berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, April 29, 2012

PUISI PADA APRIL

TERBIT DI HARIAN METRO, SELASA 10 APRIL 2012
Alhamdulillah, ini satu-satunya karya yang tersiar pada bulan April 2012. Hanya 1 karya? Ya, itu yang termampu. Sebenarnya sudah banyak yang ditulis dan dihantar, cuma rezeki tidak berpihak. InshaAllah di lain hari. Moga-moga penulisan masih bermakna dan terpilih untuk disiarkan. Amin.

Puisi ini berkenaan isu Anak-anak pada zaman ini yang sudah banyak melarikan diri bersama-sama teman atau diculik oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Risau! Ini dunia zaman 2 ribu. Semoga panahan yang tidak baik sentiasa jauh daripada diri kita dan keluarga. Amin.

Selamat membaca dan selamat menghayati Puisi Kepulangan Suci. Akhirnya segala kisah kembali terjalin baik dan penuh hikmah. Sungguh, itu yang diharapkan. 

3 comments:

  1. Tahniah Hanna. Bukankah puisi Hanna juga ada tersiar di Tunas Cipta April-Tiang.

    Moga terus menulis.

    ReplyDelete
  2. Saya jadi lupa pula. Itulah kerana Tunas Cipta April masih belum di tangan, jadi terlepas diingatan. Memang sikap ini tidak baik kan... Hanna jangan buat lagi! :)

    ReplyDelete
  3. Hmm, terima kasih Helmi kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages