berkarya itu indah

berkarya itu indah

Tuesday, December 6, 2011

ULASAN CERPEN BAPAK YANG MEMBUNGAKAN HATI

Alhamdulillah, 

Entri kali ini saya mahu berkongsi tentang sesuatu yang menaikkan semangat saya untuk terus menulis. Syukur... Walaupun banyak dugaan dalam bidang penulisan ini, segala kritikan dan pujian amat saya ambil perhatian untuk terus bersemangat dalam bidang penulisan. Baik, tanpa membuang masa... saya persembahkan ulasan cerpen Bapak yang tersiar di Tunas Cipta bulan Oktober 2011. 

(saya sedang rajin mahu menaipnya kembali. Tiada tokok tambah, sama dengan teks asal, ya).

Ulasan ini ditulis oleh SITI HAJAR CHE MAN, muka surat 40-41, majalah Tunas Cipta bulan Oktober 2011)

Hasni Jamali menerusi cerpen "Bapak" ingin berkongsi pengalaman mengenai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya, juga sebaliknya. Pembaca ditemukan dengan watak Cikgu Ilhami Jelani dan kakaknya yang hanya dikenali sebagai Kak Long, seorang janda. Cerpen ini ialah cerminan kisah-ksah kehidupan yang boleh berlaku kepada sesiapa saja. Terdapa beberapa hal yang menjadikan cerita menarik untuk diikuti antaranya: 

  1. pengarang seorang penulis muda wanita menampilkan watak seorang pemuda lelaki bertugas sebagai guru yang begitu kejap dan cukup pekat dengan loghat daerah. Oleh itu setiap pandangan, tingkah laku, percakapan dan tindakan disalurkan oleh pengalaman dan pemikiran seorang wanita ke dalam karakter seorang watak lelaki ciptaannya,
  2. dilihat daripada perspektif wanita sebagai pengarang pengolahan cerpen ini memperlihatkan keunikan yang tersendiri. Paling ketara ialah jalinan cerita mempunyai unsur-unsur multifoka. Unsur ini dikaitkan dengan tanggapan bahawa wanita mempunyai banyak pusat berahi, sedangkan lelaki dikatakan bersifat unifokal. Oleh itu, unsur ini disabitkan dengan gaya pengarang dan sifat-sifat bahasa wanita dikatakan tidak kronologis dan tidak berfokus. Hal ini dapat dikesan menerusi jalan cerita yang mempunyai kepelbagaian isu yang hendak diolah. Pembaca dapat mengesan beberapa mesej yang cukup murni sifatnya.

Mesej pertama, kasih bapak sepanjang hayat. Hal ini terbukti apabila Cikgu Jelani sentiasa menasihati anaknya. Cikgu Ilhami dengan tiga hal penting, iaitu pegangan agama, ringan tulang, rela dan ikhlas dan budi pekerti. 


Mesej kedua, sikap bapa membuka ruang kepada pembaca untuk memutuskan bahawa bapa seorang yang mantap dan kejap jati dirinya.


Mesej ketiga, kecekalan, kesabaran dan kesungguhan Kak Long mengambil keputusan untuk tidak berkahwin, selepas kematian suaminya dan nekad memelihara bapa. Hal ini tidak sanggup dilakukan oleh Ilhami.


Mesej keempat, secara tidak langsung sikap dan pendirian bapa seorang pejuang jiwa raga bahasa dan memiliki keperibadian yang utuh, tidak mudah dihasut dan diganggu gugat. Perwatakan ini adalah untuk dicontohi oleh Cikgu Ilhami.


Mesej kelima, nasihat dan peringatan yang sangat seni sifatnya, "Tuhan menciptakan engkau itu melalui ibumu."


Begitu banyak mesej yang dapat dikesan inilah dapat disimpulkan bahawa cerpen ini memiliki unsur multifokal.


Namun begitu kisah ini ditinggalkan kepada pembaca untuk memikirkan di manakah bapak? Gaya dan teknik akan membuka ruang kepada pembaca untuk memberikan pelbagai hipotesis mengenai kehilangan bapa yang telah disahkan mengalami Alzheimer. Keadaan ini lebih malang bukan sahaja kepada Kak Long, malah kepada pembaca juga, apatah lagi bila mengenangkan jasa baik bapak dalam pembentukan kehidupan seorang anak yang tidak ada noktah. Paling terasa ialah Cikgu Ilhami. Dalam hal ini, pengarang tidak terikat dengan hukum-hukum patriarki yang memerlukan mereka akur dengan ketentuan budaya. Hasni Jamali mempunyai ruang dan telah sebaik mungkin memaparkan ideanya. Oleh sebab itulah untuk menerajui kisah ini, beliau merekayasa watak seorang guru lelaki bernama Cikgu Ilhami Jelani yang tidak serasi dengan bapanya yang juga seorang guru. Ini satu adegan yang menarik. Demikian juga ciri-ciri kewanitaan dibekalkan kepada Kak Long sebaik mungkin. Apa yang dapat dinyatakan ialah Hasni Jamali tidak dibuai dengan isu-isu streotaip, tetapi telah mempertajamkan motif yang biasa dibicarakan menjadi isu yang serius untuk diberikan perhatian dalam gaya bersahaja sebagaimana yang disenaraikan dalam mesej di atas. 


Sekian, terima kasih. Berbunga hati... Moga selepas ini karya-karya saya semakin baik dan berkualiti maknanya. InshaAllah, amin.

4 comments:

  1. wah, satu komen yang baik. Teruskan berkarya. Saya tak tahu la bila cerpen nak keluar di Tunas Cipta.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Ketika Nurul baca post entry ini, Nurul pula terasa gembira semacam. Mungkin sebab rapat dengan kak Hanna. Tahniah, kak Hanna! Nurul tumpang gembira. Nurul baca karya cerpen Bapak ini sebanyak 2 kali. Jujur Nurul katakan, akak memang seorang penulis cerpen yang baik. Tahniah! dan terus berkarya!

    Salam mesra dari,
    Nurul

    ReplyDelete
  3. Tetamu Istimewa, terima kasih. Saya lihat karya saudara pun amat baik dari susun kata dan gaya lenggok bahasa. Saya jujurnya amat gemar dengan puisi tulisan saudara yang amat lembut tuturnya, semoga lebih banyak menghasilkan puisi yang memikat hati dan melahirkan makna-makna abadi.

    Akan ada juga suatu hari nanti cerpen saudara tersiar, saya percaya. selamat berjaya, ya!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Nurul yang comel,

    Terima kasih Nurul, sungguh akak juga bahagia kenal dengan Nurul. Seorang penulis muda yang tidak angkuh walaupun telah berjaya melahirkan banyak 'baby' (buku). :)

    Baca dua kali, maknanya tidak terhadam dek bacaan pertama kan? hihihi... terima kasih Nurul, menghargai karya akak hingga begitu. Baca bukan sekadar baca tetapi menghayati maknanya juga...

    Terima kasih Nurul, moga Nurul juga semakin berjaya!

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages