berkarya itu indah

berkarya itu indah

Thursday, April 12, 2012

NGERI CAMPUR SAYU


ULASAN CERPEN: PEREMPUAN DI PERSIMPANGAN
PENULIS CERPEN: MOHD. HELMI AHMAD
PENGULAS: HASNI JAMALI 

Membaca PEREMPUAN DI PERSIMPANGAN mengingatkan saya kepada filem "I KNOW WHAT YOU DID LAST RAYA."

Hampir setengah cerita berlangsung, saya masih fikirkan objek Kambing yang dilanggar dalam filem ini. Sama seperti objek Manusia / Tubuh Perempuan yang dilanggar dalam cerpen ini. Kedua-dua cerita (filem & cerpen) seiring rentak seram dan ngeri. Pada awalnya, penulis cerpen meletakkan watak kawan-kawan yang ingin ke kenduri kawan mereka. Menaiki sebuah kereta beramai-ramai dan bernyanyi-nyanyi di waktu malam. Jalan sekeliling dipenuhi suasana dan latar hutan. Sepi dan gelap. Seram!

Tiba-tiba... kisah cerpen mula bergerak dalam alunan ceritanya yang berbeza daripada filem. Objek tubuh tidak terus dilanggar seperti dalam filem tetapi objek Tubuh Perempuan ini melambai-lambai di persimpangan. Yang nampak Tubuh Perempuan itu hanya seorang watak bernama Syawal. Perjalanan diteruskan tanpa sebarang masalah diganggu. Hanya itu satu sahajalah jika dibayangkan berlaku benar-benar kepada pembaca, alangkah tidak mahu dan tidak dipinta. Seram!

Setibanya mereka di rumah kenduri, pada jam tengah malam saya berteka-teki apakah yang akan berlaku nanti? Benarkah tuan rumah (kawan mereka) itu benar-benar manusia atau bukan manusia? Mengapa penulis meletakkan plot cerita bahawa mereka perlu sampai ke rumah kenduri itu pada tengah malam? Dan kawan perempuan yang menunggu tidak berbaju kurung iaitu baju rasmi ketika berada dalam majlis kenduri. Hmm, jawapannya pasti ada dalam kisah yang tertulis.

Seterusnya, ngeri yang saya maksudkan berbaur sayu itu dapat ditangkap maknanya pada akhir kisah. Saya tidak menyangka, akhir kisah ini ditutup sedemikian rupa. Kisah misteri yang biasa kita lihat, tonton di tv, baca cerpen atau novel akhirnya membawa maksud yang sama. Namun tiap maksud disulam dengan pelbagai raut aksi dan emosi. Cerpen ini membawa suatu makna yang menggubah persepsi saya pada awalnya. Tidaklah ia menceritakan semata-mata tentang ‘I Know What You Did Last Raya’. Langsung tidak sama.

Tahniah kepada penulis kerana sebuah makna yang cukup sayu dan memberi emosi kepada saya. Akhir pembacaan sedikit bergenang air mata. Pada awalnya saya disogok dengan emosi seram dan takut. Perasaan yang saya tidak mahu imaginasikan langsung tentang tangan melambai-lambai di tengah malam. Persoalan demi persoalan terjawab. Dalam mimpi Syawal melihat sesuatu yang ngeri mengganggu tidurnya. Kembali semula dia ke tempat kejadian.

Apa yang dia lihat, apa yang dia rasa ketika itu dan apa yang dia fikir atas situasi yang benar-benar berlaku dalam dunia realitinya? Itulah yang membangkitkan emosi sayu kepada saya. Begitu kematian yang digambarkan penulis kepada watak pengejar mimpi Syawal amat sadis. Kisah ini memberi sedar kepada pembaca, bahawa zaman ini realitinya begitu. Bunuh, bunuh dan bunuh seperti makanan rutin akhbar dan laporan berita di tv, internet dan radio.

*Sayu mengenang akhir pemergiannya. Semoga saya dan kalian sentiasa mendapat rahmat Allah dan mohon dijauhkan segala bencana dunia dan akhirat. Amin.


3 comments:

  1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari Hasni Jamali kerana sudi membuat ulasan yang begitu baik sekali. Ternyata saudari mempunyai kemahiran itu.

    Cerpen ini saya tulis kira-kira dua tahun lalu yang mana sebenarnya saya mengambil dari kisah benar di kampung saya dan diadun dengan daya kreativiti dan imaginasi.

    Subjek sebenar hayalah untuk menyedarkan pihak tertentu yang mana masihkah di negara yang menuju negara maju ini masih tidak dilengkapi dengan lampu limpah dan lampu isyarat? Walaupun subjek ini sekadar dinyatakan diakhir cerpen dan hanya sekadar sampingan sahaja namun itulah yang cuba saya tampilkan. "Disebabkan simpang itu tidak dilengkapi lampu isyarat dan ketiadaan lampu limpah jalan sedikit sebanyak membuatkan keadaan bertambah gelap gelita." Bertitik tolak daripada subjek inilah menjelmakan keseluruhan cerita yang berbaur ngeri dan seram.

    Alhamdulillah setelah simpang itu memakan banyak nyawa baru kini simpang itu dilengkapi dengan lampu isyarat dan lampu limpah.

    Salam perkongsian. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih juga sdr kerana menerima ulasan ini dengan baik. Setiap pembaca pandangannya lain-lain. Saya terlepas pandang tentang hal lampu limpah itu.

    Namun, keseluruhannya kreativi seorang penulis seperti sdr memberi suatu makna yang baharu. Daripada aspek lampu limpah boleh menjelma menjadi sebuah kisah ngeri sayu ini. Tahniah!

    Sebenarnya emosi saat habis baca cerpen ini begitu menekan saya untuk terbuka mengulas cerpen PEREMPUAN DI PERSIMPANGAN. Bimbang dan begitu takdir pemergian perempuan itu. Sedih! :(

    Apa pun tahniah ya! Teruskan menulis juga. :)

    ReplyDelete
  3. http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages