berkarya itu indah

berkarya itu indah

Friday, February 10, 2012

PAPAN KEKUNCI BAHARU

Assalamualaikum,

Di tempat kerja. Baru sahaja selesai mendengar 'kuliah' daripada Encik Bos. Sebenarnya bukanlah kuliah agama atau kelas tusyen, tetapi 'kuliah' berbual-bual. Encik Bos saya memang orangnya suka bercerita. Hari ini hari Jumaat. Seperti hari-hari lain, Encik Bos akan bercerita pelbagai kisah.

Kadang-kadang saya terfikir, bagus juga dapat mendengar orang bercerita. Tiap-tiap hari. Tidak payah jumpa orang ramai dan tidak perlu dengar banyak cerita daripada pelbagai mulut. Cukuplah cerita daripada Encik Bos, pelbagai pengalaman dan pelbagai aksi kisah terurai setiap hari. Terima kasih Encik Bos.

Daripada soal jodoh hinggalah kisah seram.

Beginilah putaran dunia. Sana-sini kisahnya sama. Cuma lain-lain cara penyampaiannya dan sedikit berbeza pengalaman yang diberi Tuhan untuk hamba-Nya rasa. (Mukadimah yang sangat panjang) hehe...

JODOH.

Cerita Encik Bos, sejauh mana pun diusung sana-sini buah hati/kekasih/pakwe-makwe tu, akhirnya kalau tak tertulis itu jodohnya, tetap tidak akan bersatu juga sebagai pasangan yang sah. Tup-tup yang diam-diam tu, tiba2 dah nak kawin. Oh, rupanya Jodoh itu rahsia Allah yang kita tidak tahu siapa dia. Cuma sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha dan sentiasa dekat pada Dia, agar Jodoh kita nanti juga begitu. Sambil berusaha mendapatkan Jodoh yang baik, sentiasalah bersama-sama Allah. InsyaAllah, akan peroleh jua jodoh yang sama-sama bertaqwa kepada Allah. InsyaAllah aman dan bahagia.

SERAM.

.... biarlah diam. cerita ini tidak sesuai diulang tulis. hehe...

Itu sahaja mahu kongsi. InsyaAllah lain kali tulis lagi. (sebenarnya mahu rasa menaip guna keyboard baharu) :)

2 comments:

  1. Lepas ni bolehlah menaip sepuas-puasnya. Banyaklah karya yang tersiar nanti.

    ReplyDelete
  2. Sdr,

    entahlah ya. sekarang ni hanya mampu mendengar cerita, mahu menulis tu seperti sukar pula. Mungkin penat tubuh kerana bekerja, letih minda kerana penatnya tubuh. erm... (alasan!) :)

    ReplyDelete

Bicara madahmu mengerat ukhwah,...Terima kasih :)

About Us

Bila terbitnya bicara, hati mula pasrah, untuk luahan terindah, segalanya diserah…Moga jiwa turut merasa, tentang hati yang mula bercerita.

Teguh pada kata hati, cekal pada kata akal…akan setia pada janji, untuk diri, dia dan semua. Moga ada sinar, pada setiap karya yang terlahir dari jiwa dan rasa. Hanya kerana DIA.

Titip kasih daripada teman blogger

Titip kasih daripada teman blogger
Tanda hati daripada Cik Amy Sense, tQ!!!

Gapaian CIta

Gapaian CIta

Impian Kan Terlaksana

Impian Kan Terlaksana
Barisan melakar cita

Pages