik namanya Hana Marlin. Oh, nama kami sama. :)

Malam hari, IS datang. Wah, seronok bila berteman. Sebelum lena, imbas kembali aktiviti pertama PERMATApintar (Pp), jadual diganti dengan aktiviti pengenalan kepada taklimat falsafah Pp dll. Pandangan meliar melihat suasana Pp ini. Minda pula mula beraksi untuk mengamati apa-apa yang penting, mana tahu timbul ilham. :)

Pandangan pertama, melihat aksi peserta-peserta Pp. Pelbagai generasi akademik, ada pensyarah, pelajar ijazah sarjana muda, dan sarjana. hmm, tidak kurang juga yang terdiri daripada gelaran cikgu. Masing-masing punya pengalaman tersendiri. hanna pula? sedang mencari keberanian.

Di sini, ada juga terselit kisah duka...tapi biarlah, bila difikirkan akan menyakitkan hati. Moga hikmah kegembiraannya datang menggalas yang duka itu. OK.

dah malam, cukup dulu. dan lena, esok dah janji akan sarapan bersama dengan Adi. Menanti debaran pengalaman lain pula.

Kerana Aliahus

Tidak berkelip mata disentak
Bertiup kencang bayunya rancak
kerana pandang bertamu
wajah ayu memikat kalbu.

(11 Jun 2010)
PERMATA PINTAR, ukm 2010


Friday, June 11, 2010

Nikah

Rintik renyai yang dingin,
kita hampir-hampir memegang erat,
basah dan bertentang mata,
kita hampir-hampir berdakap rapat.

ah, itu kita,
yang hampir-hampir saja,
sengaja,
biarkan basah tubuh,
dirintik renyai hujan,
sengaja,
menghangat asmara,
bersama depang tangan,
dan pejam mata.

hampir-hampir,
semakin pula rapat dan erat,
dekat,
bersatu kuat.

terima kasih,
hubungan erat dan rapat,
bersemi mendakap,
tiada dosa,
kerana halalnya,
hubungan asmara.

Nikah by hJ (14 Mac 2010)

Kering

Beribu kali ditolak,
Diterjah kebersalahan,
Hingga merunduk,
Tiada yang peduli.

Riang dipinggir,
Ria disisih,
Dilambung lagi kebersalahan,
Pilu berlagu.

Irama terhenti,
Hilang lari,
Lenyap segalanya,
Biarkan sendiri bersama sepi,
Tertakdir begitu,
Rela.

Duka kejap basah,
Suka terlalu kering,
Kontang,
Tiada lagi,
Lenyap,
Segalanya ilusi.

Kering karya hJ (1239am, 19 mac 2010)

:: tinta ini, biar aku pergi. realiti dalam ilusi.

Gelap Malam Ini (sempena hari bumi)

dengar-dengar malam ini kita bergelap,
elektrik dipadam,
bertambah kelam,
hangat yang suram.

benar malam ini kita bergelap?
apa rancangan apa rencana?
berdiam saja?
atau berkelana?

tiba malam, sudah bergelap,
duduk seorang jangan berdua,
nanti tiba tidak disangka,
yang ketiga,
angkara punca,
malam yang gelap.

biar malam ini kita bergelap,
pendam gelita,
mahu bumi segar semula,
yang indah-indah lakukan segala,
kan ada cahaya,
bersinar semula.

Gelap Malam Ini karya hJ (ruang tamu K4N, UKM 6.47pm, 27 March 2010 )

Janji Kita

Suatu ketika aku pernah terjatuh,
Kau datang memeluk erat.

Suatu ketika aku pernah tersungkur,
Kau datang dakapku rapat.

Aku pernah bertanya,
Apa sumber kekuatanmu.

Kakak,
Tenang senyum manismu,
Mengukir lembut menitip bicara

'Yang jatuh itu mengajar,
Yang tersungkur itu perasa luka,
di samping keduanya,
duduk hikmah Tuhan yang paling tinggi,
Ajaran dan ingatan-Nya.'

Kakak,
rinduku pada pesan-pesanmu,
Yang selalu membangunkan aku,
di kala jatuh dan luluhnya aku.

Kakak,
Mengapa dibiar ajaran dan ingatan itu pergi,
bersama sepi,
Ciptaan cuai dan lalaimu, kakak.

Kakak,
kembalilah,
Adik menanti kasihmu,
ajaran dan ingatanmu,
yang akan jadikan jalan kita tegap,
tanpa robek tanpa rabak.

Relakan cuaian itu pergi,
tanpa sesal yang panjang,
bersama ajar dan ingatan,
teguh bersatu kembali.

hasni Ijmal 1:19 am, 29 April 2010 (malam akhir di K4N 205)

*Untuk kakak Azizah, moga kita tabah dalam ujian Allah. Tanpa cuai, kita sukar mengerti 'makna hati-hati'... moga sajak serba kurang ini kakak terima seadanya. hasni cuba yang termampu, tunaikan janji kita.*

Kienah Teman Pelangiku

Kienah,
kertas ini masih kosong,
Putihnya masih suci.

Kienah,
Mengenalmu bawa aku jauh ke pelangi,
Terhias indah sang warna,
pada kertas kosong ini,
Yang masih suci corakannya.

Kienah,
Terus rapatkan hubungan manis ini,
Seperti aur yang berpaut pada tebing,
Kejap dan padu,
tautan kasih kita.

Kienah,
tertunai sudah ikatan janji,
Puisi pelangi untukmu.

Tebarkan terus wangian cinta,
Tegar bersama warna kasihmu,
Kita menjadi teman riang,
Kita menjadi teman duka.

Moga pelangi warna corakanmu,
kekal berseri,
tidak lekang dimamah mentari,
kan bersinar sepanjang hari,
seperti hatimu yang cerah sekali,
bersama Ilahi,
dan tautan kasih ini.

Padamu Kienah,
kuhulurkan salam manis,
kemesraan yang tidak akan habis.

Kienah Teman Pelangiku karya hasni Ijmal (1:53 AM, 29 April 2010, malam terkahir di kamar K4N 205)

*Untuk Kienah, moga puisi ini dapat melerai janji hasni pada Kienah. Terima kasih atas kemesraan dalam tautan kasih kenalan yang singkat. Moga sama2 kita jelajah dunia, dan sentiasa mengenang memori di K4 ini... :) salam manis daripada hasni ya. *

hanna Rindu Mia

Petang tadi hanna ke Pasar Malam dengan Mia. Alhamdulillah, seronok tengok Mia memilih tudung. Sesekali menyelinap mata memandang keletah Mia yang agak cerewet. Oh, tiba-tiba hujan. Mula-mula perlahan atau kata lain gerimis. Lama-lama lebat pula. Apa lagi, mulut hanna terus membebel. Ish, terdetik dalam hati "hujan itu rahmat dari Allah. Tak baik hanna merungut." Alhamdulillah, hanna cepat sedar. Ampunkan hanna, Ya Allah. Amin.

Melihat Mia yang bertambah ceria memilih tudungnya, hanna pun hilang resahkan hujan. Kami meredah hujan sama-sama. Sesekali kami berteduh di bawah payungan gerai-gerai. Pilih yang ini tidak berkenan, pilih yang itu tidak kena...Pilih dan pilih, akhirnya hanna pula yang bingung.

Akhir juga, hanna sempat memadankan sehelai dua tudung. hmm, dalam hati tersenyum-senyum. "Lawa juga. Nak beli tapi tak cukup duit. Esok perlu pakai duit untuk ke kursus. Letak baliklah."

Tiba-tiba, Mia minta pendapat hanna tentang tudung yang dipegang. Tudung Syria yang sibuk orang perempuan sekarang gayakan. Wah, Mia juga tidak mahu lepaskan peluang. Bila lihat Mia tersenyum, hanna rasa lega sangat. Suka lihat Mia begitu. Senyum dalam senang. "Alhamdulillah, temu juga Mia dengan pilihan hatinya."

Tanpa sedar, Mia ambil sekali tudung yang hanna gayakan. Mia bayarkan. "Ya Allah, syukur. Alhamdulillah. hanna anggap tudung itu hadiah dari Mia sempena keputusan peperiksaan hanna yang agak membanggakan kami. Terima kasih Mia."

Pulang ke rumah, bersama Mia. Kasihan Mia, esok hanna akan ke kursus. Mia tinggal seorang. Suami Mia kerja. Anak Mia pula sedikit nakal. Suka keluar malam. Kasihan Mia tinggal seorang di rumah. Bila malam.

"Apa akan hanna fikirkan nanti. Pasti akan sentiasa teringatkan Mia. Sepanjang seminggu, harapnya rindu hanna pada Mia bertambah-tambah erat. Sesungguhnya hanna sayang Mia. Sayang sangat-sangat."

"Tahniah hanna, mencapai keputusan terbaik untuk diri iaitu 3.73. Walaupun standard U perlukan 3.76 untuk kelas pertama, sekurang-kurangnya hanna sudah banggakan Mia dan keluarga. Moga hanna terus maju dan kekal dalam iman. Esok dan hari-hari seterusnya di kursus, pandai-pandai bawa diri. Sentiasa amalkan nasihat yang Mia pesankan ya."

'Assalamualaikum'

EmpatJunDuaRibuSepuluh

Pagi-pagi
gegas ke pasar
bersama ibu
sayur-mayur
ikan ayam
dibimbit bawa pulang
plastik merah plastik kuning
kecil besar ikut saiz
warung-warung disinggah
belek kuih-muih
ambil sebiji dua
mee goreng dan soto
hirup sampai kenyang
anak manja tersenyum riang.

Petang,
gegas ke stesyen bas
jalan sesak
halangan baiki jalan
lencongan membosankan
ikut jalan asal boleh sampai
akhirnya terlepas
ada nada kesal
ada nada rintih
saksi sepasang mata
ibu hamil berduka
merindukan suami di sana.

Esok,
gegas yang pasti akan tiba
pasti
pengajaran menjadi galasan
tiada lagi halangan
melainkan kehendak Ilahi
berkat hikmah
untuk hamba yang dicintai.

::detik2 saya tertinggal bas utk ke UKM 4hbJUN. tunda ke 5hbJUN.

Thursday, June 10, 2010

Bertukar


Entri ini disambung daripada entri di blog insahjohana, atas beberapa sebab hanna berusaha membuat blog baru. Sebab pertama, hanna bertukar ke sini kerana di bahagian new post nya hanya ada beberapa pilihan untuk menulis. Jadi, tak berapa seronok sebab hanna tak dapat pelbagaikan pilihaan huruf dan lain-lain. Itulah sebabnya, maka bolehla mula bercot-cet di sini...moga ada yang mengikutinya ya...

Untuk itu, ucapan selamat datang hanna alu-alukan....

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages