berkarya itu indah

berkarya itu indah

Wednesday, June 16, 2010

Mahu Projek

Beberapa minggu sebelum ke PERMATApintar, Dr.Mawar Shafie menghantar sms kepada hanna. SMS itu buat hanna teruja, tawaran ke Bogor wakil Malaysia-MASTERA dalam bidang Drama. Syarat-syaratnya mestilah menghasilkan skrip drama pentas sepanjang 20 halaman.

Keterujaan disambut dengan ucap Syukur kepada-Nya, Alhamdulillah. Keputusan dibuat, dan hanna menolak. Oups, bukan tolak tuah tau...ada sebabnya:

1.
Kak Jas (Siti Jasmina Ibrahim), beri pandangan bahawa hanna tiada pangalaman menulis skrip, dan untuk menulis dalam masa yang singkat, bimbang kualitinya tidak seberapa baik. Di sana nanti, ikut pengalamannya...karya-karya akan diperdebatkan. Masalah kepada hanna kerana bidang drama tidak ditekankan dalam pembelajaran semasa di UKM. Asasnya juga sangat rendah.

2. Tuan Farmilla Hamdi (Jaafar Hamdan), menyatakan...menolak tidak bermakna melepaskan. InsyaAllah, rezeki akan datang lagi...Peluang ini mungkin dapat diberi kepada yang layak. Teruskan usaha dalam masa sekarang.

3. Ibu dan ayah juga berpendapat yang sama. Selalu berusaha dan mantapkan lagi penulisan dan pengetahuan, lain kali akan ada peluang, insyaAllah. Selalulah berdoa. Masa itu nanti, pastikan pengetahuan sudah mantap untuk menggapai peluang.

4. Kata hati. Berat kepada tidak. Maka, setelah disimpulkan, hanna menolak secara baik dan bersebab.

Alhamdulillah, terima kasih kepada Dr.Mawar yang menawarkan peluang sebaik itu.

Dalam tempoh tamat kuliah di UKM hingga kini, banyak juga hanna menulis dan menghantarkannya ke media dengan harapan akan tersiar. Nampaknya masih belum ada rezeki. Beberapa puisi hanna telah dihantar ke sebuah media cetak atas permintaan, namun hanna masih menanti adakah masih punya rezeki di sana. Positif. Pesan Dr.Mawar, terus menulis dan menulis.

17 Mei 2010, hanna diundang ke SMK Kamarul Ariffin untuk meraikan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sekolah menengah lama hanna, menjadi sejarah bahagia apabila Cikgu Sakinah memasang (pin) bunga kecil di sisi baju kurung hijau hanna. Sambil Cikgu Sakinah berbisik, "Bumi berputar, dulu awak pinkan bunga ni pada cikgu, sekarang cikgu pin pada awak pula." Terharu amat. Terima kasih Allah, atas kurniaan nikmat ini. Kenangan manis berlangsung lagi, ada antara PIBG yang menggelar hanna Novelis. Wah, masih belum sampai ke tahap itu. Apa pun itu 1 doa kan. Amin. Bertemu cikgu-cikgu yang banyak berjasa, membuatkan hanna tersenyum di dalam hati. Bangga dengan jasa dan pengorbanan cikgu yang banyak mengajar dan membentuk hingga hanna menjadi manusia. Terima kasih kepada Teacher Vasugi, yang mengundang dan melayan hanna sebaiknya sewaktu hari persembahan. Puisi yang hanna sampaikan ialah Kuasa Cinta. Tepukan gemuruh pelajar-pelajar masih kedengaran hingga kini. Kenangan manis di awal tempoh tamat kuliah.

Di PERMATApintar, hanna dikurnia beberapa ilham menulis puisi...Syukur, sebab bidang Penulisan dan Imaginasi yang akan hanna ajarkan kepada anak-anak pintar nanti mengerah supaya hanna mesti kuat imaginasinya. hehe... Melalui mind set begitu, maka lahirlah Kepulan Awan, Kelip-kelip di Hujung Kerudung, Di Sebalik, Terakhir dan Kerana Aku Tidak Menginginkannya. Alhamdulillah, masih tiada karat-karat melekat dalam otak lagi. hehe...

Tentang Mahu Projek, hanna sering mengasak diri supaya menulis terus menulis... novel masih dalam pembikinan. Tapi, (kenapa ada tapi???) sebab...ada batu BESAR menghalang supaya hanna menulis. Apa? KEYAKINAN. Perlukan tahap YAKIN yang tinggi. Bukanlah tinggi melambung, tapi sekadar penguat semangat. OKEY, hanna! YAKIN!!!

:: Petang nanti dah rancang nak jumpa dengan Kak Simmi, Kak Archu dan Kak Neetu... Eh, lupa. Kak Neetu tak dapat datang. Tak mengapa, kami bertiga pun dah ok... berhenti hingga di sini. go go hanna! yeh!


No comments:

Post a Comment

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages