Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi pada
tahun 2012. Tahun ini tahun pertama saya hadir ke sana sebagai PENULIS. Syukur kepada Ilahi, Syukur yang tidak terhingga-hingga, atas rahmat dari-NYA
tercapai sudah cita-cita untuk bergelar seorang Penulis.
Bermula dengan kisah angan-angan sewaktu di sekolah
rendah, akhirnya kini atas usaha dan semangat yang tersisip erat dalam diri,
saya berjaya bergelar sebagai seorang Penulis. Ya, saya tahu bergelar seorang
Penulis ini bukan mudah, dan saya tidak akan sia-siakan semua kepayahan yang sudah saya lalui sepanjang hayat meniti usia
cita-cita ini.
Dalam hati dan diri, sentiasa saya memanjatkan
kesyukuran kepada Ilahi tentang perihal ini. Saya juga mengharapkan
agar segala ‘keasyikan’ dalam bidang Penulisan ini tidak melalaikan saya tetapi
sentiasa membimbing saya ke jalan kebaikan.
Okey, sebenarnya mahu cerita… Jika anda ke PWTC pada 5 Mei 2012, marilah beramah
mesra dengan cik Hanna
Johan di booth Buku Prima, Karangkraf pada sebelah pagi
dan InsyaAllah sebelah petang juga ada (belah petang belum pasti).
Kemudian di sebelah petang pula pada jam 4.00-5.30
petang bolehlah bertemu cik Hanna Johan di booth Pink Ain
Maisarah pula. Kedua-dua jadual di meja penulis pada 5 Mei 2012.
JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PAGI)
![]() |
JADUAL PENULIS DENGAN BUKU PRIMA, KARANGKRAF. 5 MEI 2012 BERSAMA HANNA JOHAN |
JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PETANG)
![]() | |
JADUAL PENULIS DENGAN BLINK BOOK SDN BHD. 5 MEI 2012, HANNA JOHAN DAN AMAN WAN. |
Semoga di sana nanti semuanya berjalan lancar.
Sesungguhnya, kepada-Mu hamba berserah. Amin.
Tahniah kak hanna....!!!
ReplyDeleteTerima kasih Miss Chubby Cheek :)
ReplyDeleteEntahlah, saya bila lagi hendak menjadi seperti Hanna Johan. Doakannya.
ReplyDeleteHelmi, awak sudah cukup baik. Sentiasa karya berada di dada-dada akhbar dan sisipan majalah. Saya pula yang jeles. :) Kita sama-sama doa untuk berjaya ya.
ReplyDelete