berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, April 17, 2011

HJ di MHI, TV3 (12 April 2011)

(sementara menanti wartawan siap dengan soalan dan kamera, Hanna pula sibuk menyusun ayat untuk diucapkan. Gabra!)

(Okey, kamera siap! Inilah wartawan MHI, TV3 yang penuh semangat. Berbaju kemeja merah ialah Encik Helmi Yusuf dan abang kamera berbelang kuning)

(Nampak tak di penjuru kiri? Arahan secubit ayat yang diminta untuk Hanna ucapkan... ini kerana Hanna terlalu panjang menghuraikan ayat. Itulah ayat orang gugup dan gagap. Tak tersusun dan berterabur jadinya) hehe....


(Ini pula Encik Syawal, sedang sibuk menekuni karya-karya Hanna yang Hanna dah susun cantik-cantik dalam fail oren. Alhamdulillah, terpegun dia menatap. Teruja!)


("Nak masuk TV, kena cantik-cantik." Eh, taklah. Sebenarnya Encik Helmi tolong pakaikan microfon kecil yang diselitkan di belakang tudung. Itu yang sibuk dia betulkan kedutan pada tudung agar nampak lebih rapi.)

Alhamdulillah, sekalung tahniah Hanna ucapkan kepada diri sendiri. (tepuk-tepuk tangan) ewah... Alhamdulillah.
Hanna mahu ucapkan terima kasih kepada Dr.Mawar Shafei yang memulakan aktiviti kejutan ini buat Hanna.
Hari Khamis, 7 April 2011. Tiba-tiba dapat sms daripada Dr.Mawar. Dibisikkan penuh gaya dalam bahasa sms-nya. Dr.Mawar beri nombor telefon Hanna kepada Puan Khalijawati (penerbit MHI, TV3)
Tiba-tiba tak lama selepas itu, Puan Penerbit telefon Hanna dan menyatakan hasrat mahu temuramah Hanna untuk MHI, TV3.
Ya, Allah. Alangkah terkejutnya! Sekelip mata...
Bergegas Hanna cari rumah, cari kawan-kawan untuk tumpang tinggal. Alhamdulillah, Atikah seorang junior di UKM sudi menumpangkan Hanna. Terima kasih tak terhingga buat dirinya. (Dapat makan meggi kari campur telur dalam periuk nasi lagi! Istimewa!)
Hanna juga terharu sebab hari Jumaat pagi, 8 April 2011. Umi dan Abi tolong hantarkan Hanna ke UKM. Alhamdulillah, perjalanan selamat sampai.
Dengan berkat usaha bersungguh-sungguh, dan doa sahabat dan saudara...rakaman yang sepatutnya dilakukan pada Hari Sabtu dibatalkan dan ditukar kepada Hari Jumaat itu juga.
Kerana teruja, Hanna langsung tidak rasa lapar. Hanya bersarapan roti canai. Dari pagi...hingga waktu temu janji iaitu jam 5 petang ke 7 petang. Sangat kenyang dengan waktu debaran! huhu...

Sebelum temuramah bermula, Dr.Mawar belanja minum. Alhamdulillah, dapat juga bertemu Dr.Mawar lagi setelah lama tidak bersua. Paling setia, Hanna ditemani sahabat UKM iaitu Ady. Sepanjang temuramah, Ady menemani tanpa jemu. Huh, baru bersemangat untuk berhadapan dengan kamera! :)

Alhamdulillah, berjaya akhirnya.
....


Friday, April 15, 2011

Hadir Kekasih

~Alhamdulillah, ketika diri berkecamuk menahan rindu...Allah hadirkan dia tepat pada masanya. Alhamdulillah. Amin. Terima kasih Allah. Menghadirkan dia selamanya di hati.~


Nora


Hadirlah Kekasih

Ketika diriku
Seolah tiada bermaya
Terasa sang bayu
Menegur pasrahku

Masih ada lagi si dia yang pasti
Dapat membawakan bahagi
Segala harapan
Ternyata bukan khayalan

Kau hadir depanku
Menghulur tanganmu
Hadirlah kekasih
Hadirlah dikau dalam mimpiku

Cinta ini hanyalah padamu
Oh! hadirlah kekasih
Hadirlah kedasar hati ini
Kerna kasih bersamamu

Naluriku rasa bahagia

Wednesday, April 13, 2011

Keluh kesah seorang kekasih

(sumber: google)

Aku setia,
menunggu dan menanti
jawab balas
dari insan yang kudamba belas.

Kekasih hati
aku setia
menanti
hingga hujung nyawa.

catatan hujung 2011/April13

Monday, April 11, 2011

Jemari Bergetah Mac 2011




Alhamdulillah,


masih bergetah jemari ini. :) antara karya yang tersiar di media cetak sepanjang Mac 2011.


Karya pertama ialah Sajak: Surat Cinta Musim Lalu tersiar di majalah Remaja 1-15 mac 2011. Sebenarnya, kisah cinta masih belum pasti. Lalu teringat kisah-kisah cinta lalu. Dalam hati selalu bertanya, "bilakah akan hadir cinta yang benar-benar sejati dari hati seorang manusia?" -kena sejatikan cinta kepada Yang Maha Pencipta dulu, baru boleh fikir cinta manusia ya. :)


Karya kedua ialah Kritikan Sastera: Mahabbah dari Perspektif Fenomenologi. Tersiar di Dewan Sastera Mac 2011. Wah, alhamdulillah. Bukan mudah untuk tembus ke Dewan Sastera. Hanya penulis mapan sahaja yang saya rasa mampu. Alhamdulillah, karya kali ini berbeza genre pula. Berbentuk esei kritikan. Saya minat juga menulis karya kritikan sastera ini, InshaAllah akan perbanyakkan lagi.


Karya ketiga ialah Sajak: Yang Manis. Karya yang kali pertama saya coretkan di komputer yang sejak dibeli ayah pada tahun awal 2000-an. Saya kurang pasti tahunnya. Tapi memang dah lama. Sebab itu pada awal sajak ada tertulis layar putih, itu adalah layar microsoft word sebenarnya :) Tersiar di Berita Harian sisipan Varsiti edisi 10-16 Mac 2011)


-----Alhamdulillah, demi mencari rezeki dan menggali minat, bidang penulisan akan diteruskan selalu. Amin--- :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages