berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, April 29, 2012

HANNA JOHAN DI PESTA BUKU 5 MEI 2012, PWTC



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun 2012. Tahun ini tahun pertama saya hadir ke sana sebagai PENULIS. Syukur kepada Ilahi, Syukur yang tidak terhingga-hingga, atas rahmat dari-NYA tercapai sudah cita-cita untuk bergelar seorang Penulis.
Bermula dengan kisah angan-angan sewaktu di sekolah rendah, akhirnya kini atas usaha dan semangat yang tersisip erat dalam diri, saya berjaya bergelar sebagai seorang Penulis. Ya, saya tahu bergelar seorang Penulis ini bukan mudah, dan saya tidak akan sia-siakan semua kepayahan yang sudah saya lalui sepanjang hayat meniti usia cita-cita ini.

Dalam hati dan diri, sentiasa saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi tentang perihal ini. Saya juga mengharapkan agar segala ‘keasyikan’ dalam bidang Penulisan ini tidak melalaikan saya tetapi sentiasa membimbing saya ke jalan kebaikan.

Okey, sebenarnya mahu cerita… Jika anda ke PWTC pada 5 Mei 2012, marilah beramah mesra dengan cik Hanna Johan di booth Buku Prima, Karangkraf pada sebelah pagi dan InsyaAllah sebelah petang juga ada (belah petang belum pasti).


Kemudian di sebelah petang pula pada jam 4.00-5.30 petang bolehlah bertemu cik Hanna Johan di booth Pink Ain Maisarah pula. Kedua-dua jadual di meja penulis pada 5 Mei 2012. 

JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PAGI)
JADUAL PENULIS DENGAN BUKU PRIMA, KARANGKRAF. 5 MEI 2012 BERSAMA HANNA JOHAN
 
       JADUAL HANNA JOHAN DI MEJA PENULIS (SEBELAH PETANG)    
JADUAL PENULIS DENGAN BLINK BOOK SDN BHD. 5 MEI 2012, HANNA JOHAN DAN AMAN WAN.


Semoga di sana nanti semuanya berjalan lancar. Sesungguhnya, kepada-Mu hamba berserah. Amin.

4 comments:

  1. Terima kasih Miss Chubby Cheek :)

    ReplyDelete
  2. Entahlah, saya bila lagi hendak menjadi seperti Hanna Johan. Doakannya.

    ReplyDelete
  3. Helmi, awak sudah cukup baik. Sentiasa karya berada di dada-dada akhbar dan sisipan majalah. Saya pula yang jeles. :) Kita sama-sama doa untuk berjaya ya.

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages