Alhamdulillah, sekalung tahniah Hanna ucapkan kepada diri sendiri. (tepuk-tepuk tangan) ewah... Alhamdulillah.
Hanna mahu ucapkan terima kasih kepada Dr.Mawar Shafei yang memulakan aktiviti kejutan ini buat Hanna.
Hari Khamis, 7 April 2011. Tiba-tiba dapat sms daripada Dr.Mawar. Dibisikkan penuh gaya dalam bahasa sms-nya. Dr.Mawar beri nombor telefon Hanna kepada Puan Khalijawati (penerbit MHI, TV3)
Tiba-tiba tak lama selepas itu, Puan Penerbit telefon Hanna dan menyatakan hasrat mahu temuramah Hanna untuk MHI, TV3.
Ya, Allah. Alangkah terkejutnya! Sekelip mata...
Bergegas Hanna cari rumah, cari kawan-kawan untuk tumpang tinggal. Alhamdulillah, Atikah seorang junior di UKM sudi menumpangkan Hanna. Terima kasih tak terhingga buat dirinya. (Dapat makan meggi kari campur telur dalam periuk nasi lagi! Istimewa!)
Hanna juga terharu sebab hari Jumaat pagi, 8 April 2011. Umi dan Abi tolong hantarkan Hanna ke UKM. Alhamdulillah, perjalanan selamat sampai.
Dengan berkat usaha bersungguh-sungguh, dan doa sahabat dan saudara...rakaman yang sepatutnya dilakukan pada Hari Sabtu dibatalkan dan ditukar kepada Hari Jumaat itu juga.
Kerana teruja, Hanna langsung tidak rasa lapar. Hanya bersarapan roti canai. Dari pagi...hingga waktu temu janji iaitu jam 5 petang ke 7 petang. Sangat kenyang dengan waktu debaran! huhu...
Sebelum temuramah bermula, Dr.Mawar belanja minum. Alhamdulillah, dapat juga bertemu Dr.Mawar lagi setelah lama tidak bersua. Paling setia, Hanna ditemani sahabat UKM iaitu Ady. Sepanjang temuramah, Ady menemani tanpa jemu. Huh, baru bersemangat untuk berhadapan dengan kamera! :)
Alhamdulillah, berjaya akhirnya.
....