berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, June 16, 2010

3 kali dilanggar dalam 1 hari...Auch!

Seronok dapat kenal dengan Kak Simmi dan Kak Archu hari ini. Melihat keletah mereka, hanna jadi terhibur dan gembira. Mereka kakak yang tabah. Hmm, tak lupa juga pada Kak Neetu. Kak Simmi yang paling tua (matang dalam bahasa halusnya) hehe... Kak Archu dan Kak Neetu adalah kakak muda.

Kak Neetu ialah adik kepada Kak Simmi, mereka kadang kala tidak sebulu. hanna selalu lihat, Kak Simmi akan mengalah. Kak Simmi memang kakak yang baik. Kak Neetu pun baik juga, cuma adakalanya dia degil sikit. Wah, hanna...tak takut ke? tiba2 kak Neetu baca entri ini, hanna cakap dia degil ya...hiihi... (minta ampun awal2). :)

Kenapa tiba-tiba hanna cerita tentang mereka? Sebab, pertemuan kali pertama secara mesra hari ini bawa mood hanna untuk bercerita. Pertamanya hanna ucapkan ribuan kasih dan salam perkenalan kepada kakak bertiga,

Kak Simmi
Kak Archu
Kak Neetu

Perkenalan: (Kak SImmi)

Lokasi pertemuan di luar klinik Raj, hanna terlanggar Kak Simmi. Oups, nasib baik tak jatuh. Kak Simmi sempat memaut hanna, kalau tak, pasti hanna dah tergolek dalam longkang. Oh, tidak! Alhamdulillah selamat.

"Adik ok? Maaf, kakak tak sengaja." berkerut juga hanna menahan siku yang hampir terseliuh. Sambut tangan Kak Simmi yang kejap, terasa sedikit sakit. Sedikit sahaja.

"Err...saya ok. Sikit je sakit ni."

"Sakit? emmm!" Pantas tubuh hanna ditarik ke tepi lorong jalan kaki. Sempat hanna menolak tika Kak Simmi cuba membawa hanna ke dalam klinik.

"Tak, tak mengapa kak. Sikit saja." Bersungguh hanna menolak permintaannya untuk hanna dirawat doktor. Akhirnya Kak Simmi akur. Di sebelah Kak Simmi ada lelaki yang sejak tadi cuba membantu kami.

"Saya Simmi, panggil saja Kak Simmi. Di sebelah ini suami kakak, Abhi." Wah, manis betul senyuman Kak Simmi. Kami bersalaman, dan mengucap salam kenalan. Pada Abang Abhi, hanna hanya menghulur senyum.

Tiba-tiba keluar seorang gadis mirip wajah Kak Simmi dari dalam klinik, merempuh hanna yang mungkin menghalang laluan keluar masuk pintu klinik. Aduh! Terjelepuk betul-betul di kaki lima. Kali ini, hanna tak lagi disambut sesiapa. Kerana berlaku pantas sekali. Kak Simmi dan Abang Abhi turut merasa terkejut. Suasana mula cemas, sebab jeritan hanna begitu nyaring menahan sakit...(bila diimbas semula laungan itu, terasa malu pula. Semua orang yang ada di sekitar memandang tak jemu).

hmm, terpaksa jugalah hanna dibawa ke dalam klinik. Terima rawatan doktor Raj. (hensem) hehe...Selesai semua, hanna dipapah keluar oleh Kak Simmi. Waktu itu, seperti hanna di kelilingi keluarga dari famili hindi pula. Ya, mereka asalnya memang famili hindi. Hanya hanna yang asal Melayu. Oh, hanna banyak diam ketika itu.

Perkenalan: (Kak Neetu)

Melihat wajah masam seorang kakak di sebelah Kak Simmi, memerhati riak dan tingkahnya. Ada sedikit keanehan. Kenapa kakak itu macam marah-marah saja?

Kak Simmi tika ini dah heret hanna ke kedai makan selang dua baris dari klinik. hanna macam robot, ikut saja. Katanya dia mahu membalas segala kekesalan yang berlaku pada hanna hari ini. hmm, macam mana nak makan...tangan kanan dah berbalut. Minum je lah.

Kak Simmi memang baik, dia yang tolong hanna untuk minum. Gelas dipegang, dan straw dihulur lembut ke dalam mulut. Aduh, manjanya hanna. Padahal baru kenal beberapa minit. Sesekali mereka berbisik dalam bahasa ibunda. hanna senyum tanda selesa. faham? emm, boleh la sikit2...

Kak Simmi kenalkan hanna dengan Kak Neetu, dan Kak Neetu yang tadinya garang semacam tiba-tiba berubah riak lembut sopan memohon maaf. "Wah, cantiknya wajah Kak Neetu bila tersenyum dan ketawa." Puji saya tiba-tiba. Kak Neetu terus tergelak dengan aksi Abang Abhi yang suka bergurau.

Setelah disoal siasat oleh Kak Simmi, baru hanna tahu...Kak Neetu naik angin sebab suaminya tidak datang teman untuk buat pemeriksaan bayi dalam kandungan Kak Neetu. Oh, kak Neetu sedang hamil.

Perkenalan: (Kak Archu)

Tiba-tiba perut meragam. Minta dibuang yang penuh. Kak Simmi membantu hanna ke tandas, "Terima kasih Kak Simmi, takpe hanna boleh uruskan diri di dalam. Kak Simmi pergilah duduk dengan mereka."

"Betul hanna boleh buat sendiri?"

"Ya!" semangat menyatakan ya. hehe...malu lah nak bagi kak Simmi masuk. Alhamdulillah, tangan kiri berfungsi baik.

Usai melunas hajat, sekali lagi...hanna dilanggar seoarang kakak..Ah, sakitnya tak terperi....

"Adik, mmmmaaf...Ya Tuhan, darah!"

Berdarah sudah siku hanna yang tadi berbalut kemas. Pasti lukanya pecah. Aduh! hanna dah tak dapat menahan tangis. Memang air mata berjuraian banyak. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu, betapa sakitnya.

Sekali lagi, hanna dihantar ke klinik Raj...Kali ini, hanna dah tak kisah ke'hensem'an Dr.Raj, biarlah...nak meraung kesakitan. wawawawa!!! (malunya!)

Selesai. Darah dah dihentikan. Tiba-tiba kakak yang melanggar hanna tadi datang dan duduk di hadapan hanna. Di luar klinik, keadaan sedikit lengang. Mungkin mereka lari sebab dengar jeritan hanna yang melampau. Oh, kakak itu...hampir terlupa. Kakak itu datang duduk di hadapan hanna, lalu mengesat air mata di pipi. Wah, macam dalam drama je. Kemudian dia pegang tangan hanna, "Adik, kakak minta maaf...Kakak tak sengaja tadi. Maafkan kakak, ya." Alahai, lembutnya suara dia. Cair hati hanna. Anggukan hanna menandakan hanna sudah maafkan. Lagipun, dia tidak sengaja.

Oh, namanya Kak Archu. Begitu dia memperkenalkan diri. Tika Kak Archu, Kak Simmi dan Kak Neetu berbual-bual dalam bahasa ibunda, hanna sempat mengelamun, belon2 imaginasi pun muncul..blub blub blub:

Tiga-tiga ketawa riang,
sama cantik sama padan,
angguk geleng jadi tumpuan,
mesra ikatan budi terkenang.

Tiba-tiba siku hanna disenggol, "Auch!!!"

Serentak mereka ketawa, rupanya Abang Abhi perasan hanna mengelamun. hmm, tertiup sudah belon2 imaginasi. FUHHH!!! Terasa sangat sakit dan malu. Untuk cover malu, hanna pun tumpang ketawa....hihihi

No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages