berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, May 10, 2013

BUKU BAHARU SAYA!







Syukur yang tidak terhingga. Rezeki Allah limpahkan tidak tenilai harganya. Pada PABKL 2013 yang lalu, buku siri Haiwan Teladan berjudul CIK LEBAH MADU hinggap di rak jualan di gerai Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) atau dulunya dikenali ITNM. 

Buku kanak-kanak ini diilustrasikan oleh pelukis berbakat Nur Suraya Mohamad Kahar. Buku ini juga mempunyai versi bahasa Inggeris yang berjudul Miss Honey Bee.

Mari dapatkannya di ITBM dengan harga RM 10.00 sebelum diskaun! Jom beli dan baca! Sama-sama mengembara dan terbang riang bersama-sama Cik Lebah Madu ini! :)

Terima kasih!  

2 comments:

  1. Wah, hebatnya. Kagum melihat kesungguhan saudari. Walaupun masih muda dah ada beberapa buah buku.

    Maaf ya hari tu tak sempat nak jumpa di PBAKL.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, saudara pun hebat juga dengan penulisan cerpen dan puisi serta karya-karya ilmiah. :) Tahniah!

    Tak mengapa, saya faham keseronokan saudara di PBAKL mengatasi segalanya. hehe...

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages