berkarya itu indah

berkarya itu indah

Sunday, April 17, 2011

HJ di MHI, TV3 (12 April 2011)

(sementara menanti wartawan siap dengan soalan dan kamera, Hanna pula sibuk menyusun ayat untuk diucapkan. Gabra!)

(Okey, kamera siap! Inilah wartawan MHI, TV3 yang penuh semangat. Berbaju kemeja merah ialah Encik Helmi Yusuf dan abang kamera berbelang kuning)

(Nampak tak di penjuru kiri? Arahan secubit ayat yang diminta untuk Hanna ucapkan... ini kerana Hanna terlalu panjang menghuraikan ayat. Itulah ayat orang gugup dan gagap. Tak tersusun dan berterabur jadinya) hehe....


(Ini pula Encik Syawal, sedang sibuk menekuni karya-karya Hanna yang Hanna dah susun cantik-cantik dalam fail oren. Alhamdulillah, terpegun dia menatap. Teruja!)


("Nak masuk TV, kena cantik-cantik." Eh, taklah. Sebenarnya Encik Helmi tolong pakaikan microfon kecil yang diselitkan di belakang tudung. Itu yang sibuk dia betulkan kedutan pada tudung agar nampak lebih rapi.)

Alhamdulillah, sekalung tahniah Hanna ucapkan kepada diri sendiri. (tepuk-tepuk tangan) ewah... Alhamdulillah.
Hanna mahu ucapkan terima kasih kepada Dr.Mawar Shafei yang memulakan aktiviti kejutan ini buat Hanna.
Hari Khamis, 7 April 2011. Tiba-tiba dapat sms daripada Dr.Mawar. Dibisikkan penuh gaya dalam bahasa sms-nya. Dr.Mawar beri nombor telefon Hanna kepada Puan Khalijawati (penerbit MHI, TV3)
Tiba-tiba tak lama selepas itu, Puan Penerbit telefon Hanna dan menyatakan hasrat mahu temuramah Hanna untuk MHI, TV3.
Ya, Allah. Alangkah terkejutnya! Sekelip mata...
Bergegas Hanna cari rumah, cari kawan-kawan untuk tumpang tinggal. Alhamdulillah, Atikah seorang junior di UKM sudi menumpangkan Hanna. Terima kasih tak terhingga buat dirinya. (Dapat makan meggi kari campur telur dalam periuk nasi lagi! Istimewa!)
Hanna juga terharu sebab hari Jumaat pagi, 8 April 2011. Umi dan Abi tolong hantarkan Hanna ke UKM. Alhamdulillah, perjalanan selamat sampai.
Dengan berkat usaha bersungguh-sungguh, dan doa sahabat dan saudara...rakaman yang sepatutnya dilakukan pada Hari Sabtu dibatalkan dan ditukar kepada Hari Jumaat itu juga.
Kerana teruja, Hanna langsung tidak rasa lapar. Hanya bersarapan roti canai. Dari pagi...hingga waktu temu janji iaitu jam 5 petang ke 7 petang. Sangat kenyang dengan waktu debaran! huhu...

Sebelum temuramah bermula, Dr.Mawar belanja minum. Alhamdulillah, dapat juga bertemu Dr.Mawar lagi setelah lama tidak bersua. Paling setia, Hanna ditemani sahabat UKM iaitu Ady. Sepanjang temuramah, Ady menemani tanpa jemu. Huh, baru bersemangat untuk berhadapan dengan kamera! :)

Alhamdulillah, berjaya akhirnya.
....


4 comments:

  1. salam...

    Alhamdulillah... seronok bila lihat cik Hanna semakin berjaya... :-) masuk TV3 lagi... seronok kan... satu permulaan yang sangat baik untuk dikenali... semoga akan terus menggapai kejayaan yg cemerlang dalam dunia penulisan... ;-)

    -Tinta Ungu-

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Hi Tinta Ungu, Alhamdulillah anda kembali di sini. :)

    Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan Hanna. Alhamdulillah, pengalaman pertama masuk tv. Amat seronok. Melihat dan menyaksikan kejayaan yang diperoleh dan dapat berkongsi sesama kawan2, ibu dan ayah, saudara-mara dan semua yang sudi bersama. Ya, memang satu permulaan yang baik. :)

    Terima kasih Tinta Ungu, selamat datang lagi ya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, kak Hanna. Nurul tumpang gembira. Teruskan menulis. Nurul sokong dari belakang.

    Salam Rindu,
    NFJ~

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, Nurul. Alhamdulillah, terima kasih sudi menumpang bahagia. :)

    Ya, akan terus menulis. Sokong akak ya! :)

    Salam Manis,
    Kak HJ

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages