berkarya itu indah

berkarya itu indah

Tuesday, December 13, 2011

Siri Bacaan Hanna: Si Blogger Kampung






Dalam mendepani dunia canggih sekarang ini, tiada hal yang mustahil boleh kita lakukan selagi ada usaha yang bergalas penuh. Usaha yang diiringi semangat juang yang tinggi.

Selepas Fauziah Ashaari menulis novel Ombak Rindu lebih kurang 10 tahun yang lalu, tidak terbayangkan olehnya bahawa karyanya akan difilemkan. Lalu ramailah peminat yang membaca novel ini berpusu-pusu ke pawagam bagi menonton hasil olahan Ombak Rindu ke layar perak. Dan kini, apakah hasil yang terisi dalam hati anda yang pernah membaca dan menonton dan yang tidak pernah baca dan hanya pernah menonton?

Ketika sedang menanti masa untuk menonton Ombak Rindu di pawagam BP Mall, Batu Pahat... saya singgah ke kedai buku POPULAR, BP Mall... saya tidak mencari novel Ombak Rindu walaupun saya tidak pernah membaca novelnya. Tetapi mencari buku nipis yang mudah hadam. Akhirnya mata tidak berkerdip memandang novel SI BLOGGER KAMPUNG. Karya tulisan Zamri Mohamad dan Hafizul Hilmi ini memancing bacaan yang bagus sejak awal bab lagi. Saya amat suka!

SI BLOGGER KAMPUNG amat dekat di hati, kerana kisahnya melibatkan watak Haeqal yang tidak kedekut ilmu, watak bapa dan ibu Haeqal yang amat berdedikasi dalam mebentuk sikap anak-anak, watak adik Haeqal seorang adik yang suka mengusik abangnya, watak harmoni anak-anak desa dan seluruh watak protagonis yang memaniskan jiwa.

Jalan ceritanya memang untuk usahawan cilik yang ingin berjaya. Kerana watak-wataknya terdiri daripada kanak-kanak yang cilik, berusaha untuk berniaga demi menyara hidup dan memudahkan pengurusan kewangan, perbelanjaan masing-masing. Haeqal menjadi pengantara, seorang cilik yang bijak dalam hal pengendalian teknologi. Mengajar si kembar Juwaini dan Asyraf dalam membuka akaun blog dan promosi barangan kraf daripada mengkuang. Ilmu blog tersebar luar dalam usaha murni Haeqal dan membantu sehingga ramai orang kampung berniaga di dalamnya. Kampung Haeqal yang dahulunya suram kini berubah riang. Kunjungan pelancong dan pembeli-pembeli barangan yang dijual mereka seperti kraf mengkuang, kopiah putih,  karipap panas dan lain-lain menghidupkan suasana kampung yang dahulunya sunyi itu. Dan pastinya moral yang hendak disampaikan teresap di dalam hati. Antaranya: 


  1. Usaha selagi daya dan tidak pernah berputus asa. (Ini terbukti apabila Puan Jamilah iaitu ibu kepada Asyraf dan Juwaini yang tidak pernah berputus asa dalam bidang perniagaan tikar mengkuang. Walaupun penjualan tidak beberapa laku pada awalnya, namun dengan usaha yang gigih dia berjaya juga, sambil dibantu dua anak yang baik itu)
  2. Sifat suka menabur kebaikan. (Watak Haeqal yang tidak kedekut dalam memajukan orang lain dengan ilmu yang dipunyainya)
  3. Menjadi anak yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah. (Watak Haeqal yang pandai jaga diri di kampung, watak Asyraf dan Juwaini yang rajin membantu ibunya menjual tikar mengkuang di seluruh sudut kampung)
  4. Bimbingan yang baik daripada seorang bapa (Ini berlaku kepada bapa Haeqal yang bijak memberi pilihan kepada anak-anaknya dalam membuat keputusan. Tidaklah mendesak atau merotan sesuka hati) 
  5. Sabar itu indah yang membawa bahagia di akhir kisah. (Asyraf sedaya upaya menjadi si cilik yang sabar dalam menanggani peraih tikar mengkuang yang sombong dan bongkak. Akhirnya Asyraf berdoa bersungguh-sungguh hati dalam solat Duha. Memohon agar Allah memberi jalan kebaikan atas segala usaha yang telah dilakukan. Dan akhirnya mereka berjaya mencapai rezeki yang melimpah-ruah)  
 Perkongsian kali ini, InshaAllah saya akan usahakan selalu selepas tamat membaca sesebuah karya. Selamat membaca! 

Dengan gembira!
 




6 comments:

  1. Salam, teruskan usaha ini. Baru saya sedar karya kita pernah keluar bersama. Cinta Segenggam Zarah pernah tersiar dengan cerpen saya Tetamu Istimewa, puisi Nihil Jelmaan Hati tersiar bersama puisi dan cerpen saya Mercun dari Kuala Lumpur dan Sepucuk Surat Kepada Syawal.

    ReplyDelete
  2. Salam, tahniah atas puisi yang tersiar di Harian Metro semalam.

    Oh, iya. Karya kita pernah bergandingan sama. Syukurlah, dan kita dipertemukan dengan langkah pertama saudara di kotak masuk yahoo.com :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Teruskan memartabatkan seni penulisan.

    ReplyDelete
  4. Teirma kasih sdri. Hasni Jamali kerana sudi membeli novel tulisan saya.

    ReplyDelete
  5. Sdr, Mohd Hafizul Hilmi,

    terima kasih kembali kerana menghasilkan karya yang baik ini. Kami (pembaca) seronok dihidang dengan novel-novel yang memberi makna sebegini. Selamat menulis lagi ya! :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages